Click / Support

Thursday, May 21, 2015

Nasihat Dari Para Jutawan Tentang Sedekah

Nasihat Dari Para Jutawan


Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut
untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya , bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Wednesday, April 22, 2015

DAUN RERAMA BOLEH RAWAT KANSER

LELAKI separuh abad berkaca mata itu tersenyum. Lantas dia mengeluarkan beberapa bungkusan plastik dari dalam beg sandangnya. Bungkusan berisi gugusan daun hijau itu diberi kepada Mastika. Daun itu kecil saja saiznya. Agak ganjil bentuk daun itu. la mempunyai dua kelopak di kiri kanan seperti rama-rama. Ini kali pertama Mastika lihat daun seperti ini. Lantas, soalan pertama diajukan kepada lelaki bernama Khamarul Rezan Lim Abdullah itu, daun apakah ini? “Saya sendiri tidak tau nama yang tepat untuk daun ini. Ada orang panggil ‘daun rerama’!” beritahunya.


Pernah Khamarul bawa daun ini untuk kajian makmal bagi mengenal pasti jenisnya. Tapi tiada jawapan tepat. Para penyelidik hanya mengatakan ia daun spesies ‘red butterfly wing’. “Mereka sendiri tidak pernah jumpa daun ini. Dalam internet pun yang ada cuma red butterfly berwarna merah, bukan jenis hijau ini,” jawab lelaki berusia 55 tahun ini. Yang menariknya, Khamarul menggelar daun ini sebagai ‘daun magik’. Sebab apa? Tunggu! Kita baca dulu kisah daun ajaib yang hendak disampaikan lelaki ini buat pembaca Mastika.

PADA tahun 2006, Khamarul berkunjung ke sebuah negara jiran untuk bertemu seorang rakannya. Ketika itu, si rakan menunjukkan kepadanya sebatang pokok di dalam pasu. Pokok itu kecil, hanya setinggi paras lutut. Yang membuat Khamarul tertarik hati bila melihat bentuk daunnya. Tak ubah seperti rama-rama. Jelas temannya itu, pokok itu sejenis herba yang amat mujarab merawat pelbagai penyakit, terutama kanser. Tetapi, ramai tidak tahu kerana pokok itu amat sukar ditemui. Kerana suka melihat bentuk daunnya, Khamarul bawa sedikit biji benih pokok itu pulang ke rumah untuk ditanam. Ketika itu, dia tidak percaya kata-kata rakannya. Dia sekadar menanam pokok itu sebagai salah satu tambahan koleksi tumbuhan di sekitar rumahnya.


“Suatu hari saya bertemu seorang rakan. Wajahnya murung kerana baru dapat tahu isterinya disahkan menghidap kanser payu dara,” cerita Khamarul. Lantas dia teringat kata-kata temannya yang memberi benih tersebut. Lalu dia hubungi rakan itu bertanyakan kaedah rawatan menggunakan daun itu. Rupanya mudah saja. Beberapa helai daun pokok itu dipetik dan direbus dengan air hingga mendidih. Air rebusan itulah terkandung penawarnya. Khamarul berikan daun itu untuk dicuba oleh isteri rakannya tadi. Dia sendiri tidak percaya khasiatnya. Sekadar salah satu ikhtiar yang boleh dicuba selain berdoa kepada yang Esa. Tak sampai dua bulan amalkan minum air daun ini, isteri rakan saya itu disahkan doktor bebas dari kanser. Saya sendiri terkejut sewaktu dikhabarkan berita itu. Dan saya masih sukar percaya!” tambah Khamarul lagi.


Kemudian, Khamarul cubakan lagi khasiat daun itu pada anak seorang lagi rakannya yang juga menghidap penyakit sama. Payu daranya sudah bengkak, merah bagai udang kena bakar. Hasilnya, dalam masa dua minggu, bengkak mulai surut. Beberapa bulan kemudian, anak rakannya itu disahkan bebas daripada kanser. Tapi, Khamarul masih belum berpuas hati. Dia berikan daun itu untuk dicuba oleh beberapa orang pesakit kanser lain. Kebanyakannya golongan wanita yang berperang dengan kanser payu dara. Alhamdulillah, kesemuanya menunjukkan perubahan positif dan ramai yang sudah bebas daripada kanser pembunuh itu. “Ada seorang wanita minta tolong saya rawat anaknya berusia empat tahun yang ada ketumbuhan dalam otak. Budak itu hanya mampu terbaring, tubuhnya sangat lemah. Saya kata pada wanita itu, kita sekadar cuba. Hasilnya, saya sendiri tak tahu. Saya bekalkan stok daun itu untuk anaknya. Tak sampai dua bulan kemudian, wanita itu beritahu anaknya sudah boleh berlari. Dan hasil pemeriksaan mendapati ketumbuhannya kian mengecut,” beritahu Khamarul terus bercerita tentang khasiat daun magiknya itu.

Pernah juga pesakit kencing manis yang kakinya sudah luka dan busuk datang minta bantuan Khamarul. Ditumbuknya daun rama-rama tersebut lalu dilumurkan pada bahagian luka. la dilakukan setiap hari hingga luka pesakit itu sembuh dan daging baru mula tumbuh. Oleh sebab takjub dengan khasiat daun itu, Khamarul sanggup keluarkan wang sendiri. Dia menghantar daun itu untuk pelbagai ujian makmal. Dan lelaki ini terfana bila dapat tahu dalam daun ini terkandung 13 bahan kimia berguna yang digunakan dalam pelbagai jenis penghasilan ubat-ubatan di seluruh dunia, termasuk produk kosmetik.


