Click / Support

Monday, July 27, 2009

Majlis Potong Jambul Untuk My Twin

26/7/2009 - Balik Johor, drive dari rumah pukul 8.30pm. First time aku balik kampung menaiki kereta dengan isteri dan anak2. kami tiba kira-kira pukul 12.40am. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke kampung, anak2 tidur lena.

Azhar


Azfar











Tuesday, July 21, 2009

Kelebihan & Fadilat Ayat 1000 Dinar


Iklan:
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

 [ayat 1000 dinar]

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

  • Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. [ayat 1000 dinar]
  • Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). [ayat 1000 dinar]
  • Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).[ayat 1000 dinar]
  • Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..[ayat 1000 dinar]
  • Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.[ayat 1000 dinar]
  • Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.[ayat 1000 dinar]
  • Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).[ayat 1000 dinar]
  • Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat. [ayat 1000 dinar]

Sunday, July 19, 2009

Jalan-Jalan Ke Rumah Kak Mim

Pagi hari minggu (ahad) aku bawa isteri dan 'Kembar" jalan-jalan ke rumah Kak Mim (rakan sekerjaku). Boring juga duduk rumah, lebih baik keluar bawa anak-anak dan isteri sekali. Wah! besar betul rumah Kak Mim. Kak Mim hidangkan pizza yang dibuat sendiri bersama anak-anaknya. Sedap juga pizza yang kak Mim buat, sama la macam beli dekat kedai.

Kak Mim bersama Azhar

Kak Mim Bersama Azfar


Cantik rumah Kak Mim

Saturday, July 18, 2009

My Twin 4th Months

Sudah 4 bulan umur anak2 aku tu.

Azfar

Azhar

iklan kaki la plak.. :)

Api kat dapur

Pagi-pagi lagi Si kembar aku tu sudah bangun. Susah pula mereka hendak tiduk balik. Isteriku sambil memasak sambil melayan karenah anak-anak dekat dapur. Tiba-tiba kertas pelapik dapur gas tu terbakar. Waktu itu aku dalam bilik air. Isteri aku memanggilku.. kelam kabut juga kami... risaukan anak-anak lagi yang ada di situ. Di saat kecemasan itu, yang berada di fikiranku adalah hendak selamatkan anak-anak dan isteri sahaja. Aku segera menarik kertas yang terbakar tu ke lantai kerana khuatir tong gas yang berada berdekatan itu meletup. Aku segera menyeduk air di sinki dan terus simbah pada api tersebut. Alhamdulillah api padam juga akhirnya. Tanganku melecur sedikit akibat terkena api. Apa-apa pun, janji anak-anak aku dan isteri selamat.

Hari cuti macam ni aku tidak ke mana-mana.. Aku fikir minggu depan hendak balik ke kampung isteri aku. Isteriku memberitahu, maknya cakap buah rambutan dan buah pulasan dekat kampung sudah masak. Insya Allah minggu depan bolehlah balik kampung. Sebelum tu, aku perlu betulkan aircond kereta aku dulu. Kasihan anak-anak kepanasan dekat dalam kereta nanti.

Thursday, July 16, 2009

KELEBIHAN HERBA


 
HERBA DENGAN RAHSIA NILAI UBATANNYA - Kelebihan Herba

Herba menurut kamus dewan bahasa dan pustaka merupakan tumbuhan dimana daun dan bahagian lain tumbuhan tersebut yang boleh dibuat ulam dan memberikan nilai ubatan kepada orang yang mengamalkan memakannya. Kita sebagai manusia seharusnya memanfaatkan dengan sebaiknya nilai perubatan yang terdapat pada herba.

Kebanyakan ilmu perubatan tradisional masih lagi menggunakan tumbuhan herba sebagai bahan utama dalam perubatan mereka. Walau bagaimanapun ilmu perubatan yang diamalkan ini tidak direkodkan seperti ilmu perubatan allopati tetapi ia diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya melalui kaedah lisan.

Tumbuhan-tumbuhan herba merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik, enzim-enzim, hormon-hormon diuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif, anti-koagulan dan pelbagai bahan lagi. Kesemua bahan ini dapat dikesan selepas beberapa kajian dijalankan ke atas tumbuhun herba untuk melihat bahan yang terkandung di dalamnya. Menurut Perubatan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70% dari populasi sedunia menggunakan ubat dari tumbuhan herba terutamanya di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati. Pengguna di negara-negara maju menggunakan tumbuhan herba sebagai alternatif kepada rawatan moden.

