Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat
kedua-dua orang tuamu?
Senyum...
sumber : group whatsapp
Wednesday, May 7, 2014
Tuesday, March 4, 2014
Manusia Mudah Lupa
Memang...
Memang manusia mudah lupa...
Betapa banyak nikmat yang Allah bagi...
nikmat mata...kita bergembira dengannya...
nikmat berjalan...
nikmat kesihatan...
makan..minum..
tidur...
tetapi manusia mudah lupa...
apabila diujia sekikit kesusahan...
kesusahan itu la yang diingati...
Oh...dulu aku susah sangat...
nak makan pun tak ada duit...
Oh..dulu aku susah..orang tak tolong aku pun...
orang hina aku...orang caci aku...
dan bermacam2 lagi la kesusahan dan keburukan yang kita ingat...
tapi manusia lupa...
bertahun2 Allah beri nikmat.....
sampai tak terhitung nikmat yang Allah berikan...
namun..
keburukan jua yang diingat...
nikmat yang Allah berikan..kita lupakan...
Begitu jugalah hubungan manusia sesama manusia...
manusia mudah lupa...
Oh..mamat ni dah sakitkan hatiku...
benci betul aku kat dia...
Oh..dia sombong dengan aku yer..
tak per...aku tak nak kawan dengan dia...
begitu la manusia sesama manusia...
kebaikan yang ada pada seseorang itu selama ini dilupakan..
hanya sedikit kesilapan juga diingat...
hanya sedikit selilapan jua la dihitungnya...
lupa ke kebaikan orang itu selama ini..?
atau buat2 lupa?
sememangnya..
manusia itu mudah lupa..
mudah lupa pada kebaikan...
ingat pada keburukan dan kesalahan...
wallahualam...
Thursday, January 16, 2014
Tips Atau Cara Untuk Mencegah Kandungan Pada Blog Anda Dari Di "Copy Dan Paste"
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Shamfariz Entry kali ini adalah mengenai cara bagaimana hendak mencegah kandungan blog kita dari di 'copy & paste' oleh orang lain. script ini dicipta oleh Dynamicdrive yang juga dalam bentuk Javascript.
1.) Disable Right Click:
Ini adalah langkah bagi mematikan fungsi right click pada blog korang... Fungsi ini terdapat 2 pilihan. Sama ada hendak memunculkan paparan kotak mesej atau tanpa kotak mesej. Kalau korang klik kanan pada halaman web atau blog korang, sebuah mesej akan muncul di skrin mengatakan "Funtion Disabled!". Jika korang ingin menukarkan mesej anda tersendiri seperti "Selamat Datang!. Nak Copy Yer?, senang2 je nak copy paste!. dan sebagainya.." korang tukar pada "Funtion Disabled!" teks dengan mesej korang sendiri dalam kod Javascript. Untuk membuatnya hanya salin kod dibawah :
Paparan kotak Mesej:
Tanpa Kotak Mesej:
2.) Disable Highlight Text:
Kalau korang tak suka fungsi mematikan right click, korang bolehlah menggunakan fungsi bagi mematikan highlight text pada blog korang. Cara ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan kandungan blog korang dari disalin. Korang hanya perlu salin kod dibawah :
3.) Disable Selection Text:
Cara yang ketiga ini pula mematikan fungsi selection teks pada keseluruhan blog korang. Fungsi ini akan membuatkan icon mouse korang sentiasa menunjukkan arrow dan sekaligus mematikan juga fungsi highlight pada blog korang...
Cara Untuk Memasangkan Javascript Pada Blogspot :
1.) Pergi pada layout dan pilih pada Add a Gadget:
2.) Pilih pula pada HTML/Javascript:
3.) Copy dan paste sahaja salah satu javascript di atas dan tekan butang Save...
Walhal dengan penggunaan javascript ini juga tidak menjamin kandungan di blog korang terselamat dari "pencuri" di luar kerana kini cara ini boleh diatasi bagi sesetengah yang celik IT. Oleh itu sebaik2nya kita sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini bak kata perpatah "prevention is better than cure"...
Sumber : dari jiwang.ws dan omghackers.com
Monday, January 13, 2014
Rahmat Allah
Seronok berbual dengan ustaz kawan baik saya. Sebelum ini membawa kereta sangat lama. Sudah tiada kereta begitu lagi. Kereta tahun 70an.
Bila dia ke mana-mana bawa payung walaupun naik kereta kerana atapnya bocor..Keretanya tiada route tax.
Kelebihannya ialah dia sentiasa akan cakap semua ini rahmat Allah. Satu hari kena tahan kereta oleh polis. Dia kata terima.kasih tuan dan senyum...rahmat Allah..Polis saman dia, tapi dia kata rahmat Allah. Polis tak jadi saman. Kata polis saya selalu saman orang semua marah. Tuan asyik kata rahmat.. Hj tadi cakap lagi banyak kali rahmat Allah.
Pernah dia dijemput baca doa kena parking jauh. Dia kata ini semua rahmat Allah. Kalau parking dekat mungkin bangunan runtuh. Kurang berjalan. Banyak sakit datang.
Rahmat Allah..itulah ucapan dia sentiasa...
Satu malam ada orang susah minta tolong. Dia selalunya tidak menghampakan orang..tiada apa nak bagi. Orang tu kata tuan bagi kereta tuan lah...ustaz tadi terus bagi kereta buruknya..
Malam itu juga rezeki mula mencurah..Esoknya dia dapat kereta baru. Kini hidupnya sangat senang/kaya..dia sentiasa memberi. Bari masa 3 hari setiap bulan di Mekah dan Madinah dari Malaysia dan bawa orang kampungnya percuma.
Apa pun susah dia kata rahmat Allah. Ayahnya juga seorang ustaz. Ayahnya tidak meninggalkan harta. Selalu ayahnya balik rumah tak pakai baju. Setiap kali tengok orang susah ayahnya akan bagi baju yang dia pakai...
Kini semua orang akan suka dan rasa nak jadi macam beliau. Orang kaya yang diberi rezeki mencurah dan sentiasa membantu orang. Tapi orang terlupa bagaimana masa dia susah dia sentiasa.kata rahmat Allah..dan sangka baik dengan Allah
Jaga hubungan dengan Allah.
Masjid beliau tiada tabung di Masjid dan semua urusan kematian dan kenduri arwah ditanggung oleh masjid....
ya Allah berilah sedikit sifat beliau kepada diriku ini.Ya Allah fahamkan kami ini semua adalah rahmatMu
Orang yang faham segalanya dari Allah hidupnya bahagia walaupun tidak kaya dan tiada apa-apa.
Kerana Allah segalanya
Bagaimanalah sifat Nabi saw. Nabi saw tidak pernah berpaling dari sesiapa yang sedang bercakap sehingga mereka habis bercakap. Dan tidak pernah orang meminta hampa melainkan Nabi saw akan memberinya sesuatu.(riwayat abu daud).Bagaimanlah melihat wajah Nabi saw? Rindu untuk lihat wajah Nabi saw....
Sumber: FB Ustaz Ebit Lew
Subscribe to:
Posts (Atom)


