Click / Support

Wednesday, November 7, 2012

Cari Makan Sampai Shah Alam

Hari ni ambe ada hal nak selesaikan di UiTM Shah Alam.. jadi ambe tompang En. Megat En. Wan yang kebetulan hendak ke sana juga. Selesai urusan, kemi singgah makan tengahari di Pak Su Corner di seksyen 16...wah..banyak sangat menu..tak tahu nak pilih apa.. akhir sekali ambe ambil nasi lauk ikan keli goreng, petai dan budu (makanan kegemaran orang pantai timur).. Alhamdulillah En. Megat belanja...


Pak Su Corner Seksyen 16


Banyak lauk pauk kat sini..


Kedai panjang sampai ke belakang...


Ini la tempat duduk kitorg

Perjalanan pulang ke office, En Megat ajak singgah  pekena cendol plus pulut plus tapai.. Cendol Pak Akob, Seksyen 16...pergh sedap tu.. lepas makan..tersandar ambe dalam kereta... nak masuk keje pun rasa liat...haha.. apa2 pun.. lain kali boleh bawa anak2 dan isteri singgah.. Thanx En Megat dan En Wan..


Makan dekat bus stop jer..

Sedapnya...

Ini dia cendol + Pulut + Tapai

Ramai yang singgah pekena cendol kat sini...

En Megat

En Wan

Peniaga cendol, Ore klate ni..hehe



Saturday, November 3, 2012

Bagusnya Si Cilik Menunaikan Solat

Waktu zohor tadi ambe ke surau tempat kerja ambe untuk solat zohor.. mata ambe terpandang pada 3 beranak yang sedang mendirikan solat berimam.. yang membuatkan ambe tersentuh, dua beradik tu masih kecil tetapi sudah diasuh mendirikan solat berjemaah.. Beruntung kedua orang tua kanak-kanak ini.. Sedangkan kita lihat orang dewasa sendiri pun ada ramai yang mengabaikan solat. Ambe doakan kedua kanak-kanak ini menjadi anak yang soleh dan menjadi mukmin yang bertakwa.. Insya Allah

Ambe mencapai Samsung Y ambe, dan ambe terus mengambil gambar mereka.. lihat gambar di bawah...






Banjir Di Sekitar Masjid Meru, Klang

Semalam, ketika pergi solat Jumaat dah banjir sedikit di sekitarMasjid Meru.. malam tadi ketika pulang dari tempat kerja, ambe lihat air dh mula naik, beberapa kedai kelihatan ditutup akibat air naik.

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja (OT hari ni), sempat lagi singgah  di sekitar Masjid Meru untuk melihat keadaan banjir.. SubhanaAllah.. sudah melimpah air dari parit besar akibat hujan lebat sehari dua ni...

Jalan Besar Masjid Meru
Air melimpah dari parit

Kelihatan pagar Masjid Meru juga hampir separuh tenggelam..

Sekolah yang bersebelahan dengan Masjid Meru juga dinaiki air

Kedai-kedai di sekitar Masjid Meru juga dinaiki air

Parit besar tepi jalan

Kelihatan pemilik kedai sedang menutup laluan masuk


Parit dipenuhi sampah yang dihanyutkan

kawasan seberang jalan bertentang dengan Masjid Meru juga dinaiki air
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...