Inilah Tabung Buluh yang masih ambe gunakan hingga kini
Memang seronok dapat Tabung Buluh yang besar.. semangat untung menabung duit pun membuak2. Setiap hari sebelum ke sekolah, kami diberi wang saku sebanyak 20 sen seorang. ketika itu 20 sen itu sudah memadai bagi kami... bolehlah buat beli keropok lekor goreng satu pinggan atau nasi lemak 2 bungkus.. zaman sekarang ini kalau diberi 20 sen buat belanja sekolah, memang berlapar la dorang.
Setiap hari duit yang ayah bagi kepada ambe, ambe akan masukkan dalam Tabung Buluh sebanyak 10 sen. yang lawaknya, tak sampai sebulan menabung, kami pun sama-sama korekTabung Buluh, keluarkan duit yang kami simpan itu. macam-macam la ingin dibeli, termasuk la mercun (bila tiba bulan puasa). ibarat kata, Tabung Buluh tak sempat penuh.
Bila duit kat Tabung Buluh sudah tak ada.. Tabung Buluh mak pula yang kami korek..(memang betul la anak tak kenang budi). dek kerana terdesak nak beli mainan, kami kebas pula duit mak. kasihan mak, simpan duit punya la banyak, dah berat Tabung Buluh mak tapi makin lama, makin ringan. Lama-kelamaan mak terperasan akan kehilangan duitnya. Mak apa lagi, buat soal siasat la.. dan kami mengaku yang kami korek Tabung Buluh mak. dan kami minta maaf pada mak. mak menasihati kami agak jangan mencuri dan belajar la untuk menabung agar senang masa depan.
Ambe dan along ikut nasihat emak dan start menabung. malangnya adik kami, Din tidak tahan keinginanya untuk memiliki mainan.. sayang betul, Tabung Buluh miliknya dibelah olehnya sendiri. duit dalam Tabung Buluhnya bukan banyak pun... itu la gamaknya dinamakan kanak-kanak, memang susah nak dengar cakap orang tua.. hanya ikut kehendak diri sahaja.
Nak dijadikan cerita, pada suatu malam.. pencuri pecah masuk rumah kami, 2 Tabung Buluh dilarikan iaitu Tabung Buluh mak dan Tabung Buluh along. hanya Tabung Buluh ambe satu-satunya tidak di ambil.... Along sangat sedih. melihat kesedihan along itu, mak bayar balik kehilang duit along walaupun tidak tau nilai sebenar duit dalam Tabung Buluh tu, tetapi mak agak2 jer la..
Sehingga kini, Tabung Buluh ambe itu masih lagi aku gunakan.. ambe amat hargai Tabung Buluh pemberian Atuk... walaupun atuk sudah tidak ada lagi di dunia ini... kenangan pemberian atuk masih lagi ambe kenang.