Click / Support

Saturday, December 29, 2012

Kuliah Terakhir Ustaz Syed Faiz di Masjid TUDM Subang

Ini kelas terakhir Ustaz Syed Faiz di Masjid TUDM Subang..menerangkan kitab Miftahul Murid. Seronok dapat menuntut ilmu dengan Ustaz.. beberapa hari lagi Ustaz akan bertolak balik ke Mesir bagi menyambung pengajiannya di sana...
Ustaz Ketika Kuliah Magrib di Masjid TUDM Subang

 
Seminggu, 2 kali sahaja kami bersama ustaz.. satu lagi kitab yang diajar oleh ustaz adalah Kitab Perukunan..

Reduan juga turut serta kuliah ustaz
 

Thursday, December 13, 2012

Cek Pertama Dari Nuffnang - Alhamdulillah

Alhamdulillah..pagi ini aku terima cek pertama dari "nuffnang" yang dihantar ke opis aku.. seronok bukan main la.. maklumlah kali pertama dapat cek.
ini cek payment advice yang dihantar oleh nuffnang ke email aku..
Ini cek nuffnang yang baru sampai kat opis aku... sikit jer.. tp Alhamdulillah...

Wednesday, December 12, 2012

Apalah Yang Ada Pada 12.12.12

Hari ini aku tengok kat facebook kebanyakkan wall duk perkatakan padala tarikh keramat 12.12.2012.. haha.. apalah yang ada pada nombor..hanya cantik dilihat jer.. tak ada apa2 istimewa pun tarikh tu.. kepada kawan2, jangan sampai tarikh tu menjadi tarikh yang kita anggap keramat di mana boleh merosakkan akidah kita secara tanpa kita sedar... jangan taksub sangat dengan angka ya.. :)

Wednesday, November 7, 2012

Cari Makan Sampai Shah Alam

Hari ni ambe ada hal nak selesaikan di UiTM Shah Alam.. jadi ambe tompang En. Megat En. Wan yang kebetulan hendak ke sana juga. Selesai urusan, kemi singgah makan tengahari di Pak Su Corner di seksyen 16...wah..banyak sangat menu..tak tahu nak pilih apa.. akhir sekali ambe ambil nasi lauk ikan keli goreng, petai dan budu (makanan kegemaran orang pantai timur).. Alhamdulillah En. Megat belanja...


Pak Su Corner Seksyen 16


Banyak lauk pauk kat sini..


Kedai panjang sampai ke belakang...


Ini la tempat duduk kitorg

Perjalanan pulang ke office, En Megat ajak singgah  pekena cendol plus pulut plus tapai.. Cendol Pak Akob, Seksyen 16...pergh sedap tu.. lepas makan..tersandar ambe dalam kereta... nak masuk keje pun rasa liat...haha.. apa2 pun.. lain kali boleh bawa anak2 dan isteri singgah.. Thanx En Megat dan En Wan..


Makan dekat bus stop jer..

Sedapnya...

Ini dia cendol + Pulut + Tapai

Ramai yang singgah pekena cendol kat sini...

En Megat

En Wan

Peniaga cendol, Ore klate ni..hehe



Saturday, November 3, 2012

Bagusnya Si Cilik Menunaikan Solat

Waktu zohor tadi ambe ke surau tempat kerja ambe untuk solat zohor.. mata ambe terpandang pada 3 beranak yang sedang mendirikan solat berimam.. yang membuatkan ambe tersentuh, dua beradik tu masih kecil tetapi sudah diasuh mendirikan solat berjemaah.. Beruntung kedua orang tua kanak-kanak ini.. Sedangkan kita lihat orang dewasa sendiri pun ada ramai yang mengabaikan solat. Ambe doakan kedua kanak-kanak ini menjadi anak yang soleh dan menjadi mukmin yang bertakwa.. Insya Allah

Ambe mencapai Samsung Y ambe, dan ambe terus mengambil gambar mereka.. lihat gambar di bawah...






Banjir Di Sekitar Masjid Meru, Klang

Semalam, ketika pergi solat Jumaat dah banjir sedikit di sekitarMasjid Meru.. malam tadi ketika pulang dari tempat kerja, ambe lihat air dh mula naik, beberapa kedai kelihatan ditutup akibat air naik.

Pagi tadi sebelum ke tempat kerja (OT hari ni), sempat lagi singgah  di sekitar Masjid Meru untuk melihat keadaan banjir.. SubhanaAllah.. sudah melimpah air dari parit besar akibat hujan lebat sehari dua ni...

Jalan Besar Masjid Meru
Air melimpah dari parit

Kelihatan pagar Masjid Meru juga hampir separuh tenggelam..

Sekolah yang bersebelahan dengan Masjid Meru juga dinaiki air

Kedai-kedai di sekitar Masjid Meru juga dinaiki air

Parit besar tepi jalan

Kelihatan pemilik kedai sedang menutup laluan masuk


Parit dipenuhi sampah yang dihanyutkan

kawasan seberang jalan bertentang dengan Masjid Meru juga dinaiki air

Wednesday, October 31, 2012

First Time Cashout Duit Nuffnang

Hari ni first time ambe klik butang Cashout kat website nuffnang.. bunyi macam banyak jer cashout..haha ciput jer bang... ni mau kena tunggu sebulan lagi baru dapat Cek.. dah dapat nanti ambe show kat saing2..  meh sini tengok gambo..
banyak ke?? hehe

Rehal Pemberian Atok

Balik kampung Raya Haji beberapa hari yang lalu... terpandang pula ambe pada rehal pemberian aruah Atok ambe sebelah ayah ambe.. rehal tu sekarang digunakan oleh ayah ambe buat mengaji quran. Sudah lama usia rehal tu.. kalau tak silap ambe, rehal tu Atok bagi masa ambe sekolah rendah... ada dua rehal, satu untuk ambe dan satu lagi untuk Abang ambe.

