Click / Support

Sunday, October 16, 2011

Suara Siapa Tu ????

Saje ambe nak kongsi dengan rakan-rakan Blogger.. malam tadi ambe ke Surau untuk bersolat Isyak. Sedang solat, ketika ambe membaca surah Al-Fatihah... terdengar satu suara agak garau membaca ayat dalam surah Al-Fatihah.. terasa suara itu dari belakang sebelah kanan ambe.. rerasa dekat dengan telinga kanan ambe... jelas kedengaran suara itu membaca " Siro tolladzi na'an am Ta'alai him ".... dalam hati ambe, tak mungkin suara org di sebelah ambe dan tak mungkin org di belakang ambe... huhu... dah tak kusyuk solat ambe..

Setelah selesai solat, ambe balik rumah dan terus menceritakan hal itu kepada kawan baik ambe.. katanya itu syaitan. Ambe pun rasa begitu.. syaitan memang kerjanya mengganggu manusia membuat kebaikan... wallahualam...

Monday, July 25, 2011

Enjit-enjit semut pukul 2 pagi

2 pagi, anak kembar ambe yang sulung tu mengejutkan ambe, minta susu... dalam keadaan mengantuk, ambe pun bangun bikin susu untuk kedua2 anak ambe itu.. setelah diberi susu, boleh pula anak ambe Si Azhar nyanyi lagu enjit-enjet semut...aduh.. takkan pukul 2 pagi nyanyi lagu enjit-enjit semut kot...teringat pula ambe pada movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.. macam-macam la Azhar ni..

Sunday, June 5, 2011

CAHAYA DI WAJAH NABI SAW

Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : "Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah SAW: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' ra. bahwa Nabi SAW. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) dari langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan shalawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. "

source : azharjaafar.blogspot.com

Monday, May 9, 2011

Al-Qur'an Tajwid & Terjemah Belajar Mengaji Self-Study DVD Method

Maaf Dah Tak Ada Stok


Al-Quran Tajwid, Terjemah dan DVD Mengaji 3 in 1 set





Siapa bilang membaca Al-Qur'an itu sulit? Lupakan ketakutan dan malu ketika belajar!

Qur'an Tajwid ini diterbitkan dengan tujuan untuk memudahkan kaum muslimin dalam membaca al-Qur'an dengan betul dengan menggunakan hukum Tajwid. Ia mengandungi 8 warna kepada huruf-huruf dalam al-Qur'an ini untuk menjelaskan 27 hukum Tajwid. Dengan hanya mengingat 8 warna itu, maka pembaca tidak perlu lagi menghafal hukum-hukum itu.

Walaupun begitu, Qur'an Tajwid ini tidak menafikan pentingnya guru dalam belajar cara baca sesuai dengan hukum-hukum itu dan makhraj yang betul.

Mari belajar mengaji secara sendiri dulu sebelum mencari seorang guru mengaji bagi memperdengarkan bacaan dan makhraj anda.

Hanya dengan 12 langkah mudah insyaAllah, anda telah kuasai teknik dasar membaca Al-Qur'an dengan betul dan mudah.

Tidak perlu menghafal banyak kaedah kerana semua sudah dirumuskan menjadi hanya:

4 Langkah Dasar, iaitu penguasaan setiap bunyi huruf dengan harakat, fathah, kasrah atau dhammah serta huruf mati.

8 Langkah Penyempurnaan, iaitu penguasaan hukum-hukum Tajwid yang sudah dirumuskan hanya menjadi lapan cara baca yang disimbolkan dengan 8 warna.

Selain itu, ada beberapa langkah lain iaitu:

Sistematic: Material pelajaran disusun secara sistematic sehingga mudah di kuasai.
Cepat: Pengenalan huruf Hijaiyah, baik yang terpisah atau pun bersambung diajarkan bersamaan.
Tepat: Method ini sangat menekankan pada ketepatan hukum-hukum Tajwid dalam membaca Al-Qur'an.
Accurate: Method ini juga sangat menekankan accurate nya makhraj (bunyi) huruf.

