Setelah ramai jiran2 hadir, tiba la masa untuk sempurnakan jenazah... oleh kerana beberapa hari yang lalu ambe ada menghadiri kursus pengurusan jenazah di shah alam, ambe mengambil peluang ini untuk mengamati dan meneliti atau mempelajari secara real macam mana jenazah diuruskan.
Memang ada perasaan seram untuk mendekati jenazah, tetapi aku kuatkan semangat...dan ambe berkata pada diri ambe sendiri yang ambe mesti berlajar tentang pengurusan jenazah ini.. kalau boleh jika ditakdirkan Allah kedua ibu bapa ambe meninggal dunia terlebih dahulu dari ambe, ambe akan uruskan jenazah mereka bersama2 adik beradik ambe...insya Allah..
Ambe cuba mendekati jenazah yang hendak dimandikan.. ambe amati cara2 memandikan jenazah..rasa tak sampai hati pun ada bila tgk jenazah tua yang terbujur tidak bergerak lagi.. tersentuh betul hati ambe ketika itu.. setelah jenazah dimandikan, jenazah dibawa dan diletakkan atas kain kafan yang telah digunting dan dihampar di atas lantai rumah. Amber mesti tengok kerana sewaktu ambe pergi kursus jenazah tempoh hari, ambe yang jadi model jenazah... jadi ambe tidak dapat perhatikan cara-cara uruskan jenazah dengan jelas... ini peluang ambe untuk belajar.
Sewaktu ambe lihat jenazah dikafankan.. Ya Allah.. terasa sejuk panas..sejuk panas je badan ambe ni.. ambe terbayang akan kematian ambe...entah macam mana la keadaannya.. setelah selesai dikafankan, jenazah dibawah ke surau berdekatan taman tu untuk disolatkan. setelah itu, jenazah dibawa ke kubur untuk dikebumikan..
Ramai jiran2 datang ziarah
ketika jenazah diangkat masuk ke van untuk dibawa ke surau
ketika jenazah dibawa turun ke liang lahad, lagi la hati ambe tersentuh..terasa insaf.. jenazah diturunkan oleh anak2nya.. setelah selesai jenazah dikebumikan, aku balik rumah. setelah mandi, aku terus ke tempat keje.. wallahualam...
kawasan perkuburan
Anak2 arwah menimbuskan tanah
p/s: Rasulullah menyuruh kita sentiasa mengingati mati agar kita sedar diri kita. dan ingatlah.. hidup kita ini hanyalah sementara. kematian tiba bila2 masa.. oleh itu, perbanyakkanlah amal ibadat agar kita menjadi hamba yang dikasihi oleh Allah SWT.