Kalau boleh ambe nak bawa balik rehal ni ke rumah ambe, nak buat kenangan.. tapi ayah ambe masih guna. Insya Allah nanti ambe beli rehal lain untuk ayah ya...

Inilah rehal kesayangan ambe..


Sarapan Di Kafe Maktom's

Pagi hari pertama masuk kerja setelah bercuti Raya Haji.. Boss ajak geng2 opis termasuk ambe naik keretanya pergi sarapan di Saujana Utama.. Sarapan di Kafe Maktom's.. masakan ala2 kampung gitu.. lauk pauk pun banyak.. Ini pertama kali ambe singgah di kedai ni...

Ambe makan nasi putih, daging goreng kunyit, kacang panjang tumis... sedap... Alhamdulillah Boss belanja.. rezeki.. sukanya.... lain kali boleh ajak lagi ya Boss...

Ini dia Kafe Maktom's di Saujana Utama

Menu makanan ambe

Antara barang antik yang terdapat di Kafe Maktom's sebagai perhiasan kedai

Laluan ke Kafe Maktom's


Beraya Haji Di Besut

Raya Haji hari ke dua, Ambe, Ayah, Mok Na dan Suami, Along satu family pergi beraya di rumah Mak Long di Kampung Tok Do. Best betul makan tapai pulut kat rumah Mak Long.. sangat manis..pekatnya rasa kat tekak. Nak minta bawa balik ya Mak Long, tapai ni..sedap sangat..

Sedap betul tapai Mak Long

Selepas bertandang ke rumah Mak Long, kami bertolak ke rumah Mak Cik kat Felda Selasih.. dihidang pula keropok lekor.. perut tengah lapar, makan jer.. perjalanan pulang dari rumah Mak Cik kat Selasih, kami singgah tepi jalan Felda Selasih untuk memetik Pucuk Asam Gelugur... di mana pokok gelugur itu direzabkan untuk siapa2 pun boleh mengambilnya... Mak yang pesan suruh kitorg singgah petik pucuk gelugur nak masak gulai ikan katanya...

Makan keropok di rumah Mak Cik Selasih

Petik Pucuk Gelugur

Perjalanan pulang, kami lalu jalan tepi pantai iaitu melalui Pantai Merang.. tekak dah haus, kami singgah pula kedai tepi pantai Merang menikmati Air Kelapa, Ikan Celup Tepung, Udang dan Sotong Celup Tepung dan Keropok Lekor... seronok betul... dah lama tak keluar macam ni bersama keluarga... lain kali boleh singgah lagi.. Insya Allah...
Seronok Lepak Satu Family

Satu Biji Buah Kelapa Mudah.. Best!!!

Friday, October 26, 2012

Korban Oh Korban (dapat perut lembu)

Assalamualaikum... Selamat Menyambut Hari Raya Haji buat kawan2.. pagi ini solat hari raya kat Masjid Lerek.. selesai solat, ambe dan adik ipar ke Kampung Padang Pisang, bantuk ayah melapah lembu korban.. Tahun ini ayah masuk share...
Balik dari solat sunat Raya Haji di Masjid Lerek

Seronok betul ambe tengok ramai orang2 kampung berkumpul.. maklum lah dan lama tak balik kampung... dapat juga jumpa kawan2 lama.. yang bestnya... perut lembu tak ada orang nak kerjakan.. jadi perut lembu itu nak di tanam.. Ambe apa lagi..daripada di tanam perut lembu itu, baik ambe kerjakan..
Melapah Lembu Korban

Bergambar dengan Kawan lama ambe, Zam bersama dua orang anak perempuannya


Sorong perut Lembu dengan kereta sorong

Ambe membawa perut lembu tu ke tali air untuk dibelah dan dibasuh.. perut lembu tu memang kegemaran ambe..suka la ambe.. habis satu badan ambe berbau lembu dek kerana kerjakan perut lembu tu.. wah..banyak juga...dapat la satu besen perut lembu yang telah siap di basuh..

Belah dan cuci perut lembu di parit

Perut lembu ambe bawa balik dan kerjakan di rumah pula.. ambe dan mak la yang bertungkus lumus mencuci dan mengikis kotoran yang terdapat pada perut lembu tu.. perut direndam air kapur terlebih dahulu bagi memudahkan kulit hitam yang terdapat pada perut lembu itu tanggal.. usus lembu pun ada.. wah.. sedap kalau dimakan dengan air asam.. tak sabar nak masak..

Orang rumah ambe pun suka makan perut lembu.. ni nak kena bawa balik Meru.. simpan buat stok.. bukan senang nak dapat byk macam ni.. kalau beli kat kedai pun mahal... kalau di Johor, perut lembu tak susah sangat dikerjakan.. lepas basuh terus boleh rebus.. dan kulit hitam pada perut lembu tidak ditanggalkan.. tetapi kalau di Terengganu, kulit hitam ditanggalkan.. nak tanggalkan, perlulah direndam dengan air kapur.. apa2 pun..hitam atau putih.. ambe tetap suka makan perut lembu.. kalau di Johor perut lembu dipanggil dengan panggilan 'babat'.. kat Terengganu orang panggil perut lembu jer la..

erm..nak cite apa lagi ekk.. itu jer la.. esok palak ambe cite.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...