Click / Support

Wednesday, May 9, 2012

Ambe Sungguh Terharu Hari ini...

Waktu magrib tadi, ambe masih di office menunggu masa untuk OT di lab.. selesai solat magrib, ambe terus keluar dari office untuk ke lab, ketika keluar dari pintu office, ambe bertembung dengan rakan satu office ambe..ambe tanya dia nak ke mana... katanya nak solat.. alangkah terkejutnya ambe.. kawan2 nak tau kenapa ambe terkejut?

Sebenarnya kawan ambe ni sangat susah dan jarang sangat solat fardhu.. dah byk kali jugak la ambe tegur dia agar solat.. tapi malam ini ambe sangat terkejut dan terharu mendengar kata2nya.. pada wajahnya itu jelas menunjukkan keikhlasan dia nak gi solat..

Sebaik mendengar kata2nya itu, ambe terus mengucapkan Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. dengan secara spontan ambe terus memeluk kawanku itu.. dan ambe ucapkan lagi Alhamdulillah ko dah berubah.. ambe terus tanya dia "sejak bila ko berubah dan mula solat..??" dia jawab "dah lama dah"..

Alhamdulillah.. bersyukur ambe kepada Allah kerana telah memberi hidayah kepada kawan ambe itu.. Sesungguhya hanya Allah jua yang berkuasa merubah hambanya... walau sekeras mana ambe berusaha untuk menyedarkan kawan ambe itu, jika Allah tidak berkehendak demikian, maka tidak akan berubah juga kawanku tu.. tp Sekarang ternyata Allah berkehendakkan Kawan ambe itu berubah.. Alhamdulillah.. semoga bertambah baik lagi ilmu agamanya di hari2 seterusnya.. amin...
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...