Alhamdulillah..dapat juga ambe tiket balik kampung... 9.20pm bas bertolak... ambe duduk di tempat duduk 23. Alhamdulillah ada seorang pakcik duduk di sebelah ambe.. dapat juga teman bersembang.. agak lama juga kami sembang... kira2 pukul 11pm lebih barulah kami berhenti bersembang.. ambe pun dah mengantuk.. masa untuk tidur.. zzZ..
Kira-kira pukul 2am lebih ambe terjaga... toleh diluar bas, jalan jam.. tak kisah la... sambung tidur lagi bagus... zzZ... kira2 pukul 5am lebih ambe terjaga lagi.. serjuk betul dalam bas.. jaket hitam ambe selimutkan muka dan badan ambe...sangat sejuk..tak tahan... tidur lagi.. zzZ
Al kisah.. pukul 6am ambe terjaga.. sudah subuh rupanya.. dalam hati ambe cuba mengagak sekejap lagi driver bas akan berhenti di mana-mana masjid atau surau untuk solat subuh.. tunggu punya tunggu pukul 6.30am driver bas masih belum singgah mana-mana masjid atau surau utntuk solat subuh.. ambe dah rasa tak sedap hati dah... ambe dah mula merungut pada pakcik di sebelah ambe... ambe tertanya2 dalam hati kenapa driver bas tidak kisahkan hal solat.. dan kenapa dalam ramai2 penumpang dalam bas itu tiada seorang pun yang berani ke depan mengarahkan driver bus untuk berhenti mana2 masjid atau surau untuk solat... tiba2 salah seorang driver bas ke tempat duduk di bahagian belakang bas.. ambe tampil memberitahu driver tersebut supaya berhenti solat subuh.. driver itu bagitau akan berhenti beberapa minit lagi...
Jam menunjukkan sudah pukul 6.40am.. driver bas belum juga mahu memberhentikan bas untuk bersolat subuh.. ambe dah tak boleh tunggu lagi.. ambe tekad dan pergi ke hadapan dan meminta driver bas supaya berhentikan bas di mana2 masjid atau surau.. berhenti kat petronas pun tak apa.. sebab di petronas ada surau.. kesal betul ambe bila mendengan jawapan dari driver bas itu.. katanya "dah lewat, tak boleh berhenti"... ambe sangat kecewa dan sedih.. driver bas itu orang islam dan majoriti penumpang dalam bas itu adalah orang islam.. mereka langsung tidak memikirkan dan menjaga hubungan dengan Allah.. sedangkan hubunga kita dengan Allah sangat penting dalam kehidupan kita.. lagi2 solat itu wajib dan amanah Allah untuk hambaNya..
Ambe bulatkan hati.. ambe nekad.. ambe cakap kat pada driver itu.. "Abang, boleh tak berhenti kat mana2 masjid atau surau? Ramai yang nak solat ni!!".. melihat ambe begitu nekad.. driver bas itu seakan tersedar dan bersetuju untuk memberhentikan bas untuk solat subuh..
Alhamdulillah, 6.50am bas berhenti di satu surau kawasan cherating. ambe memberitahu kepada semua penumpang "sapa2 nak solat subuh bolehlah turun"... Alhamdulillah semua turun solat... Setelah semua selesai solat, baru la kami mulakan perjalanan kami menujuk stesen bas MPKT, Kuala Terengganu.
Inilah Masjid tempat kami solat subuh...
Ambe harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.. dan diharapkan driver bas "ambik Cakner (ambil peduli)" akan soal solat.. solat itu amanah Allah kepada hambaNYA.. jangan sekali2 kita abaikan solat.. wallahualam...
No comments:
Post a Comment