Monday, April 11, 2011

Halal ke ni?

Baru-baru ini aku ada join Kursus Penyembelihan Mengikut Syarak. Sebanyak 25 ekor ayah telah disediakan untuk kursus tersebut. Persoalanya sekarang berapa ramai antara kita yang tahu menyembelih ayam atau binatang-binatang lain dengan betul dan mengikut syarak. Setelah mengikuti kursus tersebut, aku terfikir betapa banyaknya ayam-ayam yang di luar sana dikhuatiri tidak disebelih dengan betul. berkemungkinan ayam-ayam tersebut tidak halal dimakan atau dengan kata lain ayam-ayam atau itik-itik tersebut sudah menjadi bangkai. Seperti mana yang kita sedia maklum, Tesco telah disaman RM1.6 juta kerana menjual ayam tidak halal. Kalau di kampung-kampung, kita masih dapat melihat ayah atau saudara mara kita menyembelih ayam atau binatang ternakan untuk dimakan. tapi jika di banda-bandar besar, amat jarang kita dapat melihat orang menyembelih ayam. kita hanya tahu, pergi jer pasar dan beli ayam yang sudah siap di sembelih. Jadi berhati-hatilah bila anda ingin membeli ayam di pasar-pasar.
Contoh ayam yang tidak disembelih dengan betul (Source : Bernama)
Bersama-sama kita fikirkan, mencari yang halal itu dituntut...

5 comments:

Tinggalkan Komen Anda, Terima Kasih