Seronok berbual dengan ustaz kawan baik saya. Sebelum ini membawa kereta sangat lama. Sudah tiada kereta begitu lagi. Kereta tahun 70an.
Bila dia ke mana-mana bawa payung walaupun naik kereta kerana atapnya bocor..Keretanya tiada route tax.
Kelebihannya ialah dia sentiasa akan cakap semua ini rahmat Allah. Satu hari kena tahan kereta oleh polis. Dia kata terima.kasih tuan dan senyum...rahmat Allah..Polis saman dia, tapi dia kata rahmat Allah. Polis tak jadi saman. Kata polis saya selalu saman orang semua marah. Tuan asyik kata rahmat.. Hj tadi cakap lagi banyak kali rahmat Allah.
Pernah dia dijemput baca doa kena parking jauh. Dia kata ini semua rahmat Allah. Kalau parking dekat mungkin bangunan runtuh. Kurang berjalan. Banyak sakit datang.
Rahmat Allah..itulah ucapan dia sentiasa...
Satu malam ada orang susah minta tolong. Dia selalunya tidak menghampakan orang..tiada apa nak bagi. Orang tu kata tuan bagi kereta tuan lah...ustaz tadi terus bagi kereta buruknya..
Malam itu juga rezeki mula mencurah..Esoknya dia dapat kereta baru. Kini hidupnya sangat senang/kaya..dia sentiasa memberi. Bari masa 3 hari setiap bulan di Mekah dan Madinah dari Malaysia dan bawa orang kampungnya percuma.
Apa pun susah dia kata rahmat Allah. Ayahnya juga seorang ustaz. Ayahnya tidak meninggalkan harta. Selalu ayahnya balik rumah tak pakai baju. Setiap kali tengok orang susah ayahnya akan bagi baju yang dia pakai...
Kini semua orang akan suka dan rasa nak jadi macam beliau. Orang kaya yang diberi rezeki mencurah dan sentiasa membantu orang. Tapi orang terlupa bagaimana masa dia susah dia sentiasa.kata rahmat Allah..dan sangka baik dengan Allah
Jaga hubungan dengan Allah.
Masjid beliau tiada tabung di Masjid dan semua urusan kematian dan kenduri arwah ditanggung oleh masjid....
ya Allah berilah sedikit sifat beliau kepada diriku ini.Ya Allah fahamkan kami ini semua adalah rahmatMu
Orang yang faham segalanya dari Allah hidupnya bahagia walaupun tidak kaya dan tiada apa-apa.
Kerana Allah segalanya
Bagaimanalah sifat Nabi saw. Nabi saw tidak pernah berpaling dari sesiapa yang sedang bercakap sehingga mereka habis bercakap. Dan tidak pernah orang meminta hampa melainkan Nabi saw akan memberinya sesuatu.(riwayat abu daud).Bagaimanlah melihat wajah Nabi saw? Rindu untuk lihat wajah Nabi saw....
Sumber: FB Ustaz Ebit Lew
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda, Terima Kasih