Click / Support

Thursday, October 24, 2013

Hati-hati kalau nak kongsi kemalangan, rompakan dan lain-lain

Sejak akhir-akhir ni ramai betul orang duk share cerita, gambar kejadian rompakan, kemalangan dan sebagainya la..

kot ya pun nak naikkan rank blog dengan cara tu... beringat-ingat la sikit.. jangan la sampai mengaibkan orang lain..aibkan keluarga si mati...

aku create tajuk ni ekoran siang tadi aku tengok wall kat fb aku ni penuh dengan cerita pasal pengawal keselamatan tembak mati pegawai bank... dengan memaparkan gambar si mati yang terbaring... kainnya sedikit terselak...

seharusnya penulis blog blur atau cover la sikit gambar tu... ini tak..

cuba kita fikir..kalau la si mati itu adalah ahli keluarga kita... apa kita rasa... tak ke aib namanya tu...

sakit hati betul aku tengok gambar2 yang dipaparkan... 

harap2 la lepas ni tak ada lagi yang buat mcm tu... aamiinn...

sekian

Jin Islam Qiamullail di Surau

Ekoran dari cerita jin botak keluar dari tiang surau, ramai yang mintak aku citekan lagi pengalaman seram lain yang pernah aku alami..

Baiklah...

tempat : surau, politeknik seberang perai
masa : pkl 3.30 pg, 2002
mangsa : aku
suspek : Jin Berjubah dan Perempuan mengilai (mungkin cik ponti)

Kisahnya begini...

pukul 3.30 pagi aku dah bersiap dan terus ke Pusat Islam (surau)... 

sorang2 diri jer pergi...terfikir juga nak ajak kawan2 gi qiamullail dengan aku... tapi dorang ngah sibuk dengan mimpi dorg di atas tilam.. so malas nak kacau...

sampai surau..macam biasa aku pasang 1 lampu jer di bahagian belakang.. so, nampak la malap sikit suasana.. baru syok nak solat..

seperti biasa..bila aku ke surau..aku akan cari tempat yang selesa bagi aku.. so aku berjalan menuju tengah2 dalam surau...dan terus mendirikan solat...

selesai solat..aku terus berzikir..kepalaku tunduk..

sekali tu aku dongakkan kepala..nak lihat sekeliling..

Allahu Akhabar!!

Subhanallah...!!!

alangkah terkejutnya aku...

kelihatan seorang lelaki berjubah putih, bersarban....sedang solat duduk tahiyyat akhir...di saf depan.. badanya sangat besar...tingginya ketika duduk hampir mencecah bumbung surau...kalau dia berdiri aku tak tau la tinggi mana...

aku rasa macam tak percaya apa yang aku tengok... badan dah rasa seram semacam ni...

aku tunduk seketika..kemudian aku dongak balik.. lelaki berjubah tu sudah tidak kelihatan lagi...

Alhamdulillah.. aku teruskan dengan zikir... dengan harap aku tidak diganggu lagi dengan benda2 macam tu..

tiba2 aku terdengar bunyi beberapa orang ngah bersembang di pintu masuk surau tu.. kebetulan pintu surau tu aku biarkan ternganga... kedengaran pula dorang ramai2 sedang masuk surau sambil sembang... makin lama makin dekat...

aku beranikan diri untuk tengok siapa yang datang...

sekali lagi aku terkejut...

tak ada sapa pun kat belakang aku tu... mak ai....

aku cuba tenangkan diri...

aku tunduk dan terus membaca ayat qursi...

zikir dah bertukar kepada ayat qursi...

suara orang sembang makin lama makin kuat kedengaran...

badan dah rasa seram sejuk...

dah meremang bulu romaku...

aku dah tak tahan ni... aku bangun...dan terus beredar...keluar dari surau...

perjalanan pulang ke kamsis... aku melalui cafe...

tiba2 kedengaran pula orang mengilai...geram aku...apasal nak kacau aku...

aku percepatkan langkahku..seolah oleh aku sedang berlari...

hingga la aku sampai ke bilikku... Alhamdulillah....

cabaran betul la..nak buat amal ibadat pun ada dugaan macam ni...

setakat tu dulu la...

sekian...

Jin Botak keluar dari tiang surau...

Duduk relex2 kat opis ni, teringat pula kisah seram waktu aku bergelar student di Politeknik Seberang Perai (PSP), Penang dulu..

kisahnya begini..

