Click / Support

Thursday, January 16, 2014

Tips Atau Cara Untuk Mencegah Kandungan Pada Blog Anda Dari Di "Copy Dan Paste"

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Shamfariz Entry kali ini adalah mengenai cara bagaimana hendak mencegah kandungan blog kita dari di 'copy & paste' oleh orang lain. script ini dicipta oleh Dynamicdrive yang juga dalam bentuk Javascript.

1.) Disable Right Click:
Ini adalah langkah bagi mematikan fungsi right click pada blog korang... Fungsi ini terdapat 2 pilihan. Sama ada hendak memunculkan paparan kotak mesej atau tanpa kotak mesej. Kalau korang klik kanan pada halaman web atau blog korang, sebuah mesej akan muncul di skrin mengatakan "Funtion Disabled!". Jika korang ingin menukarkan mesej anda tersendiri seperti "Selamat Datang!. Nak Copy Yer?, senang2 je nak copy paste!.  dan sebagainya.." korang tukar pada "Funtion Disabled!" teks dengan mesej korang sendiri dalam kod Javascript. Untuk membuatnya hanya salin kod dibawah : 

Paparan kotak Mesej:



Tanpa Kotak Mesej:




2.) Disable Highlight Text:



Kalau korang tak suka fungsi mematikan right click, korang bolehlah menggunakan fungsi bagi mematikan highlight text pada blog korang. Cara ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan kandungan blog korang dari disalin. Korang hanya perlu salin kod dibawah : 



3.) Disable Selection Text:


Cara yang ketiga ini pula mematikan fungsi selection teks pada keseluruhan blog korang. Fungsi ini akan membuatkan icon mouse korang sentiasa menunjukkan arrow dan sekaligus mematikan juga fungsi highlight pada blog korang...



Cara Untuk Memasangkan Javascript Pada Blogspot :

1.) Pergi pada layout dan pilih pada Add a Gadget:


2.) Pilih pula pada HTML/Javascript:


3.) Copy dan paste sahaja salah satu javascript di atas dan tekan butang Save...

Walhal dengan penggunaan javascript ini juga tidak menjamin kandungan di blog korang terselamat dari "pencuri" di luar kerana kini cara ini boleh diatasi bagi sesetengah yang celik IT. Oleh itu sebaik2nya kita sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini bak kata perpatah "prevention is better than cure"... 

Sumber : dari jiwang.ws dan omghackers.com


Monday, January 13, 2014

Rahmat Allah

Seronok berbual dengan ustaz kawan baik saya. Sebelum ini membawa kereta sangat lama. Sudah tiada kereta begitu lagi. Kereta tahun 70an. 

Bila dia ke mana-mana bawa payung walaupun naik kereta kerana atapnya bocor..Keretanya tiada route tax. 

Kelebihannya ialah dia sentiasa akan cakap semua ini rahmat Allah. Satu hari kena tahan kereta oleh polis. Dia kata terima.kasih tuan dan senyum...rahmat Allah..Polis saman dia, tapi dia kata rahmat Allah. Polis tak jadi saman. Kata polis saya selalu saman orang semua marah. Tuan asyik kata rahmat.. Hj tadi cakap lagi banyak kali rahmat Allah. 

Pernah dia dijemput baca doa kena parking jauh. Dia kata ini semua rahmat Allah. Kalau parking dekat mungkin bangunan runtuh. Kurang berjalan. Banyak sakit datang. 

Rahmat Allah..itulah ucapan dia sentiasa... 

Satu malam ada orang susah minta tolong. Dia selalunya tidak menghampakan orang..tiada apa nak bagi. Orang tu kata tuan bagi kereta tuan lah...ustaz tadi terus bagi kereta buruknya.. 

Malam itu juga rezeki mula mencurah..Esoknya dia dapat kereta baru. Kini hidupnya sangat senang/kaya..dia sentiasa memberi. Bari masa 3 hari setiap bulan di Mekah dan Madinah dari Malaysia dan bawa orang kampungnya percuma. 