Jenis tumbuhan herba yang dibincangkan di sini ialah bawang putih, pegaga, kunyit, dan senduduk putih. Tumbuhan herba yang pelbagai ini mengandungi nilai perubatan yang berbeza di antara satu sama lain.

a) BAWANG PUTIH ( Allium sativum ) - Kelebihan Herba

Bawang putih merupakan antara tumbuhan yang digunakan di dalam masyarakat Malaysia di dalam memasak makanan terutamanya untuk menumis. Walaupun baunya kurang enak tetapi mutakhir ini ciri-ciri perubatan menakjubkan yang terdapat pada bawang putih semakin terserlah. Pakar herba telah lama menganggap bawang putih sebagai " herba atau makanan ajaib" kerana unsur perubatan dan antibiotik yang ada padanya dapat membersihkan sistem tubuh dan mencegah pelbagai penyakit. Rekod Sanskrit menunjukkan bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan tradisional hampir 5,000 tahun dahulu, manakala masyarakat Cina menggunakannya sejak 2,000 tahun dahulu.

Khasiat bawang putih yang selalu diperkatakan oleh pengamal perubatan tradisional digunakan di dalam ramuan tonik wanita selapas bersalin, untuk mengeluarkan angin di dalam badan, mengatasi masalah usus dan penghadaman serta masalah parasit. Masyarakat Cina pula percaya bahawa bawang putih dapat menyembuhkan luka dengan cepat dan melegakan sakit reumatik. Bawang putih yang dimakan mentah pula berupaya untuk merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.

Antibarah

Para penyelidik telah menemui sebatian unik di dalam bawang putih iaitu Allican yang mengandungi khasiat perubatan semulajadi seperti ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah penyakit jantung. Bahan ini juga mampu merencat pertumbuhan tumor dengan merencat pembahagian dan pembesaran sel-sel. Allican juga berupaya untuk membaiki dan menguatkan sistem pertahanan tubuh seseorang. Sebatian allil disulfida yang terdapat di dalam bawang putih turut membantu mencegah pertumbuhan tumor malignan ( ganas ).

Penyelidikan yang dilakukan di China pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa seseorang yang kerap atau mengamalkan memakan bawang putih dapat mengurangkan kadar serangan barah perut. Hal yang sama juga berlaku di Peking, kadar kematian disebabkan penyakit barah di dapati rendah bagi penduduk yang kerap memakan bawang putih secara berterusan. Mereka mengambil sehingga 200g bawang putih setiap hari. Hal sebaliknya berlaku kepada orang yang tidak memakan bawang putih, mereka lebih mudah diserang penyakit barah. Namun begitu masih belum terdapat bukti kukuh menyatakan bahawa dengan mengamalkan pengambilan bawang putih dapat mengelakkan diri manusia dari penyakit barah secara keseluruhannya.

Selain berupaya mengurangkan kadar penyakit barah, bahan Allican dapat mengurangkan tahap kolestrol sehingga 19% disamping berupaya menghalang pengumpalan platlet darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah. Penemuan ini diperolehi melalui penyelidikan penyakit jantung di Yayasan Jantung British dan Jabatan Kesihatan Umum di Oxford.

Secara tradisional, penggunaan bawang putih untuk mengurangkan penyakit jantung telah lama diamalkan oleh penduduk Mediterranean dan juga negara-negara Asia di mana bawang putih mudah diperolehi. Di China dan Jepun, bawang putih telah digunakan untuk merawat darah tinggi ( hypertension ). Herba ini juga telah dibuktikan dapat mengurangkan lemak dan gula di dalam darah. Ia mengandungi komponen antikoagulan iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai pembersih darah, mengawal penyakit jantung dan strok. Bagi pesakit jantung, kesan bawang putih lebih efektif daripada aspirin kerana kandungan Allican dapat merencat pengumpulan platlet yang boleh menyumbat saluran darah tanpa mengganggu fungsi enzim.