Aku dari sem 1 sampai la sem 4 memang tak pernah duk luar.. memang rezeki la dapat duk kamsis (asrama)..

kejadian berlaku di puasat islam (surau) poli...

kebetulan aku ni dilantk sebagai Biro Keselamatan Kamsis...

kebetulan juga aku yang pegang kunci surau.. waktu bergelar student ni la rasa mcm rajin sangat nak buat qiamullail...

kira2 pukul 3.30pagi setelah bersiap dengan pakaian solat..aku bergegas sorang diri ke surau dengan berjalan kaki..

di surau..aku pasang satu lampu sahaja..bg nampak malap2..baru kusyuk nak qiam..kalau cerah sangan rasa tak selesa...

so, aku memilih tempat yang selesa bagi aku.. aku duk la betul2 kat sebelah satu tiang kat tengah2 surau tu..

macam biasa..selesai solat aku pun berzikir la apa yang patut... dalam suasana sunyi dan cahaya tak berapa nak terang, rasa tenang pula...

tak lama kemudian.. dalam suasana malap tak berapa nak terang tu.. tiba2 jer aku terdengar satu bunyi benda jatuh dari atas... jatuh betul2 depan aku...

terkejut aku dibuatnya...suspen jer...

aku dah tak sedap hati... so, aku cuba memfokuskan mataku  mencari apa benda sebenrnya yang jatuh kuat sangat bunyinya...

cari punya cari..siap tangan aku meraba2 karpet surau di sekeliling aku kot2 la tercapai benda yang jatuh tu... sayangnya...tak ada apa2 yang aku nampak...

aku dah mula rasa semacam...aku buat tak tau jer... biar la... malas nak pikir...

aku sambung zikir..

tak lama kemudian rasa semacam..rasa seram sejuk jer... dah mula rasa tak sedap hati...

tak boleh jadi ni... aku pun ubah..dari zikir..aku terus baca ayat qursi... baca beberapa kali..

barangkali aku ni baca dalam tak yakin dengan ayat qursi tu....

tiba2.....

aku memandang ke arah tiang di sebelah kananku...subhanallah...

terkelular dari mulutku secara spontan perkataan......

setan!! haram jadah!!

melompat la aku ke sebelah kiri akibat terkejut....

mana tak nya... tiba2 jer terkeluar kepala dari tiang tu... dengan kepala botak muka putih tak ada mata, mulut dan hidung.....

makhluk tu merapatkan mukanya ke mukaku...lepas tu masuk balik ke dalam tiang surau tu...

aku masih lagi terkejut..

aku cuba tenangkan diri... aku baca ayat qursi beberapa kali...

setelah tenang..aku terus beredar balik ke kamsis...

keesokan harinya aku ceritakan hal yang aku alami itu kepada ustaz syukor... (pensyarah dan juga warden kat si tu)....

Ustaz gelak jer kat aku... teruk betul..

itu la serba sedikit apa yang pernah aku alami semasa di politeknik seberang perai dulu...

ada lagi pengalaman seram yang lain...lain kali aku cite lagi...


sekian...

Wednesday, October 23, 2013

Berapa malam dah aku tak ngaji ni...

Akhir-akhir ni duk pening kepala dengan kesibukan dunia, sampai solat pun dah kurang berjemaat di surau.. sampai ngaji pun dah jarang2.. apa la nak jadi dengan aku ni... dah la subuh td aku bangun lambat.. terlajak.. subuh gajah la jawabnya.. tu la, patut tidur awal.. subhanallah..

Aku tak boleh macam ni..kena buat sesuatu... orang dulu2 kurang tidur pasal duk beribadat kat Allah.. orang sekang kurang tidur duk mikir hal dunia...( aku la tu).. insaf

Kisah Seorang Guru yang Istiqamah

Baru ini masa saya sakit. Saya berbual dengan seorang kawan saya semenjak kecil. Kami teringat orang-orang yang banyak mengajar kami semenjak kecil.

Seorang guru yang semenjak kami kenal beliau tidak pernah tinggalkan tahajud. Kami tahu kerana setiap hari kami suka tidur surau. Tepat pukul 4 mesti dia bawa tasbih dan sambung zikir di surau. Bila kami tanya anaknya, rupanya dia setiap hari bangun pukul 3.30 paling lewat untuk solat tahajud.

Selepas Subuh dia akan baca 1 juz Al-Quran. Kemudian Asar mesti dia sudah berada di masjid untuk ziarah saudara Islam sampai Maghrib. Selepas Maghrib dengan dakwah di dalam Masjid sehingga Isya. Selepas Isya mesyuarat amal masjid pertambahan orang dan lain-lain selama 15 minit.

Pukul 9.30 bacaan hadis di rumahnya sampai 10.30 malam. Tepat 10.30 malam dia terus tidur dan semua anaknya kena tidur.

Pukul 4 pagi sebelum ke surau dia akan kejut semua ahli keluarganya. Dia suka cakap pada saya, dakwah ni tanggungjawab.
Orang boleh pergi kerja setiap hari sampai pencen. Orang balik rumah setiap hari jaga keluarga. Kenapa tidak untuk Kerja Nabi saw dan Cinta Allah tujuan hidup ini.

