Click / Support

Friday, November 29, 2013

Homestay / Rumah Rehat di Losong Muzium Kuala Terengganu

Nak tolong promote member punya bisnes sikit..
Nany Homestay ada menawarkan homestay / rumah rehat untuk di sewa..

Lot 1218, Kampung Losong Feri, 21000 , Kuala Terengganu, Terengganu
Rumah 3 Bilik ( 2 Bilik Berhawa dingin), Berpagar
019-9394949 @ 019-9752888 (Nany)
Harga boleh runding jika menginap lebih dari 2 malam 

Dilengkapi dgn kemudahan lengkap. Ruang tamu luas, berhawa dingin, ruang parking luas, ada Mesin basuh, Peti sejuk, water heater, Hampir dgn Muzium Losong, Masjid Kristal / Taman Tamadun Islam, Berhampiran Sungai, lokasi jualan kuih-muih tradisional Terengganu (Pasar Cabang Tiga), lokasi keropok lekor yang terkenal di Terengganu, dan lain2, 5-10 minit ke Pusat Bandar.

Berminat boleh berkunjung ke blog Nany Homestay


Pada aku harga yang ditawarkan tu dah murah sangat tu.. anda boleh ke blog Nany Homestay untuk melihat gambar2 lain..

Bagi yang ingin visit ke Terengganu, boleh la hubungi Nany..tempat pun berdekatan Pusat Bandar Kuala Terengganu..susuai bawa kelaurga bercuti...

Projek Sistem E-Tempahan

Pagi tadi mesyuarat..pergh..minggu depan dah kena start bangunkan sistem dalam team..
risau gak..aku ni masih baru kat office ni..
nak kena gi training dulu baru ok kot..
harap2 dapat buat dengan baik...
belajar benda baru kat office baru..


Saturday, November 23, 2013

Masjid Bandar Puncak Alam - Dalam Pembinaan

Dah pindah puncak alam ni...so, ronda2 la kat fasa 2... tengok masjid banda puncak alam yang masih dalam pembinaan... cam besar jer... bagus la...ada gak masjid besar kat kat puncak alam ni.. tak sabar tunggu masjid ni siap...


Kain Rida' Pemberian Ustaz Ismail

Masa Ustaz balik patani, aku ada kirimkan beli di patani...
oleh kerana tak jumpa yang ok...so, ustaz hadiahkan aku rida' miliknya...
Terima kasih, Ustaz... boleh la bawa pergi masjid surau lepas ni... :)


Tuesday, November 12, 2013

Buah Ulat Bulu

Buah apa ni? aku tak pasti dalam bahasa sains orang panggil apa..tapi waktu aku kanak2 dulu aku selalu masuk semak cari buah ni..kadang2 kat tepi2 jalan ada buah ini.. pokoknya tumbuh menjalar.. aku panggil dengan panggilan "Buah Ulat Bulu"...


Dah masak ni...

Buah ulat bulu ini aku petik semasa kerja2 bersihkan semak kat belakang rumah. maklumlah dah pindah rumah baru...


Ini la pokok ulat bulu...


dan ini buah ulat bulu yang masih belum masak.. ada kantung berbulu yang melindungi buah.. mungkin inilah sebabnya orang panggil buah ulat bulu... (orang tempat aku la yang panggil)

Gaya Moden Muslimah - Martabatkan Fesyen Islamik?

Assalamualaikum..
korang tau tak kenapa aku buat tajuk macam tu..? Ok, korang tengok keratan akhbar di bawah ini..


Lihatlah, inikah gaya moden Muslimah yang sepatutnya ada pada "Muslimah"?

Sakit hati aku bila baca papar ni.. bagaimana hendak martabatkan fesyen islamik kalau rekaan pakaian pun tidak mengikut syariat. korang nilailah sendiri... adakah mereka faham apa itu maksud "Muslimah". Pakaian ini sebenarnya tidak layak dipanggil dengan panggilan Busana Muslimah.

Thursday, November 7, 2013

Allahu Akhbar... Aku hampir dilanggar pagi tadi..

Masih menggigil lagi tangan aku ni... bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi... naik motor ke tempat keje.. maklumlah rumah dengan tempat kerja jaraknya agak jauh... pepagi otak dah berserabut banyak fikir... atas motor pun duk mikir macam2...

sesampainye di trafik light simpang 4 pekan meru.. aku nampak hijau jer lampu isyarat tu.. so, aku teruskan jer.. tiba2 kedengaran bunyi hon motor dan kereta... aku lihat banyak kenderaan dari kiri aku menuju ke arah aku.. sebuah motor hampir melanggar tiang lampu isyarat kerana mengelak dari melanggar aku.. aku yang masih blur2 atas motor selamberrrr jer bawa motor tak elak mana2 kenderaan sehinggalah melepasi lampu isyarat...

Ya Allah... apa sudah jadi dengan aku ni... tak pernah macam ni... biasanya aku fokus bila bawa motor... aku berhentikan motorku seketika di tepi jalan berdekatan BSN pekan meru untuk tenangkan diri... dalam duk tenangkan diri.. otak flash back balik kejadian tadi.. kenapa aku boleh sampai macam tu... rupanya aku yang salah.. rupanya aku langgar lampu merah... patutlah... 

Rasa macam mimpi pun ada.. yang peliknya waktu aku nak melalui lampu isyarat tu.. aku lihat warna hijau... tapi kalau hijau takkan kenderaan lain nak langgar aku... argghh... stress macam ni..

Syukurlah aku masih selamat... kalaulah masa itu Allah nak ambik nyawa aku.. tak tau dah nak kata per... serius.. aku belum bersedia lagi nak menghadapi mati.. terlalu sedikit amalan aku... dosa pulak banyak... mungkinlah asbab aku berzikir sepanjang bawak motor... Allah elakkan aku dari kemalangan... Syukur sangat... aku rasa amalan zikir ketika atas kenderaan memang sangat bagus... aku akan sentiasa amalkan.. mungkin ini juga petunjuk dan peringatan Allah untuk aku... agar aku sedar yang kematian itu bila2 masa,  di mana-mana sahaja boleh berlaku.. dan mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian..

wallahu'alam...
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...