Click / Support

Tuesday, September 17, 2013

Kurang asam betul Jin kat rumah Mak Ayah aku...



Tahun ini raya kat Terengganu... macam biasa la, sebelum balik Ganu, kena singgah rumah mak mertua kat johor dulu...2 hari sebelum raya barulah bertolak balik ganu melalui segamat dan muazam shah...

Dipendekkan ceritalah ya... panjang sangat cerita korang mengantuk plak baca... hari raya pertama, sewaktu balik dari sembahyang raya...

"Ayah Ngah... Ayah Ngah... (Panggilan untuk aku la tu..)..."
 kedengaran suara Mak memanggil....

"Ya Mak"... balasku..

"Cuba tengok adik tu...baca2 sikit..." balas mak lagi...

Kelihatan adik bongsu ku itu tercungap-cungap mengah, menggigil2 seakan orang yang ketakutan... belum sempat aku bertanya... adikku dah buka mulut...

"Adik jumpa TOYOL kat tandas... adik tumbuk..tapi kena dinding..."

Kelihatan tangan adik berdarah..

Adik seolah2 terlupa sesuatu..dan selup poket seluarnya...cek duit dalam wallet...

"Ya Allah... habis dah duit aku... Ya Allah... Celaka Toyol..." jerit adik sambil nangis....

Kasihan pulak aku tengok... mak cuba tenangkan adik... tapi tak berjaya.. adik semacam hilang kawalan..

"Jangan la nangis... ambik duit ni..." Alim tiba2 bersuara sambil keluarkan duit dalam walletnya rm100 terus babi adik...

"Ayah Ngah...tolong la baca apa2 kat adik tu..." jerit mak...

Aku sebenarnya tak tau nak buat per... tak biasa situasi macam ni.. tak pe la.. ambik hati mak...

Aku terus tarik tangan adik..dan bawa dia masuk bilik..aku suruh adik baring atas katil.. kemudian aku baca la apa2 yang aku tau... ada la belajar sikit.. aku hembus kat badan adik...tak lama..adik dah mula tenang... aku bawa adik keluar bilik.... sudah tenang la tu..

Kurang asam betul toyol... bulan puasa baik pula... raya pertama jer dah buat hal balik...


waktu malam....


Aku ni konon2 nak tunjuk pandai la kan...mentang2 la ada belajar sikit2... konon2 nak buat praktikal la...
aku bawak adik aku sekali join... suruh zikir jangan putus... last2 adik aku pula yang kerasukan... dengan lenggok kepala seakan2 cerita "jangan pandang belakang"...huhu menakutkan... terus adik aku  yang kerasukan itu menghendap mukanya rapat ke mukaku..dengan mata yang terbeliak besar...lagi la menyeramkan...aku tengok dah mcm bukan muka dia dah... tak leh jadi ni.. aku memberanikan diri... memegang kedua2 belah tangan adikku tu.. dan merenung matanya yang terbeliak tu..sambil membaca zikir Subhanallah..walhamdulillah..walailahaIllallah.. Allahu Akhabar... terus aku hembus ke mukanya...

Astaghfirullah.. LaailahaaIllallah....

Kedengaran terkeluar kalimat itu dari mulut adikku... ini bermakna adikku dah kembali sedar...
teruk aku pimpin tangan adikku...bawa dia turun ke ruang tamu tingkat bawah...

Mak yang dah lena..terus terjaga.. "kenapa?".. soal mak...

kami menceritakan apa yang berlaku... aku sarankan kat mak.. cari la mana2 ustaz tolong ubatkan rumah.. di samping kita sendiri berdoa mintak pertongan Allah yang menjadi pokok utama... Tanpa Izin Allah..takkan berlaku semua ini...

sekian..

Friday, September 13, 2013

Ku Sangka Orang Gila

Ku Sangka Orang Gila



......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

copy pasted - Warta Dari Hati
(gambar hiasan semata-mata) : sumber gambar: triwibowo.webs.com

Saturday, September 7, 2013

Terima Kasih 'Bai' Tolong Ajar Koding

Kat opis baru, hari ni 3 orang jer datang ot... pening kepala aku dah dapat projek baru...nasib baik bekerja satu team.. kalau tak...memang stress tahap gavan aku...

Aku nak ucap terima kasihlah kat Baiduri (Bai) kerana banyak membantu... Dapat juga ilmu hari ni blajar koding... (Nak jadi programer la konon..hehe)


Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...