Untuk memaksimalkan hasil dari belajar dengan method ini, maka pelajar dibimbing oleh guru melalui DVD serta buku penerangan (guide book). Setelah lancar bacaan, boleh lah mencari guru mengaji untuk memperdengarkan bacaan & memperbetulkan makhraj anda.

Harapan kami, mudah-mudahan method ini menjadi sumbangan ilmu yang bermanfaat bagi umat Islam agar dapat lebih dekat dan mencintai Al-Qur'an. - Ustaz Zuhri Muhammad Syazali, Lc MA.

Harga: RM220.00 (Kos pos laju ke Semenanjung RM12.00. Sabah/Sarawak RM17.00)

Set ini mengandungi:
- 1 set Al-Qur'an Tajwid & Terjemahan
- Buku Penerangan (guide book)
- DVD pengajaran oleh ustaz cara menyebut dengan betul berserta tajwid
- Beg exclusif berlogo Qur'an Tajwid
Al-Quran Tajwid ini dari jenis hardcover. Ukuran: Lebar 21 cm panjang 29 cm, tebal 3.5cm. Berat 2 kg.

Parcel akan ditandakan dengan sticker yg mengatakan parcel mengandungi Al-Qur'an bagi mengingatkan staff pos ofis berhati-hati semasa penghantaran.

PERHATIAN:
PENGGUNAAN QUR'AN TAJWID INI TETAP MEMERLUKAN BIMBINGAN GURU YANG AKAN MENGAJARKAN CARA MEMBACA DAN MAKHRAJ.

Al-Qur'an Tajwid, Terjemah & DVD mengaji berserta tajwid 3 in 1 ini boleh dijadikan sebagai hadiah atau sebagai hadiah hantaran.

- Muka surat pertama Al-Quran ini boleh ditulis nama penerima atau nama pengantin atau nama ibu bapa anda.



- Penjelasan Warna untuk hukum tajwid. Amat mudah untuk membacanya.



- Disebelah kiri dan kanan muka surat Al-Quran ini, disediakan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
- Sambil membaca Al-Quran, kita dapat mengetahui terus isi kandungan apa yang kita baca.




Membaca Al'Quran akan memberi kita ketenangan dan sentiasa ingat pada Allah Swt..
Al-Quran pedoman hidup..


Kepada Sesiapa Yang berminat boleh Klik Sini Untuk Tempahan


Sunday, April 24, 2011

Exchange Link

Jom tukar-tukar link banner. korang boleh copy html code kat bawah ni dan letak kat blog korang.



Photobucket





Thursday, April 21, 2011

Yes!! Follower ke 2000

yes..aku berjaya menjadi follower ke 2000 di blog Posh76. tengok la kat bawah ni..hehe

Cik Posh76 Kena bagi hadiah ni...hehe

Wednesday, April 20, 2011

Tahniah kepada Cik Nina

Tahniah kepada Cik Nina kerana menjadi Follower ke 88 di Blog Shamfariz. nak tengok? tengok kat bawah ni...
Bolehlah berkunjung ke blog beliau di Fokus Klasik

p/s: Saya tengah tggu Follower yang ke-100 hehe

Sunday, April 17, 2011

Inilah jadinya kalau tak pernah solat subuh

Kalau tak pandai, lebih baik mengaku jer.. jangan nak tunjuk pandai.. padahnya diri sendiri..




Jangan diikut perbuatan mereka ini....

Thursday, April 14, 2011

Adik Pandai


Tanpa berfikir panjang, aku terus membeli VCD Adik Pandai ni dari rakan Office aku.. katanya ada 4 stok lagi. Macam menarik pula aku lihat... harga pasaran RM19.90, aku beli RM16.90 jer..biasalah, harga kawan-kawan. Erm.. dari membazir duit tu ke arah lain...baik aku habiskan duit untuk anak2 aku. Esok boleh la test VCD ni bagi anak-anak aku tengok...