Dan salah satu sifat kimia yang terkandung dalam daun itu berfungsi untuk mematikan aktiviti kuman dan menumbuhkan sel baru. Khamarul lebihkan usahanya dengan melakukan pelbagai kajian dan ujian, terutama terhadap pesakit yang mencuba khasiat daun itu. “Saya keluarkan wang sendiri untuk bawa pesakit jalani makmal. Saya mahu ada bukti hitam putih. Tak mahu dikata sebagai penipu dan sengaja mengadakan cerita.

“Walaupun sudah banyak wang saya habis, tapi saya tak kisah. Yang penting, saya ada penjelasan hitam putih sebagai bukti. Bukan sekadar omong kosong,” tegas bunyinya sambil Khamarul menunjukkan segala surat kajian makmal dalam simpanannya. Memang bagus daun magik ini. la diakui melalui kajian rnakmal. Banyak khasiatnya. Tapi, Khamarul sedih. Kecewa. Kerana itu dia sanggup datang dari rumahnya di Kedah untuk bertemu Mastika.

Kenapa Khamarul? Cuba cerita sikit. “Saya nak tolong pesakit AIDS. Tapi, tak dibenarkan. Saya kecewa!” perlahan nadanya menjawab. Khamarul menceritakan, dia telah cuba khasiat herba ini pada beberapa orang pesakil AIDS. Hasilnya positif. Tahap kuman pesakit yang sebelum itu berpuluh ribu bacaannya turun drastik selepas pesakit itu minum air daun magiknya. Tahap antibodi juga meningkat dan fizikal juga kian sembuh.

“Bukan reka cerita tapi saya sediakan semua bukti ujian perubahan pesakit. Saya sangka sudah berjaya temui penawar AIDS. Dapatlah bantu pesakit golongan ini tapi…” Khamarul terdiam seketika. Sambungnya, bukti ujian dan kajiannya itu dibawa ke persatuan dan agensi yang terlibat. Apa respons yang Khamarul terima? “Mereka ketawakan saya. Mana mungkin daun kecil ini boleh jadi penawar. Dalam nada menyindir, mereka bertanya semula, AIDS ada ubat ke? Bantuan yang mahu saya hulur mereka tolak mentah-mentah. Bukti yang saya tunjukkan sedikit pun tidak dipandang.

“Saya hanya pinta mereka mencubanya dahulu. Tak salah untuk kita mencuba, kan? Para saintis yang mencipta ubat pun terpaksa mencuba berulang kali sebelum menemui sesuatu penawar. Jadi, apa salahnya mencuba? Dalam al-Quran pun disebut, setiap penyakit ada penawarnyar!” jelas Khamarul.

Hmm… betul juga kata Khamarul itu. Sama juga dengan pesakit Sistem Lupus Erithematosus (SLE). Penyakit ini pun tiada penawar. Khamarul cuba tawarkan bantuan. Pun sama, usahanya ditolak mentah-mentah walaupun dia tunjukkan bukti positif pesakit SLE yang pernah cuba kaedah semula jadinya itu.


Pelik juga Mastika. Kenapa usaha Khamarul dipandang sepi tanpa mencubanya terlebih dahulu.Takkan sebab karenah birokrasi pula? Maklumlah, pesakit AIDS dan SLE ada mendapat peruntukan khas. Adakah pihak tertentu takut peruntukan itu hilang kalau penawar penyakit ini ditemui? ltu Mastika tak berani nak jawab! Kalau betul daun magik Khamarul tak bagus, kenapa begitu ramai yang minta pokok dan anak benihnya? Malah, sudah acap kali juga pokok yang ditanam di kawasan rumahnya dicuri orang. Ada doktor yang turut kagum dengan khasiat daun ini. Diminta Khamarul bekalkan untuk pesakit di sebuah hospital. Tapi, tak lama. Sekejap saja habis. Khamarul tak dapat bekalkan daun itu semula. Sebabnya? Daun itu mengambiI masa tiga bulan untuk tumbuh semula setelah dipetik.

“Inilah yang saya tak faham. Bila saya nak hulur bantuan, mereka tak mahu. Tapi, mereka minta anak pokok itu. Maaflah, itu saya tak boleh bagi. Nampak sangat ada kepentingan lain. Pokok itu hak saya. Saya yang tanam, saya yang jaga. Kalau saya nak keuntungan, lama dah saya buat. Beberapa tawaran syarikat besar termasuk dari luar negara menanti mahu mengkomersialkan daun ini. Tapi, saya tak mahu. Kalau mahukan penawar, saya akan beri. Tapi, bukan pinta pokoknya! Semuanya dengan izin Allah. Niat saya nak tolong, tapi mereka yang tak mahu!” Tak mengapa Khamarul. Kalau mereka tak hendak, ramai lagi orang di luar sana yang mahu. Teruskan dengan usaha murni anda. Semoga ramai orang boleh mendapat khasiat dari daun magik anda ini. Jika pembaca ingin mencuba daun magik ini, boleh hubungi Khamarul di talian 017-4166396.



Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...