Click / Support

Thursday, May 29, 2014

Kelab Blogger Malaysia : Blogger Blogger Meh Join

Assalamualaikum..

Kepada rakan-rakan blogger yang ingin menaikkan rank blog mereka dan juga promosikan blog, korang boleh join Group Kelab Blogger Malaysia. Join Percuma jer..tak perlu bayar pun... dengan join Kelab blogger Malaysia, dapat juga la korang eratkan silaturahim antara rakan-rakan blogger yang lain... kan seronok...

https://www.facebook.com/groups/akubloggermalaysia/


Dapat jugalah kita ber Blog Walking sesama kita... share info-info yang bermanfaat... juga dapat mempelajari sesuatu yang baru dari otai2 blogger... dengan itu bertambahlah ilmu blogger korang di samping dapat Belajar SEO dengan cepat...

Saya percaya, ramai otai2 blogger diluar sana yang tidak kedekut ilmu sedia membantu kita dalam pempelajari selok belok berblogging ni..... sekian..

Monday, May 26, 2014

SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM (Senarai Terkini)


Dini hari semakin kerap kita lihat pelbagai barangan keperluan harian yang kita beli telah dicemari bahan tidak halal iaitu mengandungi DNA Babi (khinzir) walaupun pada barangan tersebut tertampal logol halal yang dikeluarkan oleh JAKIM

Tahukah anda..di kedai-kedai dan di pasaraya-pasaraya sekarang ini terlalu banyak barangan makanan y ang dikeluarkan oleh orang bukan islam.. jenama barangan terkenal pula tu... kadang2 jenama yang digunakan mengelirukan seolah-olah dikeluarkan oleh orang Islam sendiri... hakikatnya barangan itu dikeluarkan oleh orang bukan islam..tetapi mendapat kelulusan halal oleh JAKIM.. seperti mana baru-baru ini kita dipanaskan dengan berita mengenai Coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi..walaupun padanya terdapat logo halal yang telah dikeluarkan oleh JAKIM 

Di bawah ini saya sertakan SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM untuk keperluan harian anda... bertukarlah kepada barangan berjenama seperti senarai di bawah.. kalau boleh elakkanlah kita menggunakan barangan makanan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam... ini kerana mencari yang halal itu adalah fardhu bagi kita.... 

1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)

2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)

3. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)

4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)

5. Mee Segera - SajiMee Saji (FGV-FELDA) - ADABI

6. Beras - FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera

7. Garam – HALAGEL (garam bukit)

8. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)

9. Sos Cili/Tomato/Tiram - ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)

10. Cuka Buatan - Mudim
- Rohaya

11. Tepung Gandum - FAEZA

12. Tepung Perasa/ Goreng - ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)

13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans

14. Kunyit – AGROMAS

15. Jagung Tin manis – ADABI

16. Pasta spaghetti – ADABI

17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)

18. Taucu – JALEN, Tamin

 19. Jus Pekat Buah2an – Tamin

 20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin

21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)

22. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)

 23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)

24. Jem - Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry – AGROMAS

25. Kopi 3-in-1 - ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)

26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)

27. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS

28. Sardin Agromas

29. Sardin Pertima

30. Bihun Sufi

31. Mi Kuning Sufi

32. Kuey Teow Sufi

33. Garam Sufi

34. Sos Lada Hitam Sufi

35. Sos Cili/Tomato Sufi

36. Kicap Masin/Manis Sufi

37. Tepung Goreng Sufi

38. Minyak Masak Sufi

39. Telur Cap Sufi

40. Ubat gigi Najwa

41. Ubat gigi Halagel

42. Tepung gandum Cap Bidara

43. Jus minuman Safina

44. Syampoo D'herbs

45. Bihun Kampung

 46. Rempah- Imans

47. Rempah-Brahim's

48. Bihun- FAEZA

49. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI

50. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN

51. Kuah Rojak/Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA  

*Mencari yang Halal itu FARDHU


Credit : AzharAzfar.Com

Wednesday, May 7, 2014

Al Kisah Sebiji Burger

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.

Wahai anakku,

Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat

kedua-dua orang tuamu?

Senyum...

sumber : group whatsapp
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...