Click / Support

Sunday, April 24, 2011

Exchange Link

Jom tukar-tukar link banner. korang boleh copy html code kat bawah ni dan letak kat blog korang.



Photobucket





Thursday, April 21, 2011

Yes!! Follower ke 2000

yes..aku berjaya menjadi follower ke 2000 di blog Posh76. tengok la kat bawah ni..hehe

Cik Posh76 Kena bagi hadiah ni...hehe

Wednesday, April 20, 2011

Tahniah kepada Cik Nina

Tahniah kepada Cik Nina kerana menjadi Follower ke 88 di Blog Shamfariz. nak tengok? tengok kat bawah ni...
Bolehlah berkunjung ke blog beliau di Fokus Klasik

p/s: Saya tengah tggu Follower yang ke-100 hehe

Sunday, April 17, 2011

Inilah jadinya kalau tak pernah solat subuh

Kalau tak pandai, lebih baik mengaku jer.. jangan nak tunjuk pandai.. padahnya diri sendiri..




Jangan diikut perbuatan mereka ini....

Thursday, April 14, 2011

Adik Pandai


Tanpa berfikir panjang, aku terus membeli VCD Adik Pandai ni dari rakan Office aku.. katanya ada 4 stok lagi. Macam menarik pula aku lihat... harga pasaran RM19.90, aku beli RM16.90 jer..biasalah, harga kawan-kawan. Erm.. dari membazir duit tu ke arah lain...baik aku habiskan duit untuk anak2 aku. Esok boleh la test VCD ni bagi anak-anak aku tengok...

Antara kandungan dalam VCD ni adalah:
- Menyebut A B C
- Lagu A B C
- Lagu Menyebut A B C
- Count One Two Three
- Sing One Two Three
- Menyebut Alif Ba Ta
- Nasyid Alif Ba Ta
- Mengira Dalam Bahasa Arab

p/s : Aku rasa kawan-kawan yang ada anak kecil berumur antara 2 hingga 6 tahun patut beli VCD ni, korang cari la kat kedai, ada tu.. selamat menonton.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

 


Tuesday, April 12, 2011

Mama.. tuuuu..mama...tuuu

2.00am, "Mama...Tuu..mama...tu..." itu la kata-kata anak sulungku sambil menunjukkan jarinya ke arah dinding bilik kami itu. Oooo... Anakku Azhar tu boleh nampak rupanya.. Isteriku memanggil namaku (aku yang sedang nyenyak tidur zzZZ) dan memberitahu akan perkara itu.

Aku dapat merasakan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu...tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai kehadirannya.. Kanak-kanak yang tidak berdosa, Allah bukakan hijab membolehkan mereka melihat makhluk halus.

Aku ke dapur dan tuangkan air bacaan Yassin ke dalam bekas, aku bacakan surah Al-Fatihah, 3 Qul, dan Ayatul Qursi dan hembuskan pada air itu. Seterusnya, sambil membacakan Ayatul Qursi, aku renjiskan air bacaan Yassin itu ke setiap penjuru bilik dan rumah.

Alhamdulillah.. kehadiran makhluk tu sudah tidak dirasai...

p/s: entah dari mana tetamu yang tidak diundang tu datang... macam2 hal.. nak datang pun, datang la siang2... ni aku tengah lena diulit mimpi yang indah-indah... kacau daun betul...

Monday, April 11, 2011

Halal ke ni?

Baru-baru ini aku ada join Kursus Penyembelihan Mengikut Syarak. Sebanyak 25 ekor ayah telah disediakan untuk kursus tersebut. Persoalanya sekarang berapa ramai antara kita yang tahu menyembelih ayam atau binatang-binatang lain dengan betul dan mengikut syarak. Setelah mengikuti kursus tersebut, aku terfikir betapa banyaknya ayam-ayam yang di luar sana dikhuatiri tidak disebelih dengan betul. berkemungkinan ayam-ayam tersebut tidak halal dimakan atau dengan kata lain ayam-ayam atau itik-itik tersebut sudah menjadi bangkai. Seperti mana yang kita sedia maklum, Tesco telah disaman RM1.6 juta kerana menjual ayam tidak halal. Kalau di kampung-kampung, kita masih dapat melihat ayah atau saudara mara kita menyembelih ayam atau binatang ternakan untuk dimakan. tapi jika di banda-bandar besar, amat jarang kita dapat melihat orang menyembelih ayam. kita hanya tahu, pergi jer pasar dan beli ayam yang sudah siap di sembelih. Jadi berhati-hatilah bila anda ingin membeli ayam di pasar-pasar.
Contoh ayam yang tidak disembelih dengan betul (Source : Bernama)
Bersama-sama kita fikirkan, mencari yang halal itu dituntut...

Friday, April 1, 2011

Sedapnya nasi dagang Riduan

pagi ini ada meeting BSMB, sebelum meeting kitorg dijamu dengan nasi dagang yang dibawah Riduan..isterinya yang masak. kebiasaan kitorg makan nasi dagang dekat PSB.. tambah-tambah Mazli..dia adalah perminat tegar nasi datang PSB.. hari-hari mesti jamah nasi dagang. Hari ini Riduan yang bawa nasi dagang.. Alhamdulillah.. murah rezeki.

Sedap betul nasi dagang yang dimasak oleh isteri Riduan...isteri Riduan merupakan orang kelantan..so, masak nasi dagang kelantan. nasi dagang kelantan berlainan sedikit dengan nasi dagang Terengganu. nasi dagang kelantan berwarna coklat, nasi dagang Terengganu berwarna putih. walau bagaimana pun kelazatan ikan tongkol.. huhu.. sehingga menjilat jari... Terima kasih Riduan, lain kali bawa lagi ya.. :)
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...