Click / Support

Thursday, January 16, 2014

Tips Atau Cara Untuk Mencegah Kandungan Pada Blog Anda Dari Di "Copy Dan Paste"

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Shamfariz Entry kali ini adalah mengenai cara bagaimana hendak mencegah kandungan blog kita dari di 'copy & paste' oleh orang lain. script ini dicipta oleh Dynamicdrive yang juga dalam bentuk Javascript.

1.) Disable Right Click:
Ini adalah langkah bagi mematikan fungsi right click pada blog korang... Fungsi ini terdapat 2 pilihan. Sama ada hendak memunculkan paparan kotak mesej atau tanpa kotak mesej. Kalau korang klik kanan pada halaman web atau blog korang, sebuah mesej akan muncul di skrin mengatakan "Funtion Disabled!". Jika korang ingin menukarkan mesej anda tersendiri seperti "Selamat Datang!. Nak Copy Yer?, senang2 je nak copy paste!.  dan sebagainya.." korang tukar pada "Funtion Disabled!" teks dengan mesej korang sendiri dalam kod Javascript. Untuk membuatnya hanya salin kod dibawah : 

Paparan kotak Mesej:



Tanpa Kotak Mesej:




2.) Disable Highlight Text:



Kalau korang tak suka fungsi mematikan right click, korang bolehlah menggunakan fungsi bagi mematikan highlight text pada blog korang. Cara ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan kandungan blog korang dari disalin. Korang hanya perlu salin kod dibawah : 



3.) Disable Selection Text:


Cara yang ketiga ini pula mematikan fungsi selection teks pada keseluruhan blog korang. Fungsi ini akan membuatkan icon mouse korang sentiasa menunjukkan arrow dan sekaligus mematikan juga fungsi highlight pada blog korang...



Cara Untuk Memasangkan Javascript Pada Blogspot :

1.) Pergi pada layout dan pilih pada Add a Gadget:


2.) Pilih pula pada HTML/Javascript:


3.) Copy dan paste sahaja salah satu javascript di atas dan tekan butang Save...

Walhal dengan penggunaan javascript ini juga tidak menjamin kandungan di blog korang terselamat dari "pencuri" di luar kerana kini cara ini boleh diatasi bagi sesetengah yang celik IT. Oleh itu sebaik2nya kita sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini bak kata perpatah "prevention is better than cure"... 

Sumber : dari jiwang.ws dan omghackers.com


Monday, January 13, 2014

Rahmat Allah

Seronok berbual dengan ustaz kawan baik saya. Sebelum ini membawa kereta sangat lama. Sudah tiada kereta begitu lagi. Kereta tahun 70an. 

Bila dia ke mana-mana bawa payung walaupun naik kereta kerana atapnya bocor..Keretanya tiada route tax. 

Kelebihannya ialah dia sentiasa akan cakap semua ini rahmat Allah. Satu hari kena tahan kereta oleh polis. Dia kata terima.kasih tuan dan senyum...rahmat Allah..Polis saman dia, tapi dia kata rahmat Allah. Polis tak jadi saman. Kata polis saya selalu saman orang semua marah. Tuan asyik kata rahmat.. Hj tadi cakap lagi banyak kali rahmat Allah. 

Pernah dia dijemput baca doa kena parking jauh. Dia kata ini semua rahmat Allah. Kalau parking dekat mungkin bangunan runtuh. Kurang berjalan. Banyak sakit datang. 

Rahmat Allah..itulah ucapan dia sentiasa... 

Satu malam ada orang susah minta tolong. Dia selalunya tidak menghampakan orang..tiada apa nak bagi. Orang tu kata tuan bagi kereta tuan lah...ustaz tadi terus bagi kereta buruknya.. 

Malam itu juga rezeki mula mencurah..Esoknya dia dapat kereta baru. Kini hidupnya sangat senang/kaya..dia sentiasa memberi. Bari masa 3 hari setiap bulan di Mekah dan Madinah dari Malaysia dan bawa orang kampungnya percuma. 

Apa pun susah dia kata rahmat Allah. Ayahnya juga seorang ustaz. Ayahnya tidak meninggalkan harta. Selalu ayahnya balik rumah tak pakai baju. Setiap kali tengok orang susah ayahnya akan bagi baju yang dia pakai... 

Kini semua orang akan suka dan rasa nak jadi macam beliau. Orang kaya yang diberi rezeki mencurah dan sentiasa membantu orang. Tapi orang terlupa bagaimana masa dia susah dia sentiasa.kata rahmat Allah..dan sangka baik dengan Allah Jaga hubungan dengan Allah. 

Masjid beliau tiada tabung di Masjid dan semua urusan kematian dan kenduri arwah ditanggung oleh masjid.... 

ya Allah berilah sedikit sifat beliau kepada diriku ini.Ya Allah fahamkan kami ini semua adalah rahmatMu Orang yang faham segalanya dari Allah hidupnya bahagia walaupun tidak kaya dan tiada apa-apa. 

Kerana Allah segalanya Bagaimanalah sifat Nabi saw. Nabi saw tidak pernah berpaling dari sesiapa yang sedang bercakap sehingga mereka habis bercakap. Dan tidak pernah orang meminta hampa melainkan Nabi saw akan memberinya sesuatu.(riwayat abu daud).Bagaimanlah melihat wajah Nabi saw? Rindu untuk lihat wajah Nabi saw.... 

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...