Click / Support

Friday, March 16, 2012

Pesanan Sayidina Umar R.A

Pesanan Sayidina Umar R.A.:

-Orang yg banyak ketawa , kehebatan dirinya akan berkurang
-Orang yg suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya
-Orang yg kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya
-Orang yg banyak bercakap, kesilapannya akan bertambah
-Orang yg sentiasa silap akan mengurangkan malunya
-Orang yg kurang malunya, kuranglah sifat waraknya
-Orang yg kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati

*Semoga kita diberi kekuatan utk berubah ke arah kebaikan. : )

Tuesday, March 13, 2012

Di Saat Terjaga Pukul 3 Pagi??

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

... Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12

Sunday, March 11, 2012

Kalimah Allah Pada Isi Buah Kelapa

Iklan:
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Kejadian ini berlaku petang semalam di mana ambe teringin sangat nak minum air kelapa muda. so, ambe beli la 3 biji buah kelapa muda berhampiran dengan rumah ambe.

Ambe membelah buah kelapa itu.. erm.. lazat ni.. ambe menceduk isi kelapa itu, sedang ambe  menceduk, kedenganran azan (Waktu Asar) berkumandang dari surau berhampiran kediaman ambe... Ketika laungan azan Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar... ketika ambe ingin menuagkan isi kelapa ke dalam bekas, ambe melihat pada sudu yang ambe pengang, isi kelapa sudah terbentuk Alif Lam Lam Ha.. Alangkah terkejutnya ambe ketika itu. Aku terus mengambil handphone ada kat tangan ambe.. ambe terus mengambil gambar Kalimah itu.
Ini adalah pengalaman pertama ambe.. Kalimah Allah itu jelas kelihatan.. dari kejadian itu, ambe terus sms seorang ustaz yg ambe kenal, dan menceritakan akan hal itu.. kata ustaz, itu tandanya Allah mengingatkan kita agar kita sentiasa mengingati Allah..

ini gambar yang ambe tangkap tu...


 ini dia kalimah yang ambe bulatkan dengan warna kuning

Sepeti yang ambe lakarkan dengan garisan warna kuning itu..

Ambe ceritakan ini bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian...

sambungan...

Ambe bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman tentang perkara ini. mereka berkata ini adalah peringatan dari Allah untuk ambe agar segerakan/dahulukan solat ketika mendengar laungan azan.. atau dengan kata lain solat la di awal waktu.

Kata-kata itu ada kebenarannya kerana ambe kadang-kadang solat di akhir waktu kerana sibuk dengan hal hal dunia. Oleh itu, ekoran  daripada kejadian yang ambe alami ini, ingin ambe ingatkan kepada diri ambe sendiri dan juga kawan agar solat la di awal waktu dan jangan dahulukan perkara2 yang melalaikan.

wallahualam..

Iklan:
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...