Dari Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah SWT itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Nabi SAW bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah
SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang
yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi SAW
bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih
panas dari yang lain 70 kali ganda."
Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk
orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu
kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang
shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam
tempat orang nasara bernama Sa’ir."
Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu
ketujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari
ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi SAW jatuh
pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi
SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang
dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu
orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail
juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah SWT.
Dari Hadith
Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu
itu, Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000
daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000
rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak,
setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000
malaikat."
Wallahu'alam.
Friday, January 27, 2012
Thursday, January 26, 2012
Kisah Berkat Di Balik Membaca Basmallah
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali h endak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah".
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberi hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari n anti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim.." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatanya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sunday, October 16, 2011
Suara Siapa Tu ????
Saje ambe nak kongsi dengan rakan-rakan Blogger.. malam tadi ambe ke Surau untuk bersolat Isyak. Sedang solat, ketika ambe membaca surah Al-Fatihah... terdengar satu suara agak garau membaca ayat dalam surah Al-Fatihah.. terasa suara itu dari belakang sebelah kanan ambe.. rerasa dekat dengan telinga kanan ambe... jelas kedengaran suara itu membaca " Siro tolladzi na'an am Ta'alai him ".... dalam hati ambe, tak mungkin suara org di sebelah ambe dan tak mungkin org di belakang ambe... huhu... dah tak kusyuk solat ambe..
Setelah selesai solat, ambe balik rumah dan terus menceritakan hal itu kepada kawan baik ambe.. katanya itu syaitan. Ambe pun rasa begitu.. syaitan memang kerjanya mengganggu manusia membuat kebaikan... wallahualam...

Monday, July 25, 2011
Enjit-enjit semut pukul 2 pagi
2 pagi, anak kembar ambe yang sulung tu mengejutkan ambe, minta susu... dalam keadaan mengantuk, ambe pun bangun bikin susu untuk kedua2 anak ambe itu.. setelah diberi susu, boleh pula anak ambe Si Azhar nyanyi lagu enjit-enjet semut...aduh.. takkan pukul 2 pagi nyanyi lagu enjit-enjit semut kot...teringat pula ambe pada movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.. macam-macam la Azhar ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)