Antimikrob

Menurut sejarah, Louis Pasteur ( 1858 ) telah berjaya membunuh bakteria di dalam makmal dengan mencampurkan ekstrak bawang putih ke dalam media kalturnya. Kajian selanjutnya pula mendapati bahawa ekstrak bawang putih yang apabila dicampurkan bersama-sama medium kaltur akan merencat pertumbuhan bakteria, yis, kulat dan juga virus. Satu komponen kimia yang terdapat di dalam bawang putih ialah Ajoene yang berupaya merencat pertumbuhan lebih daripada 20 varieti kulat seperti Fusarium lini, Candida albicans dan Athlete's foot. Minyak yang diperolehi daripada bawang putih berkesan dalam merencat pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Ciri antimikrob ini boleh diperolehi daripada ekstrak bawang putih, daun serta minyaknya. Walaubagaimanapun bahan-bahan kimia yang bertindak sebagai antimikrob ini akan termusnah keseluruhannya jika dipanaskan pada suhu 100°C selama 20 minit.

b) PEGAGA ( Centella asiatica ) - Kelebihan Herba

Khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia. Masyarakat Cina menamakannya Ching Chow Sui manakala orang India memanggilnya Valeerai dan Gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4,000 tahun dahulu dan Shennong Herbal di China sejak 2,000 tahun lalu.

Masyarakat India percaya bahawa pegaga dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Pada tahun 1949 satu kajian telah dijalankan ke atas pegaga dan mendapati bahawa ia mujarab mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Manakala penyelidikan yang dijalankan pada 1950 pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit.

Masyarakat Cina pula bergantung kepada pegaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal. Ia adalah herba serbaguna untuk mengubah sistem saraf serta meredakan tekanan perasaan.

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) sebagai herba yang menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak. WHO memperakui bahawa pegaga kaya dengan pelbagai ramuan ubatan. Herba ini amat mujarab dan akan memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health and Longevity Newsletter menggelar sebagai “herba ajaib” kerana ia dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit.

Selain daripada khasiat-khasiat yang disebutkan pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit serta tekanan darah tinggi. Daun pegaga yang diramas dengan sedikit air pula amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolegan, merangsang pembentukan rambut dan kuku.

c) KUNYIT ( Curcuma domestica ) - [Kelebihan Herba]

Dalam perubatan tradisional, kunyit banyak digunakan dalam campuran rempah ratus dan jamu. Mengikut kepercayaan orang Melayu, ibu kunyit boleh membersihkan rahim dan mengecutkannya bagi wanita selepas bersalin. Walaubagaimanapun kunyit biasanya tidak digunakan bersendirian tetapi dicampurkan dengan lada hitam atau lempoyong. Kunyit juga dikatakan boleh mengubati sakit perut, reumatisme, demam, batuk, penyakit lelah, cirit-birit dan gatal pada mata. Bagi mengurangkan rasa gatal pada mata, air rebusan kunyit dititiskan ke dalam mata. Manakala bagi penyakit kurap susu pula dapat diatasi dengan menyapu kunyit yang dicampur dengan kapur pada kulit. Penyakit ini kerap dialami oleh bayi yang baru lahir.
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, bunga kunyit digunakan oleh wanita selepas bersalin sebagai ulam. Bunga kunyit dikatakan sama khasiatnya dengan ibu kunyit iaitu menyembuhkan luka bersalin, memulihkan rahim dan awet muda. Bagi masyarakat Melayu di Pantai Timur Semenanjung pula tidak terhad kepada wanita bersalin sahaja, amalan memakan bunga kunyit sebagai amalan dapat menambah seri muka.

Dalam perubatan tradisional India, kunyit digunakan sebagai herba pencuci. Sesetengah masyarakat India menggunakan kunyit sebagai sapuan ( pes ) pada bahagian badan untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal. Ahli perubatan Cina pula percaya kunyit boleh melancarkan perjalan darah, melegakan sakit, menghilangkan kesan lebam dan darah beku serta berkesan dalam mengubati sakit perut. Kunyit juga boleh digunakan untuk mengubati bisa patukan ular tedung dan ia dipercayai dalam perubatan Thailand.