Antara kandungan dalam VCD ni adalah:
- Menyebut A B C
- Lagu A B C
- Lagu Menyebut A B C
- Count One Two Three
- Sing One Two Three
- Menyebut Alif Ba Ta
- Nasyid Alif Ba Ta
- Mengira Dalam Bahasa Arab

p/s : Aku rasa kawan-kawan yang ada anak kecil berumur antara 2 hingga 6 tahun patut beli VCD ni, korang cari la kat kedai, ada tu.. selamat menonton.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

 


Tuesday, April 12, 2011

Mama.. tuuuu..mama...tuuu

2.00am, "Mama...Tuu..mama...tu..." itu la kata-kata anak sulungku sambil menunjukkan jarinya ke arah dinding bilik kami itu. Oooo... Anakku Azhar tu boleh nampak rupanya.. Isteriku memanggil namaku (aku yang sedang nyenyak tidur zzZZ) dan memberitahu akan perkara itu.

Aku dapat merasakan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu...tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai kehadirannya.. Kanak-kanak yang tidak berdosa, Allah bukakan hijab membolehkan mereka melihat makhluk halus.

Aku ke dapur dan tuangkan air bacaan Yassin ke dalam bekas, aku bacakan surah Al-Fatihah, 3 Qul, dan Ayatul Qursi dan hembuskan pada air itu. Seterusnya, sambil membacakan Ayatul Qursi, aku renjiskan air bacaan Yassin itu ke setiap penjuru bilik dan rumah.

Alhamdulillah.. kehadiran makhluk tu sudah tidak dirasai...

p/s: entah dari mana tetamu yang tidak diundang tu datang... macam2 hal.. nak datang pun, datang la siang2... ni aku tengah lena diulit mimpi yang indah-indah... kacau daun betul...

Monday, April 11, 2011

Halal ke ni?

Baru-baru ini aku ada join Kursus Penyembelihan Mengikut Syarak. Sebanyak 25 ekor ayah telah disediakan untuk kursus tersebut. Persoalanya sekarang berapa ramai antara kita yang tahu menyembelih ayam atau binatang-binatang lain dengan betul dan mengikut syarak. Setelah mengikuti kursus tersebut, aku terfikir betapa banyaknya ayam-ayam yang di luar sana dikhuatiri tidak disebelih dengan betul. berkemungkinan ayam-ayam tersebut tidak halal dimakan atau dengan kata lain ayam-ayam atau itik-itik tersebut sudah menjadi bangkai. Seperti mana yang kita sedia maklum, Tesco telah disaman RM1.6 juta kerana menjual ayam tidak halal. Kalau di kampung-kampung, kita masih dapat melihat ayah atau saudara mara kita menyembelih ayam atau binatang ternakan untuk dimakan. tapi jika di banda-bandar besar, amat jarang kita dapat melihat orang menyembelih ayam. kita hanya tahu, pergi jer pasar dan beli ayam yang sudah siap di sembelih. Jadi berhati-hatilah bila anda ingin membeli ayam di pasar-pasar.
Contoh ayam yang tidak disembelih dengan betul (Source : Bernama)
Bersama-sama kita fikirkan, mencari yang halal itu dituntut...

Friday, April 1, 2011

Sedapnya nasi dagang Riduan

pagi ini ada meeting BSMB, sebelum meeting kitorg dijamu dengan nasi dagang yang dibawah Riduan..isterinya yang masak. kebiasaan kitorg makan nasi dagang dekat PSB.. tambah-tambah Mazli..dia adalah perminat tegar nasi datang PSB.. hari-hari mesti jamah nasi dagang. Hari ini Riduan yang bawa nasi dagang.. Alhamdulillah.. murah rezeki.