Jika kita tidak habiskan masa untuk agama/dakwah/kebaikan ia akan habis juga tapi di tempat lain. Harta jika tidak diberi untuk agama, ia akan habis juga tapi di tempat lain. Tenaga/diri/ kebolehan jika tidak dihabiskan untuk agama , ia akan habis juga tapi ditempat lain

Mati jika tidak mati untuk agama, kita tetap akan mati tapi di tempat. lain.

Selama 2 tahun kami bersama untuk dakwah selepas asar setiap hari. Guru saya ini meninggal beberapa tahun yang lalu. Dia mati dalam keadaan menghidupkan amal masjid dan beriktikaf.. Dia isitiqamah begini semenjak umur dia 23 tahun sehingga 60 lebih...

Saya sudah tua tapi masih jauh lagi. Ya Allah, berapa masa lagi aku perlukan sedangkan nikmatMu tidak berhenti. Ya Allah pilihlah diriku hidup dan mati dalam menghidupkan kehidupan Nabi saw.....-ebit lew yang berdosa.


sumber: FB Ebit Lew

Thursday, October 17, 2013

Baik Pulih Pusara P. Ramlee dan Saloma

Paper hari ini memaparkan isu baikpulih pusara seniman dan seniwati tanahair kita iaitu P. Ramlee dan Saloma.


Aku nak komen banyak pun malas.. tapi aku nak cakap gak sikit... nak share ngan kawan2.. ini pendapat aku la kan.. kalau nak baikpulih pusara sekali pun takkan la sampai menelan rm25k belanja... sungguhpun betul kita nak menghargai jasa seniman dan seniwati negara ini.. banyak lagi perkara yang bermanfaat untuk si mati yang boleh kita buat... pada aku..kalau betul2 menghargai si mati, sama2 la kita berdoa untuk aruah.. pendapat aku la.. tp mungkin juga ada yang tak setuju.. 

Dari segi binaan pula, Rasulullah sendiri melarang membuat binaan kekal pada kubur/ pusara.
Boleh baca sini bab fatwa larangan membuat binaan kekal di atas kubur... wallahualam...

Budu Tumis - Memang Sedap



Bahan2 (Boleh la untuk 4 orang makan.. kalau makan banyak tak cukup gak tu..)

- 4 biji bawang putih (kena tumbuk2 sampai lumat)
- 1 batang serai (diketuk2)
- 4 biji bawang merah (ditumbuk2)
- 100 ml santan pekat
- 250 ml air
- 60 ml budu..(agak2 sendiri la..rasa nak banyak, tambah la sikit lagi..)
- 1 1/2 atau 2 sudu besar cili boh/lada giling
- garam,gula (agak2 la.. sebab budu pun masin kan..)

Cara-Cara

- Taruk 2 atau 3 sudu minnyak masak
- Tumis (bawang + serai) sehingga bangkit bau
- Masukkan cili boh/lada giling (tumis beberapa minit biar bangkit bau wangi)
- Air dan santan dimasukkan. biarkan menggelegak...kacau2 kan.. pastikan sampai pekat..
- Sudah agak pekat, masukkan budu (korang agak2 la)
- Masukkan garam dan gula sedikit (korang kena rasa tau.. karang tak kena dengan selera korang.. budu tu pun dah masin)
- kalau dah sedap.. boleh la makan.. ikan, ayam goreng boleh cicah budu tu ya.. sedap..


Selamat mencuba....

Kalimah Allah Pada Pokok di Hentian Tangkak

Salam.. Macam best jer tajuk tu kan.. ok aku nak cite la ni.. kejadian pada 11 Oktober 2013 iaitu jumaat lalu... waktu tepat pukul 12 malam, aku berhentikan kereta dia hentian tangkak dek kerana penat memandu.. mengantuk sangat2. Maklumlah nak balik beraya Haji...

Isteri dan anak-anakku sedang tidur.. aku sandarkan badanku pada kereta..sambil2 memerhati kawasan sekeliling..melihat keindahan ciptaan Ilahi.. dah memang tabiat aku kalau benti kat mana2..aku akan memerhati suasana sekeliling...

Sambil2 memerhati, aku terperasan satu pokok...aku rasa macam pelik jer... mcm ada terbentuk sesuatu pada pokok tu ekoran dari cahaya lampu jalan.. bila aku amati.. maka, jelas la kelihatan kalimah Allah pada pokok tu... Subhanallah...

Alamak..hp aku dalam kete...aku terus mengambil hp dan snap la gambar kalimah tu... korang nak tengok...??