Ada penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, menngurangkan toksin hati, membantu proses ungkaibina lemak, mempunyai kesan antimerangsang tindakan dan non-steroidal.
Salah satu ciri yang menentukan mutu kunyit ialah kandungan curcumin dan minyak patinya. Curcumin ialah salah satu pigmen kunyit yang mengandungi ciri perubatan. Minyak pati kunyit didapati boleh menyembuhkan bengkak dan sakit artritis serta boleh menentang kuman.


d) SENDUDUK ( Melastoma malabathrium ) - Kelebihan Herba
Tumbuhan herba berbunga putih ini bernilai tinggi dalam perubatan trdisional untuk merawat cirit-birit, berak berdarah, menghentikan pengaliran darah haid yang tidak kering-kering, mengubati penyakit keputihan, rawatan buasir, meredakan sakit gigi dan membuang angin di dalam tubuh badan. Kajian saintifik yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat sifat anti-agregasi pada herba ini yang membolehkan pendarahan berhenti.
Daun senduduk yang tua ditumbuk dengan kunyit hidup dan kemudian dicampur dengan air dan diminum. Untuk mengubati penyakit keputihan, rebus dua ranting daun senduduk putih dengan sedikit gula, halia dan daun bonglai. Bila campuran air rebusan itu mendidih dan dibiarkan sejuk, kemudian diamalkan meminumnya setiap pagi dan malam. Bagi meredakan sakit gigi, akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan itu juga sesuai dibuat mandi untuk tujuan melembutkan kaki dan membung angin di dalam tubuh badan.

KESIMPULAN - Kelebihan Herba

Di dalam perbincangan ringkas ini dapat dilihat betapa banyak kebaikan perubatan yang boleh diperolehi daripada tumbuhan herba yang mudah dan murah didapati ini. Masih banyak lagi tumbuhan herba yang masih belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia. Malah mungkin ada spesis yang belum pernah ditemui lagi. Sekecil-kecil herba sekali pun mungkin mengandungi kompaun berguna yang dapat menyelamatkan nyawa.



RUJUKAN
Mariatini Othman,1996, Tumbuh-tumbuhan Ubat-ubatan, Dewan Kosmik April 1996, Hal. 50 & 51.
Pegaga Menjana Kecerdasan Otak, Mastika Disember 1998, Hal. 89 & 90.
Kunyit -Pewarna, perisa dan penawar, Agromedia- Bil 5 1999, Hal. 60 & 61.
Azizah Ismail, Senduduk Ubati Berak Berdarah, Mastika Ogos 1998, Hal. 63.
Hadijah Hassan, Keajaiban Bawang Putih, Agromedia- Bil. 1, Dis 1998, Hal 50 & 51.

Kelebihan Solat Dhuha

Iklan :
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream


Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)
Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.

Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Kelebihan Solat Dhuha

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal [Kelebihan Solat Dhuha]

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat [Kelebihan Solat Dhuha]

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. (Riwayat Imam al-Tirm

Bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara melaksanakannya [Kelebihan Solat Dhuha]

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Para sahabat yang komited [Kelebihan Solat Dhuha]

Antara mereka yang paling komited dengan amalan solat sunat ini ialah Abu Darda’, Abu Hurairah dan Abu Zar al-Ghifari. Mereka komited lantaran wasiat dan pesanan Nabi s.a.w. kepada mereka ditambah pula dengan sifat mereka yang kuat beribadat.
sumber: http://blogs.udm.edu.my/

Iklan :
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Monday, July 13, 2009

Rahsia Kusyuk Dalam Solat

[Rahsia Kusyuk Dalam Solat]

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin.
" Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
[Rahsia Kusyuk Dalam Solat]

Saturday, July 4, 2009

Look Like at Oversea


macam kat oversea la... ada bunga2 gugur macam bunga sakura digurun sahara. gambar ni time hari minggu aku, isteri dan my twin berehat kat rumah la. aku tengok kat depan rumah aku tu banyak bunga bertaburan gugur... kelihatan cantik pula... terasa mcm duduk kat luar negara pula.. aku dan isteri apa lagi, ambil peluang la bergambar kat bawah pokok dihiasi dengan bunga-bunga yang bertaburan gugur... ada yang putih dan ada yang ungu.
my twin and I
my twin, my wife and I
my wife and twin
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...