Sedap betul nasi dagang yang dimasak oleh isteri Riduan...isteri Riduan merupakan orang kelantan..so, masak nasi dagang kelantan. nasi dagang kelantan berlainan sedikit dengan nasi dagang Terengganu. nasi dagang kelantan berwarna coklat, nasi dagang Terengganu berwarna putih. walau bagaimana pun kelazatan ikan tongkol.. huhu.. sehingga menjilat jari... Terima kasih Riduan, lain kali bawa lagi ya.. :)

Sunday, March 27, 2011

Layan Lagu Sabai-Sabai

Hari ini OT..boring betul duduk kat lab.. student ramai tak datang, maklumlah sabtu dah ahad mereka balik kampung. Nak hilangkan boring, aku layanlah lagu kesukaan aku iaitu sabai-sabai yang dipopularkan oleh Bird Thong Chai from Thailand. Jom layan kat youtube... clip Sabai-Sabai (From Youtube) lirik sabai-sabai

Sunday, March 6, 2011

Mari Belajar Bahasa Terengganu

Kepada yang berminat untuk mempelajari bahasa terengganu, di dini ambe akan senaraikan beberapa perkataan yang sering dibualkan oleh orang terengganu. Mari lah kite same-same blajor bahase ganu. Pah ning buleh pakat mari tganu. Mari kite mule..


Pelajaran Pertama (Berkenaan Nombor)
  1. se - satu
  2. duwe - dua
  3. tige - tiga
  4. pak - empat
  5. lime - lima
  6. nang - enam
  7. tujoh - tujuh
  8. lapang - lapan
  9. smilang - sembilang
  10. spuloh - sepuluh

Pelajaran Dua (Berkenaan Benda / Peralatan / Orang)
  1. pisa - pisau
  2. kograng - alat kukur kelapa
  3. payyang - tempayan
  4. sejeik - masjid
  5. beng ikang - van yang bawa ikan
  6. bala soh - surau
  7. lembek - tilam
  8. kalang - pensil
  9. woh hulu - kueh bahulu
  10. soroklaci/drawer
  11. anok branok - anak beranak
  12. bata golekbantal peluk yang panjang
  13. ppuang - perempuan
  14. pelawok -penipu
  15. nisang - gula melaka
  16. air geh tujuh yu pi cak katong jogek - air 7UP (gambar fido dido menari2)- bahasa kuala berang
  17. taik ayang muna - tahi ayam cair (warna coklat)
  18. plastik ghokghak/jabir/ghajuk - plastik
  19. ikang aye - ikan tongkol
  20. rokok cak kude nabai (bahasa melayunya adalah rokok cap kuda nabi) - maksudnya rokok camel (kuala berang punya bahasa la tu...)
  21. kkatok wong - maksudnya katak la..yang "wong" tu adalah bunyi katak...haha...




Pelajaran Tiga (Berkenaan Perbuatan)

  1. tubek - keluar
  2. derakkeluar berjalan-jalan
  3. kelek wak lari - kendong bawa lari
  4. glebek yeng - gatal (mcm mengada-ngada la)
  5. Senyum Sokmo - Senyum Selalu
  6. ngerek awek - bawa awek
  7. jereba - terkam
  8. tohok - buang
  9. nyakik nyamang - jaga tepi kain
  10. bahang/tibang/godang - pukul
  11. musing ketang - berpusing (seolah-oleh pening)
  12. keloh - berkelah
  13. kutir - cubit yang menyakitkan (cubit halus)
  14. cobek - cuil (contohnya cubit kuih sedikit)
  15. 'gugha bewok - bergurau yang melampau (boleh menyebabkan pergaduhan)
  16. nye nyeh - mengejek (dalam bergurau) 
  17. nganjing - mengejek (lagi kasar dari nye nyeh)
  18. top pi lang kace (tutup api dalam kaca) - bahasa kuala berang - Tutup lampu
  19. mamoh - kunyah
  20. kekoh - gigit
  21. belebe beghong - membebel (kuat membebel)
  22. ranggoh/kedaghoh - makan dengan gelojoh 
  23. kellong/plekong - baling (contohnya baling batu) 
  24. Hungga - menerpa
  25. cekik - cubit
  26. gateh/gohek - kayuh basikal
  27. kona lepe - corner baring
  28. kehek - keluarkan semula dari mulut 
  29. gege- bising (org klate pun panggil 'gege' gak)


Pelajaran Empat (Berkenaan Keadaan)

