Wednesday, June 24, 2009

Gangguan

Malam kelmarin anak-anak aku menangis dengan kuat seolah-olah takutkan sesuatu... hendak dijadikan cerita, rumah yang aku baru pindah tu berkemungkinan adanya penghuni lain (makhluk halus la).. Anak-anakku menagis pula ketika waktu sudah dekat magrib.. Aku dan isteri apa lagi, kelam kabutlah jadinya.. 1 jam lebih juga anak-anak aku menangis silih berganti.. Aku terpaksa mintak tolong jiran aku iaitu Jali dan Nana. Aku meminta Jali menghubungi siapa-siapa yang pandai ubatkan anak-anak aku itu.

Aku dan isteriku bawa anak-anak ke rumah Jali dan Nana, barulah diam anak-anakku itu.. Ada seorang bomoh yang dipanggil oleh Jali, datang ubatkan anak-anakku itu.. Kata Pak Dolah (Bomoh), rumah tu memang ada yang menumpang duduk di dalam satu bilik tengah rumah aku itu... 

Pada pendapat aku, makluk halus ini ada di mana-mana sahaja. mereka tidak akan senang kalau tidak mengganggu anak-anak adam ni. Aku berharap gangguan sebegini tidak berlaku lagi terhadap anak-anak aku dan isteri. wallahualam...

3 comments:

  1. G,
    Ko guna medium nie tngok.
    Ambil barang putih 5 ulas (ulas besar agak2 ibu jari). lepas solat magrib, ko baca dan hembus kan ayat2 ni kat bawang tu.

    1. Al Fatihah 3x
    2. Al-Qursi 44x
    3. Al- Alam Nasyrah 1x
    4. 3 Kull

    *setiap kali baca, hembus kat bawang tadi sambil niat utk sembuh gangguan luar.
    - - -
    Sesudah dibaca ayat2 di atas, baca Al-Qursi 1 kali smbil gengam bawang td, buat syarat sentuh pada si anak. mula dari ubun2, penamat di kaki. buat lawan jam.
    - - -

    ReplyDelete
  2. ok anas...thanx...nanti aku leh try cara ko...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda, Terima Kasih