Click / Support

Thursday, August 26, 2010

Hari Akhir Di Fakulti Farmasi

Hari ini aku serba tak kena. Rasa malas pun ada untuk bekerja. Walau bagaimana pun, kerja harus diselesaikan. Hari ini merupakan hari last aku sebagai warga Faklti Farmasi. Aku akan berpindah ke BSMB pada 1 september ini. esok Nuzul Quran, lusa dan tulat Pablic Holiday, isnin aku cuti, selasa 31 ogos... MERDEKA!!!..

Hari ini aku akan serahkan surat penyerahan tugas kepada AR Fakulti Farmasi. Kunci lab dan kunci TEC telah aku serahkan kepada pengganti aku, Narang. Dia akan dipertanggungjawabkan menjaga lab dan kerja-kerja yang telah aku buat selama ini.

Hari ini maka berakhirlah perkhidmatanku di Fakulti Farmasi.... 1 september ini bermula lah episod aku di BSMB, Puncak Alam di bawah naungan BOSS baru aku lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...