Apa pun susah dia kata rahmat Allah. Ayahnya juga seorang ustaz. Ayahnya tidak meninggalkan harta. Selalu ayahnya balik rumah tak pakai baju. Setiap kali tengok orang susah ayahnya akan bagi baju yang dia pakai... 

Kini semua orang akan suka dan rasa nak jadi macam beliau. Orang kaya yang diberi rezeki mencurah dan sentiasa membantu orang. Tapi orang terlupa bagaimana masa dia susah dia sentiasa.kata rahmat Allah..dan sangka baik dengan Allah Jaga hubungan dengan Allah. 

Masjid beliau tiada tabung di Masjid dan semua urusan kematian dan kenduri arwah ditanggung oleh masjid.... 

ya Allah berilah sedikit sifat beliau kepada diriku ini.Ya Allah fahamkan kami ini semua adalah rahmatMu Orang yang faham segalanya dari Allah hidupnya bahagia walaupun tidak kaya dan tiada apa-apa. 

Kerana Allah segalanya Bagaimanalah sifat Nabi saw. Nabi saw tidak pernah berpaling dari sesiapa yang sedang bercakap sehingga mereka habis bercakap. Dan tidak pernah orang meminta hampa melainkan Nabi saw akan memberinya sesuatu.(riwayat abu daud).Bagaimanlah melihat wajah Nabi saw? Rindu untuk lihat wajah Nabi saw.... 

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew

Thursday, December 26, 2013

Mari Belajar Bahasa Thai - Lanjutan

Assalamualaikum.. 
kepada semua pengunjung blog shamfariz 
post ini adalah lanjutan dari post Mari Belajar Bahasa Thai. 
so, selamat belajar..

