Click / Support

Friday, October 26, 2012

Korban Oh Korban (dapat perut lembu)

Assalamualaikum... Selamat Menyambut Hari Raya Haji buat kawan2.. pagi ini solat hari raya kat Masjid Lerek.. selesai solat, ambe dan adik ipar ke Kampung Padang Pisang, bantuk ayah melapah lembu korban.. Tahun ini ayah masuk share...
Balik dari solat sunat Raya Haji di Masjid Lerek

Seronok betul ambe tengok ramai orang2 kampung berkumpul.. maklum lah dan lama tak balik kampung... dapat juga jumpa kawan2 lama.. yang bestnya... perut lembu tak ada orang nak kerjakan.. jadi perut lembu itu nak di tanam.. Ambe apa lagi..daripada di tanam perut lembu itu, baik ambe kerjakan..
Melapah Lembu Korban

Bergambar dengan Kawan lama ambe, Zam bersama dua orang anak perempuannya


Sorong perut Lembu dengan kereta sorong

Ambe membawa perut lembu tu ke tali air untuk dibelah dan dibasuh.. perut lembu tu memang kegemaran ambe..suka la ambe.. habis satu badan ambe berbau lembu dek kerana kerjakan perut lembu tu.. wah..banyak juga...dapat la satu besen perut lembu yang telah siap di basuh..

Belah dan cuci perut lembu di parit

Perut lembu ambe bawa balik dan kerjakan di rumah pula.. ambe dan mak la yang bertungkus lumus mencuci dan mengikis kotoran yang terdapat pada perut lembu tu.. perut direndam air kapur terlebih dahulu bagi memudahkan kulit hitam yang terdapat pada perut lembu itu tanggal.. usus lembu pun ada.. wah.. sedap kalau dimakan dengan air asam.. tak sabar nak masak..

Orang rumah ambe pun suka makan perut lembu.. ni nak kena bawa balik Meru.. simpan buat stok.. bukan senang nak dapat byk macam ni.. kalau beli kat kedai pun mahal... kalau di Johor, perut lembu tak susah sangat dikerjakan.. lepas basuh terus boleh rebus.. dan kulit hitam pada perut lembu tidak ditanggalkan.. tetapi kalau di Terengganu, kulit hitam ditanggalkan.. nak tanggalkan, perlulah direndam dengan air kapur.. apa2 pun..hitam atau putih.. ambe tetap suka makan perut lembu.. kalau di Johor perut lembu dipanggil dengan panggilan 'babat'.. kat Terengganu orang panggil perut lembu jer la..

erm..nak cite apa lagi ekk.. itu jer la.. esok palak ambe cite.. :)


No comments:

Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...