  1. gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa)
  2. tupol glebek - sangat tumpul
  3. hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
  4. bising bango - sangat bising
  5. pucak lesi/pucak kesi - sangat pucat
  6. kecik tuwe'/kecik tuek - sangat kecil
  7. beso jallo - sudah besar/dah dewasa (orang)
  8. tinggi sayuk - amat tinggi
  9. pahik lepang - sangat pahit
  10. panah ketik - sangat panas (api)
  11. kecok - korang tengok kalau org sakit sebelah kaki mcm mana dorg berjalan.. itu la dinamakan kecok
  12. boloq woq - serabut (keadaan)
  13. sikat neting - sangat singkat (kain)
  14. serabut perok - sangat serabut (perasaan)
  15. atah lambo - atas beranda
  16. atah retok - atas titi
  17. keleik - balik
  18. meroh merang - sangat merah
  19. senyak tuppah - senyap sunyi (tak ada bunyi langsung)
  20. boyyeh - buncit
  21. se'eh perok - sangat kenyang
  22. pendek keto' - sangat pendek
  23. tawo hebbe - sangat tawar
  24. serabut perok - sangat serabut (perasaan)
  25. maghi sokmo - datang selalu
  26. punoh jahanag/ punoh ranoh - rosak teruk
  27. agah - sombong
  28. supe tule - sama
  29. iseng - gila
  30. manih leting - sangat manis
  31. ngoyang - meroyam
  32. masang rebang/masang tuak/masang perik - sangat masam
  33. sapok jauh - sangat jauh 
  34. panah so oh - panas (bahang matahari) 
  35. panah sang - terasa sangat panas (marah) 
  36. panah ketik/panah dering - sangat panas (api/cahaya matahari) 
  37. sejuk serat/sejuk ketto - sangat sejuk
  38. comel lote - sangat comel 
  39. putih lepput - sangat putih 
  40. itang legang/itang letung - sangat hitam
  41. kelecak baghak - terpelanting 
  42. nipih nayyang - sangat nipis 
  43. sepoh woh - sangat bersepah
  44. besor bapok - sangat besar 
  45. besor gong - sangat besar 
  46. kece' tuweh - sangat kecil 
  47. ghengang lepong - sangat ringan 
  48. ketik nnyyamok - digigit nyamuk
  49. hok tule - yang sama
  50. dok sabboh -tak sesuai 
  51. besor gereguk - sangat besar 
  52. penoh nembok/penoh rumbu - sangat penuh sampai melimpah 
  53. kuruh kering - sangat kurus
  54. musing ligak - berpusing2 dengan laju
  55. seppoh woh - bersepah-sepah 
  56. puah - boring 
  57. puah sang - keboringan
  58. masang catung - tarik muka mucung 14 ( tunjuk muka masam)
  59. nakouk pahik - sangat penakut
  60. debbo' - sangat gemuk 
  61. dok rok meppeh - sangat2 tak larat 
  62. kepeh blepeng - sangat kempis 
  63. lapo perot - lapar (kata berangkai2, bila lapar, mesti selepasnya kena ada perut) 
  64. ngatok mate - mengantuk
  65. seghabuk perok - stress/tension 
  66. busuk bango/busuk kohong - sangat busuk (bau) 
  67. Mak Nga - cuai 
  68. babei - degil 
  69. Nellah pale bau - gelecet/kerkopak kulit kepala bahu 
  70. maha super bedel - mahal sangat
  71. gemok debo' - Sangat Gemuk
  72. bahang rambang - mengarut (contohnya buat kerja tak ikut prosidur/tak teratur) 
  73. takdok ngabih - sudah habis (memang dah tak ada)  
  74. suke glekek - ketawa yang teramat (menunjukkan sangat happy) 
  75. anguh lettong - sangat hangus (sampai hitam) 
  76. jluwah - comot 
  77. kupik/taik idong masing - kedekut 
  78. nyekik - menyampah 
  79. sikek - sikit

Pelajaran Lima (Berkenaan Makanan)
  1. Si agang - nasi dagang
  2. Woh Nyor - Buah Kelapa
  3. sekuk meri - biskut merrie


Pelajaran Enam (Berkenaan Pertanyaan/ Percakapan)

