Click / Support

Wednesday, October 31, 2012

First Time Cashout Duit Nuffnang

Hari ni first time ambe klik butang Cashout kat website nuffnang.. bunyi macam banyak jer cashout..haha ciput jer bang... ni mau kena tunggu sebulan lagi baru dapat Cek.. dah dapat nanti ambe show kat saing2..  meh sini tengok gambo..
banyak ke?? hehe

Rehal Pemberian Atok

Balik kampung Raya Haji beberapa hari yang lalu... terpandang pula ambe pada rehal pemberian aruah Atok ambe sebelah ayah ambe.. rehal tu sekarang digunakan oleh ayah ambe buat mengaji quran. Sudah lama usia rehal tu.. kalau tak silap ambe, rehal tu Atok bagi masa ambe sekolah rendah... ada dua rehal, satu untuk ambe dan satu lagi untuk Abang ambe.

Kalau boleh ambe nak bawa balik rehal ni ke rumah ambe, nak buat kenangan.. tapi ayah ambe masih guna. Insya Allah nanti ambe beli rehal lain untuk ayah ya...

Inilah rehal kesayangan ambe..


Sarapan Di Kafe Maktom's

Pagi hari pertama masuk kerja setelah bercuti Raya Haji.. Boss ajak geng2 opis termasuk ambe naik keretanya pergi sarapan di Saujana Utama.. Sarapan di Kafe Maktom's.. masakan ala2 kampung gitu.. lauk pauk pun banyak.. Ini pertama kali ambe singgah di kedai ni...

Ambe makan nasi putih, daging goreng kunyit, kacang panjang tumis... sedap... Alhamdulillah Boss belanja.. rezeki.. sukanya.... lain kali boleh ajak lagi ya Boss...

Ini dia Kafe Maktom's di Saujana Utama

Menu makanan ambe

Antara barang antik yang terdapat di Kafe Maktom's sebagai perhiasan kedai

Laluan ke Kafe Maktom's


Beraya Haji Di Besut

Raya Haji hari ke dua, Ambe, Ayah, Mok Na dan Suami, Along satu family pergi beraya di rumah Mak Long di Kampung Tok Do. Best betul makan tapai pulut kat rumah Mak Long.. sangat manis..pekatnya rasa kat tekak. Nak minta bawa balik ya Mak Long, tapai ni..sedap sangat..

Sedap betul tapai Mak Long

Selepas bertandang ke rumah Mak Long, kami bertolak ke rumah Mak Cik kat Felda Selasih.. dihidang pula keropok lekor.. perut tengah lapar, makan jer.. perjalanan pulang dari rumah Mak Cik kat Selasih, kami singgah tepi jalan Felda Selasih untuk memetik Pucuk Asam Gelugur... di mana pokok gelugur itu direzabkan untuk siapa2 pun boleh mengambilnya... Mak yang pesan suruh kitorg singgah petik pucuk gelugur nak masak gulai ikan katanya...

Makan keropok di rumah Mak Cik Selasih

Petik Pucuk Gelugur

Perjalanan pulang, kami lalu jalan tepi pantai iaitu melalui Pantai Merang.. tekak dah haus, kami singgah pula kedai tepi pantai Merang menikmati Air Kelapa, Ikan Celup Tepung, Udang dan Sotong Celup Tepung dan Keropok Lekor... seronok betul... dah lama tak keluar macam ni bersama keluarga... lain kali boleh singgah lagi.. Insya Allah...
Seronok Lepak Satu Family

Satu Biji Buah Kelapa Mudah.. Best!!!

Friday, October 26, 2012

Korban Oh Korban (dapat perut lembu)

Assalamualaikum... Selamat Menyambut Hari Raya Haji buat kawan2.. pagi ini solat hari raya kat Masjid Lerek.. selesai solat, ambe dan adik ipar ke Kampung Padang Pisang, bantuk ayah melapah lembu korban.. Tahun ini ayah masuk share...
Balik dari solat sunat Raya Haji di Masjid Lerek

Seronok betul ambe tengok ramai orang2 kampung berkumpul.. maklum lah dan lama tak balik kampung... dapat juga jumpa kawan2 lama.. yang bestnya... perut lembu tak ada orang nak kerjakan.. jadi perut lembu itu nak di tanam.. Ambe apa lagi..daripada di tanam perut lembu itu, baik ambe kerjakan..
Melapah Lembu Korban

Bergambar dengan Kawan lama ambe, Zam bersama dua orang anak perempuannya


Sorong perut Lembu dengan kereta sorong

Ambe membawa perut lembu tu ke tali air untuk dibelah dan dibasuh.. perut lembu tu memang kegemaran ambe..suka la ambe.. habis satu badan ambe berbau lembu dek kerana kerjakan perut lembu tu.. wah..banyak juga...dapat la satu besen perut lembu yang telah siap di basuh..