 Ini dia Pokok yang aku maksudkan, Ada kalimah Allah...


korang amati betul2.. mungkin pada korang tak jelas sangat..tapi pada aku memang jelas.. kalau dilihat secara live..memang lagi jelas... bagi mereka yang ingin melihat secara live.. silalah ke hentian tangkak jalan menuju ke johor...aku tak pasti waktu siang akan jelas kelihatan macam ni ke tak...yang pasti waktu malam macam ni rupanya... wallahualam...

Wednesday, October 9, 2013

Boring betul internet slow macam ni...

Erm...merungut jer aku hari ni...pasal internet slow...dari minggu lepas lagi...tapi hari ni paling slow internet.. nak search somthing pun tak boleh..sangat slow... lagi2 fb...macam siput plak...sabar jer la..


Harap2 petang ni atau esok ok la.. nak buat keje susah...banyak bahan2 diperolehi sumbernya dari internet.. maklumlah kemudahan...

ok..nak sambung kerja lak...

Monday, October 7, 2013

Orang Tua Menangis Sebelum Solat Subuh...

Mesti korang tertanya2 apasal aku buat tajuk mcm tu... ceritanya macam ni... subuh tadi aku solat subuh di surau kat taman aku tu.. pergi awal la sebelum azan... apabila Azan dilaungkan... aku rasa pelik.. suara azan seperti orang nak nangis...

Aku rasa aku cam suara orang yang azan ni... sah...ni org tua yang selalu azan kat surau ni.... apasal lain macam pulak suara dia hari ni...

selesai azan, kedengaran suara orang tua tu berdoa sambil tersedu2 menangis... confirm memang orang tua tu menagis.. aku jangkakan usia orang tua tu kira2 umur dalam 70 lebih dah kot...

entah apa la yang difikirkan oleh wak tu ya... dalam usia yang sebegitu... Alhamdulillah... masih bertenaga datang berjalan kaki ke surau tiap2 hari... menghabiskan sisa-sisa hidup dengan beribadat...

Pada aku...jangan kita fikir kita ni masih muda, masih bertenaga, masih kuat... kematian tu jauh lagi dengan kita... lihat la berapa ramai orang muda yang telah pergi... kematian itu tidak kira usia.. jadi ada baiknya kita bersiap sedia.. tingkatkanlah amalan kita... kita tidak tau bila masanya malaikat maut datang menjemput kita...

Berbalik kepada wak tadi... ketika qamat, juga kedengaran suaranya seolah2 sangat sedih dan tersedu2.. Wallahualam.. aku tak dapat nak tau isi hati orang tua tu.. Hanya Allah sahaja maha mengetahui... aku mengharapkan tangisan orang tua tu adalah tangisan seorang hamba yang mengharapkan keredhaan Allah yang Maha Agung..

Friday, October 4, 2013

Ayah! Nak Duit...

Ayah! nak duit...

kedengaran suara Azhar minta duit nak pergi sekolah...

(sambil selup poket seluarku)
Nah 20 sen.. abang 20 sen, adik 20 sen..

Tak cukup yah... (azhar merungut) makcik kedai tu kata, 20 sen tak cukup nak beli gula-gula..

buat apa nak duit banyak2?... Azhar Azfar simpan la duit tu.. esok ayah bagi..korang simpan la lagi.. lama-lama banyak la duit tu..

Baik ayah... (Azhar jawab)

aku dah kat motor..bersiap nak gi keje..

(azfar keluar).. ayah..nak naik ngan ayah...

mana boleh ( balasku).

dulu boleh...!! (balas azfar lagi..)

dulu ayah keje kat sana..sekarang kat sana pulak (sambil aku tunjukkan arah tempat keje)...

yer lah..yer lah...

Ok ayah gi dulu.. Assalamualaikum...

Waalaikumussalam ( jawab azhar dan azfar)...

Thursday, October 3, 2013

Tukar Theme Blog Wordpress

Semalam penat bersengkang mata depan pc pasang dan edit theme blog wife aku.. akhirnya them/ template memuaskan hati aku...sedap mata memandang...


Sebelum edit (lama)


Selepas edit (baru)

Wednesday, October 2, 2013

Mahabbah De Raya 2013 Kelab Kembar Malaysia

Seronok betul sertai gathering geng kembar kali ni..

Seramai 80 keluarga yang menyertai mahabbah de raya 2013..

teringat pula masa mula2 sertai gathering geng kembar pada tahun 2011...

masa tu hanya 5 keluarga jer yang terlibat..

 Best aktiviti kali ini..upin ipin pun ada datang...

 upin ipin turut menari


 kesihan azfar..penat sangat sampai tertidur atas kerusi... aku biar jer..




  (sumber gambar : Page FB Upin dan Ipin)

 Ramai kan yang join...

 (sumber gambar : Page FB Upin dan Ipin)

  (sumber gambar : Page FB Upin dan Ipin)

 (sumber gambar : Page FB Upin dan Ipin) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...