  1. auu gok - tak tahu lah
  2. dok dang starang - betul-betul tak sempat
  3. wak per pulok? - sebab apa pula?
  4. Doh Guaner Mung? - Dah kenapa kau?
  5. sabboh doh - sesuai dah
  6. takdok arroh - tak ada daya dah
  7. soheh dok mung? - kamu pasti ke?/betul-betul ke?
  8. bedo'oh - lebih-lebih
  9. bodo do'oh lalu - sangat bodoh
  10. nawok - tipu
  11. biar soheh - biar betul/ biar confirm
  12. gi selalu - pergi sekarang
  13. dok tau starang - tak tau langsung (starang tu perkataan menguatkan perkataan 'tak tau') 
  14. ape ke jadoh mung ning - apa ke hal kamu ni 
  15. takdok pekdoh - tak ada guna  dok auu - tak tahu 
  16. bape yya - berapa rial (berapa ringgit)
  17. dulli mung - apa ko peduli
  18. guaner gamok? - Apa kahabar? 
  19. guaner balah? - macam mana?/apa cerita?
  20. tak dok guaner - tak ada apa-apa 
  21. tak mboh eh - tak nak lah
  22. awok-awok mung - kawan-kawan awak 
  23. puwok-puwok mung - kawan-kawan awak
  24. dok rok cettong - tak bo leh diharap
  25. tunggu tor - tunggu kejap (tor = Sebentar)
  26. takdok aghoh - habis ikhtiar 
  27. buleh pekdoh - dapat padah 
  28. kekgi - kejap lagi

p/s : semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda semua. ambe akan update lagi page ini dari masa ke semasa. sila beri comment.

Saturday, February 19, 2011

Rama-rama bersayap corak kepala ular

Iklan:
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Baru-baru ini kita digegarkan dengan penemuan rama-rama bersayap corak kepala ular yang disiarkan oleh Harian Metro di mana rama-rama tersebut telah dijumpai oleh seorang wanita di Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengetahuan semua, rama-rama tersebut kerap dijumpai di hutan-hutan atau di mana-mana saya kawasan berhampiran hutan. Rama-rama tersebut sememangnya bersaiz besar. Bagi mereka yang tidak pernah melihat rama-rama seperti itu, mungkin akan terkejut kerana kedua-dua sayap rama-rama tersebut memang terdapat corak menyerupai ular.
Saya percaya, ramai yang telah menjumpai rama-rama seperti itu. Saya juga sudah banyak kali melihatnya. Baru-baru ini saya telah menangkap gambar rama-rama bersayap corak kepala ular seperti yang telah disiarkan oleh Harian Metro berberapa hari yang lalu. lihat gambar dibawah ini.


Ini dia gambar rama-rama bersayap corak kepala ular
Iklan:
Collagen Powder ESP – Soy Protein Isolate Powder GLA Complex Omega Guard Vita-E Complex B-Complex Vita-Lea Alfalfa Complex OsteMatrix VIVIX Vita-Lea for Children Chewable Vita-C 100mg Zinc Complex Lecithin Nutriferon Meal Shakes Herb-Lax Cinch Shake Mix DTX Complex Sustained Released Vita-C 500mg Performance Maximum (Pure Hydration Drink) Garlic Complex Advanced Joint Health Tablet Peppermint Ginger Plus Cinch Energy Tea Mix Caratomax Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Friday, February 18, 2011

Salam Kembali

Maaf kepada semua rakan2 blogger kerana sudah lama rasanya aku tidak update blog ini.. maklumlah semenjak berpindah department ni, aku agak sibuk. Hari ini aku luangkan masa juga untuk aktif kembali mengarang blog.

Baru-baru ini aku berkesempatan join satu perjumpaan geng kembar yang bertempat di putrajaya. aku bersama isteri dan anak kembarku join sama la. seronok juga dapat berjumpa dengan si cilik kembar-kembar yang lain.. geli hati bila melihat telatah mereka.. Untuk melihat gambar perjumpaan geng kembar tu, sila klik di sini.

Insya Allah aku akan sentiasa update blogku ini dari semasa ke semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...