Belah dan cuci perut lembu di parit

Perut lembu ambe bawa balik dan kerjakan di rumah pula.. ambe dan mak la yang bertungkus lumus mencuci dan mengikis kotoran yang terdapat pada perut lembu tu.. perut direndam air kapur terlebih dahulu bagi memudahkan kulit hitam yang terdapat pada perut lembu itu tanggal.. usus lembu pun ada.. wah.. sedap kalau dimakan dengan air asam.. tak sabar nak masak..

Orang rumah ambe pun suka makan perut lembu.. ni nak kena bawa balik Meru.. simpan buat stok.. bukan senang nak dapat byk macam ni.. kalau beli kat kedai pun mahal... kalau di Johor, perut lembu tak susah sangat dikerjakan.. lepas basuh terus boleh rebus.. dan kulit hitam pada perut lembu tidak ditanggalkan.. tetapi kalau di Terengganu, kulit hitam ditanggalkan.. nak tanggalkan, perlulah direndam dengan air kapur.. apa2 pun..hitam atau putih.. ambe tetap suka makan perut lembu.. kalau di Johor perut lembu dipanggil dengan panggilan 'babat'.. kat Terengganu orang panggil perut lembu jer la..

erm..nak cite apa lagi ekk.. itu jer la.. esok palak ambe cite.. :)


Thursday, October 25, 2012

Susah ke nak Solat??

Assalammualaikum.. ambe nak  malam satu cerita sikit dengan kawan2... kisanya bermula malam tadi.. ambe menaiki bas di seksyen 17 shah alam balik ke terengganu. Perasaan ambe memang sangat seronok kerana tidak sabar nak jumpa emak dan ayah di kampung menyambut hari raya korban bersama2...

Alhamdulillah..dapat juga ambe tiket balik kampung... 9.20pm bas bertolak... ambe duduk di tempat duduk 23. Alhamdulillah ada seorang pakcik duduk di sebelah ambe.. dapat juga teman bersembang.. agak lama juga  kami sembang... kira2 pukul 11pm lebih barulah kami berhenti bersembang.. ambe pun dah mengantuk.. masa untuk tidur.. zzZ..

Kira-kira pukul 2am lebih ambe terjaga... toleh diluar bas, jalan jam.. tak kisah la... sambung tidur lagi bagus... zzZ... kira2 pukul 5am lebih ambe terjaga lagi.. serjuk betul dalam bas.. jaket hitam ambe selimutkan muka dan badan ambe...sangat sejuk..tak tahan... tidur lagi.. zzZ

Al kisah.. pukul 6am ambe terjaga.. sudah subuh rupanya.. dalam hati ambe cuba mengagak sekejap lagi driver bas akan berhenti di mana-mana masjid atau surau untuk solat subuh.. tunggu punya tunggu pukul 6.30am driver bas masih belum singgah mana-mana masjid atau surau utntuk solat subuh.. ambe dah rasa tak sedap hati dah... ambe dah mula merungut pada pakcik di sebelah ambe... ambe tertanya2 dalam hati kenapa driver bas tidak kisahkan hal solat.. dan kenapa dalam ramai2 penumpang  dalam bas itu tiada seorang pun yang berani ke depan mengarahkan driver bus untuk berhenti mana2 masjid atau surau untuk solat... tiba2 salah seorang driver bas ke tempat duduk di bahagian belakang bas.. ambe tampil memberitahu driver tersebut supaya berhenti solat subuh.. driver itu bagitau akan berhenti beberapa minit lagi...