Perbualan dalam bahasa thai

1. ya tam yang nan = jangan buat macam tu = อย่าทำอย่างนั่
2. phom jah pai haa khun prung ni = saya akan pergi bertemu awak esok = ผมจะไปหาคุณพรุ่งนี่
3. khun jah pai du nang kab phom mai = awak mau pergi menonton film dgn saya? = คุณจะไปดูหนังกับผมไหม...?
4. khun yim suai nah = kau senyum cantik = คุณยิ้มสวยนะ
5. kin ahan tiang leaw rue yang = adakah kau sudah makan tengah hari
6. funtok tukwan = hujan tiap2 hari = ฝนตกทุกวัน
7. thi nan penyang ngaibangggg = macam mana di sana = ที่นั่นเป็นอย่างไงบ้าง
8. pom yang mai kin kau leaw = saya belum makan nasi lagi = ผมยังไม่กินข้าวเลย
9. Pahyayam topai = Usaha lagi = keep on trying = สู้ต่อไป
10. Lahmaad = sembahyang = ละหมาด
11. Yim = senyum = ยิ้ม
12. Huarohh = suka = หัวเราะ
13. Siajai = sedih hati = เสียใจ
14. sabai jai = suka hati = happy = สบายใจ
15. kaii jai = demam hati = lovesick = ไข้ใจ
16. Yindee tunrab tuktan krab = Selamat datang = welcome everyone
17. sabai dee mai wanni?? = apa khabar hari ini?
18. Sayang, Kamu sudah makan atau belum = Thee rak, kin kau re yang?
19. Thee rak = sayang, kin = makan, kau = nasi, re = atau, yang = belum
20. Ayah Ibu, aku sayang kalian = Po Me, Phom/chan rak Khun = Po ( ayah) Me ( ibu/emak) Pom/chan (saya/aku) rak (sayang) khun (kamu).
21. kern ni = malam ini = คื่นนี้
22. wanni = hari ini = วันนี้
23. muah kern = last night = เมื่อคื่น
24. muah waan = yesterday = เมื่อวาน 
25. prung ni = tomorrow = พรุ่งนี่
26. prung ni shaoo = esok pagi = พรุ่งนี้เช้า
27. mareen ni = the day after tomorrow = มะรื่นนี้...
22. Chan jah pai talad,= saya mau pergi ke kedai/pasar,ฉันจะไปตลาด,,,
23. kayan = rajin ขยัน
24. kriatkraan = malas เกรียจคร้าน
25. nang = duduk =  นั่ง
26. rong pleng = sing a song = ร้องเพลง
27. mai penrai krab (kab) = tak apa = never mind = คัฟ ไม่เป็นไรคัฟฟฟฟ...
28. nang = duduk =  นั่ง
29. non = tidur =  นอน
30. len = main = เล่น
31. do = lihat = ดู
32. tamngan - buat kerja ทำงาน
33. kian = tulis เขียน 
34. ann =  baca =  read อ่าน 
35. derm = minum ดื่ม 
36. pai = pergi =  ไป
37. ma =  mari = มา 
38. arom dee = good mood = อารมณ์ดี
39. arom siah = bad mood = อารมณ์เสีย 
40. akat dee wanni = nice weather today = อากาศดีวันนี้
41. ko hai khun chok dee = wish u good luck = ขอหั้ยคุณโชคดี
42. Tammai = kenapa = why = ทำไม
43. yang rai = bagaimana = how = อย่างไร,
44. Krai = siapa = who = ใคร
45. muah rai = bila = when = เมื่อไหร่
46. thi nai = di mana = where = ที่ไหน,
47. arai = apa = what = อะไร,
48. chokdee = g00d luc โชคดี,
49. cold = yen = เย็น
50. ron = panas = hot = ร้อน
51. ma = mari = มา
52. pai = pergi = go = ไป
53. chan kid tung ter = saya rindu awak = i miss u = ฉันคิดถึ่งเธอ
54. chan mai kuaw lerm ter = saya takkan lupakan awak = i never forget u = ฉันไม่เคยลื่มเธอ
55. ya tam yang nan - jangan buat macam tu = อย่าทำอย่างนั่น
56. phom jah pai haa khun prung ni = saya akan pergi bertemu awak esok = ผมจะไปหาคุณพรุ่งนี่
57. khun jah pai du nang kab phom mai = awak mau pergi menonton wayang/film dengan saya = คุณจะไปดูหนังกับผมไหม...?
58. khun yim suai nah = kau senyum cantik = คุณยิ้มสวยนะ..
59. khun chee aray = kamu nama apa?
60. wan ni wan suk = hari ni hari jummat – วันนี้วันศุกร์
61. ni = ini = นี้
62. nan = itu = นั่น
63. thi ni = di sini
64. thi nan = di sana = ที่นั่น
65. puankan talodpai = sahabat selamanya = friend forever = เพื่อนกันตลอดไป

Semoga Bermanfaat

Monday, December 16, 2013

Dapat serunding daging la pagi ni...

pagi2 nak pergi kerja..wife tapaw belebat pisang suruh makan kat opis..
kat opis aku makan la beberapa ketul...selebihnya aku bg kat budak opis.. seronok la dorg...
manak tak seronok..jumaat lepas aku bawa belebat nangka... ari ni belebat pisang pula...

tak lama kemudian.. datang la kakak2 opis tu kat meja aku.. bagi serunding danging yang ditaruk dalam bekas belebat tadi.. Alhamdulillah...

dorang siap gurau lagi...suruh buat nasi dagang..katanya ada yang mengidam..haha..macam2..
tengok la ya..tak leh nak janji...
bukan tak nak bawa..tapi faham2 la..pergi kerja dan balik keje, jalan sentiasa jem...
itu pun aku bawa motor...
kalau naik kereta..lagi la...
kalau kat opis lama..senang...tak la jem macam kat shah alam..

In Shaa Allah.. ada rezeki..ada kesempatan..aku buat la dorang...
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...