Click / Support

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri “Rakan Blogers”

Salam Aidil Fitri kepada semua rakan Bloggers. di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan semua sekiranya diri ini ada melakukan kesilapan terhadap kalian semua. Diharapkan rakan-rakan semua berhati-hatilah ketika perjalanan pulang ke kampung. pandu cermat jiwa selamat..

Wednesday, September 1, 2010

Hari Pertama Di Tempat Kerja Baru

Hari ini merupakan hari pertama aku di tempat kerja baru. maksud aku di department baru lah.. awal2 lagi aku dah sampai office...punya la semangat. First tugasan aku, kak fidah (boss aku) arahkan aku check laptop seorang pensyarah yang mengalami masalah update antivirus. Kerja dapat diselesaikan dengan jayanya. Kemudian aku diarahkan ke pejabat keselamatan dekat Reflesia. Alhamdulillah..kerja dapat diselesaikan dengan jayanya. Ini baru sikit.. esok, lusa, entah la.. tunggu jer la.. mesti lagi byk kerja yang perlu dibuat selepas ini.

Walau bagaimana pun, hari ini adalah hari yang menyeronokkan.. semangat masih utuh. harap-harap dapatlah aku kekalkan semangat ini.

Thursday, August 26, 2010

Hari Akhir Di Fakulti Farmasi

Hari ini aku serba tak kena. Rasa malas pun ada untuk bekerja. Walau bagaimana pun, kerja harus diselesaikan. Hari ini merupakan hari last aku sebagai warga Faklti Farmasi. Aku akan berpindah ke BSMB pada 1 september ini. esok Nuzul Quran, lusa dan tulat Pablic Holiday, isnin aku cuti, selasa 31 ogos... MERDEKA!!!..

Hari ini aku akan serahkan surat penyerahan tugas kepada AR Fakulti Farmasi. Kunci lab dan kunci TEC telah aku serahkan kepada pengganti aku, Narang. Dia akan dipertanggungjawabkan menjaga lab dan kerja-kerja yang telah aku buat selama ini.

Hari ini maka berakhirlah perkhidmatanku di Fakulti Farmasi.... 1 september ini bermula lah episod aku di BSMB, Puncak Alam di bawah naungan BOSS baru aku lah...

Wednesday, August 18, 2010

Bertukar Tempat Kerja

Hari ini aku dihubungi oleh pihak PSMB memaklumkan yang aku akan ditarik masuk ke PSMB. Aku agak terkejut mendengar berita itu kerana sebelum ini Pendaftar sudah menetapkan rakan sekerjaku yang akan berpindah ke PSMB. Kak Fidah memaklumkan kepadaku bahawa Fakulti Farmasi yang inginkan aku bertukar dengan rakan sekerjaku di mana aku akan ke PSMB dan rakan sekerjaku kekal di Farmasi.

Aku segera ke PSMB untuk memperolehi maklumat lanjut berkenaan dengan petukaran itu. Kak Fidah menunjukkan aku akan surat yang telah dihantar oleh Fakulti Farmasi Kepada PSMB yang memaklumkan akan hal pertukaran tersebut. Kak Fidah mengatakan bahawa pertukaran berkuatkuasa 1 september ini.

Bila difikirkan balik, mungkin ada baiknya aku bertukar ke PSMB. ini membolehkan aku mempelajari benda-benda baru di sana. Maklumlah, aku berkhidmad di Fakulti Farmasi sudah 6 tahun lebih. Apa-apa pun aku terima pertukaran itu dengan hati yang terbuka. Setiap satu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya tanpa kita sedar.

Thursday, August 12, 2010

Subhanallah, Ada Sungai Dalam Laut

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

~Dipetik dari blogs INIJALANKU oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak 1431. Semoga Ramadhan tahun ini memberi makna yang mendalam kepada kita semua. Bersama-sama kita tingkatkan amalan agar mendapat keberkatan dalam hidup ini.

Tuesday, January 26, 2010

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi
seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak
akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak
derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta
dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan
lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati
lelaki untuk
disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah
yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu
pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini
kepada rakan-rakan anda. Bayangkan betapa
besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...