Jam menunjukkan sudah pukul 6.40am.. driver bas belum juga mahu memberhentikan bas untuk bersolat subuh.. ambe dah tak boleh tunggu lagi.. ambe tekad dan pergi ke hadapan dan meminta driver bas supaya berhentikan bas di mana2 masjid atau surau.. berhenti kat petronas pun tak apa.. sebab di petronas ada surau.. kesal betul ambe bila mendengan jawapan dari driver bas itu.. katanya "dah lewat, tak boleh berhenti"... ambe sangat kecewa dan sedih.. driver bas itu orang islam dan majoriti penumpang dalam bas itu adalah orang islam.. mereka langsung tidak memikirkan dan menjaga hubungan dengan Allah.. sedangkan hubunga kita dengan Allah sangat penting dalam kehidupan kita.. lagi2 solat itu wajib dan amanah Allah untuk hambaNya..

Ambe bulatkan hati.. ambe nekad.. ambe cakap kat pada driver itu.. "Abang, boleh tak berhenti kat mana2 masjid atau surau? Ramai yang nak solat ni!!".. melihat ambe begitu nekad.. driver bas itu seakan tersedar dan bersetuju untuk memberhentikan bas untuk solat subuh..

Alhamdulillah, 6.50am bas berhenti di satu surau kawasan cherating. ambe memberitahu kepada semua penumpang "sapa2 nak solat subuh bolehlah turun"... Alhamdulillah semua turun solat... Setelah semua selesai solat, baru la kami mulakan perjalanan kami menujuk stesen bas MPKT, Kuala Terengganu.

Inilah Masjid tempat kami solat subuh...


Ambe harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.. dan diharapkan driver bas "ambik Cakner (ambil peduli)" akan soal solat.. solat itu amanah Allah kepada hambaNYA.. jangan sekali2 kita abaikan solat.. wallahualam...

Wednesday, October 24, 2012

Tak Sabar Balik Ganu Malam ni....

Kerja pun cam tak kerja dah.. hati ambe ni duk ingat nak balik kampung jer.. tak sabar nak jumpa Mak dan Ayah... dah lama tak balik kampung. Kali ini aku balik kampung 'driver' datang ambil... driver? erm.. driver bus la.. (lawak la tu).. nasib baik ada tiket...

Kalau anak2 dan isteri ambe ada sekali kan lagi seronok balik ganu.. boleh ambe bawa dorg pergi jalan2 kat pantai air port, singgah kedai makan keropok lekor dan sotong celup tepung... tapi.. isteri dan anak2 masih kat Johor..menemani Nyai beberapa hari lagi..

Rumah dah kemas malam tadi... sampah dah buang.. malam ni tunggu naik bus jer la.. esok Insya Allah kat Ganu la..

Ok..itu jer.. :)

Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah.. Ada Juga Tiket

Alhamdulillah.. ambe call Kak Erni Shamisha Holiday kat Shah Alam, katanya dia ada simpan tiket ke Terengganu. Alhamdulillah dapat juga ambe balik Terengganu raya korban ni.

Isteri dan anak-anak ambe tinggalkan di rumah mertua ambe di Johor ini kerana bapa mertua ambe baru Ahad lamu meninggal dunia (Al Fatihah). Ambe benarkan Isteri Amba menetap dia Johor bagi menemani ibunya di rumah bersama adik beradik yang lain agar dapat mententeramkan perasaan mak masih lagi sedih kehilanggan abah.

Di Terengganu, Insya Allah Ayah dan Mak akan buat korban di Besut (Kampung Saudara Mara Sebelah Ayah). Dengar-dengar Along juga masuk share. Seronok la bila balik Kg nanti... ramai saudara mara dapat berkumpul.. dan lama kami tidak berkumpul sanak saudara sebelah Ayah.

Selepas Raya Korban, ambe akan ke Johor untuk mengambil Isteri dan Anak-anak ambe. Rinduk kat dorg... teringat telatah anak kembar ambe tu... riuh satu rumah dibuatnya... umur mereka sekarang sudah 3 tahun lebih.. sangat petah bercakap.. walaupun si adik cakapnya agak pelat dari abang...

Oklah.. itu sahaja untuk kali ini.. lain kali ada cite best2.. ambe cite lagi...

Wednesday, October 10, 2012

Budu Oh Budu


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahanlimau nipis.


Khasiat

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi danmasalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak(vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Kelemahan

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...