Click / Support

Wednesday, March 19, 2008

Kursus Kemahiran Asas Kaunseling

Hari ini pagi2 lagi saya kena mengikuti kursus Kemahiran Asas Kaunseling yang bertempat di Dewan Al-Ghazali JPbSM. hujan pun lebat pagi ni..tapi tak per saya tompang rakan sekerja yang sama2 mengikuti kursus ini untuk ke sana..dalam sesi yang diadakan...saya rasa begitu seronok kerana pendedahan2 yang diberikan oleh penceramah amat menarik...
pendedahan tentang hubungan dengan sesama rakan sekerja juga diberitahu...dan juga cara untuk memberi khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang ada masalah...
di akhir sesi, kami semua yang terdiri daripada staf sekerja seramai 36 orang diberi satu kes untuk diselesaikan by group. setiap group dikehendaki melakonkan beberapa watak berdasarkan kes yang telah diberikan. yang menariknya saya sendiri kena lakonkan satu watak. kisahnya saya memegang watak ramli dan ramli ini ada seorang isteri yang bernama ziana juga merupakan saudara beru islam dan mereka mempunyai 3 orang anak. yang menjadi masalahnya sekarang si ramli ni kerja sebagai pegawai dan selalu out station dan jarang pulang ke rumah... si ramli sebagai seorang islam, dia tidak pernah mengajar ziana solat malah membimbing dalam agama pun tidak pernah...si ramli ni mula la buat hal...dikatanya ziana ni macam2... tak pandai jaga anak la... dan menuduh ziana tidak pernah solat malah membimbing anak2 pun tak pandai...
ziana sedih dan membidas kata2 si ramli dan mengatakan suaminya itu tidah pernah membimbingnya ke arah agama dan tidak pernah mengajarnya solat... pada masa yang sama si ramli sudah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bercadang untuk mengahwini perempuan itu dan juga menjadi ibu kepada anaknya itu. ziana sedih dan terus mendaptkan khidmat kaunseling....
dalam cerita tersebut, group kami juga diarahkan supaya melakonkan perbualan ziana dengan konselor. konselor tersebut mesti la meberi khidmat bantuan dan nasihat kepada ziana bagi menyelesaikan masalah rumahtangga ziana dan ramli.
group kami melakonkan watak masing2 dengan bersungguh2 dan mendapat pujian daripada penceramah....
semua group juga turut membuat persembahan mereka... masing2 seronok la dengan kursus hari ini...banyak memberi ilmu pengetahuan kepada kami semua...

Tuesday, March 18, 2008

Subhanaallah....




Allah itu Maha berkuasa... ini la kejadian tuhan yang tidak mampu sama sekali makhluk di alam semesta ini menciptanya.

:-)

Sunday, March 16, 2008

Rakan Satu kelas




Rakan-rakan satu kelas time sem 1...sesi julai 2007. kami seramai 13 orang semuanya... berdiri dari kira di belakang (alif, juraimi), berdiri di tengah dari kiri (nurul saliza, basharina, najihah, abu sufian, ashraf, hafiz), duduk dari kiri (rozi, mizan, firhan, nurul safian dan justana).


Berdiri dari belakang: hafiz, mizan, rozi...duduk: ashraf



Berbuka puasa di rumah alif, 2007




shamfariz
http://shamfariz.blogspot.com/

Friday, March 14, 2008

Balik Kampung

Argh...penatnya badan aku hari ni.... mana taknya satu hari duk buat kerja kat Office.
kejap lagi aku akan naik bas betolak ke penang coz esok ada kelas. maklum la buat part time belajar. umur meningkat baru la nak sambung belajar buat diploma...tapi tak apa la..janji masih ada semangat untuk belajar, betul tak? Alamak!! sudah pukul 9.00pm rupanya.. pukul 10.30pm saya akan bertolak ke penang.. dalam pukul 4am esok sampai la Insya Allah...
Erm..teringat pula waktu balik mengundi baru-baru ini iaitu 8hb mac. niat di hati bukan la balik kampung untuk semata-mana mengundi...tetapi aku rindu sangat dengan mak dan ayah kat kampung...juga rindu pada adik... aku pulang ke kanmpung bersama abang sulungku yang berada di johor... kami drive bergilir-gilir la... kami bertolak kira2 kul 12 mlm.kami sebenarnaya jarang berjumpa kerana abang saya itu bekerja di johor dan saya di shah alam..jarang sekali kami boleh berjumpa...bila dah jumpa, banyak la perkara yang hendak disembang... kami tiba di kampung kira2 dalam pukul 9 pagi.. sesampainya saya di rumah... mak tiba2 berlari mendapatkan aku dengan berteriak "anak aku dah balik!!! anak aku dah balik!!" sambil memeluk aku dengan erat... terasa sebak juga hati ini bila melihat tingkah laku mak sebegitu... benarlah kata orang tua2.. kasihnya ibu sampai ke mati.... mak...aku tidak akan sia2kan mak...terlalu banyak pengorbanan mak terhadap aku. aku akan selalu ingat kat mak...walau pun mak jauh di mata...

Thursday, March 13, 2008

Aku dan Sesuatu di Tahun 2008

Assalamualaikum...



















Alhamdulillah... bersyukur saya ke hadrat Ilahir kerana izinNYA saya masih lagi hidup dan masih sihat...masih boleh berjalan...hingga ke saat ini. Alhamdulillah...
Di saat ini saya rasa teringin untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua.
bukan la saya ingin menunjuk-nunjuk pandai. siapa la saya jika nak diikutkan, hanya insan kerdil yang sangat cetek ilmu. tapi saya tetap juga ingin menulis..
apapun jua tanggapan yang bermain di hati dan minda ini, saya tak kisah...
yang penting saya harus mencoretkan sesuatu di dada page ini....
saya teringat kata2 kawan saya yang mengatakan "kita tidak akan dapat kebajikan jika kita sendiri tidak mahu membuat kebajikan".. menarik bukan kata kata ini? ilmu yang kita perolehi di dunia ini hanya la sedikit sahaja...tapi tidak salah jika kita berkongsi ilmu untuk kebaikan.

Terima kasih kerana membaca

shamfariz
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...