Alhamdulillah.. ambe call Kak Erni Shamisha Holiday kat Shah Alam, katanya dia ada simpan tiket ke Terengganu. Alhamdulillah dapat juga ambe balik Terengganu raya korban ni.
Isteri dan anak-anak ambe tinggalkan di rumah mertua ambe di Johor ini kerana bapa mertua ambe baru Ahad lamu meninggal dunia (Al Fatihah). Ambe benarkan Isteri Amba menetap dia Johor bagi menemani ibunya di rumah bersama adik beradik yang lain agar dapat mententeramkan perasaan mak masih lagi sedih kehilanggan abah.
Di Terengganu, Insya Allah Ayah dan Mak akan buat korban di Besut (Kampung Saudara Mara Sebelah Ayah). Dengar-dengar Along juga masuk share. Seronok la bila balik Kg nanti... ramai saudara mara dapat berkumpul.. dan lama kami tidak berkumpul sanak saudara sebelah Ayah.
Selepas Raya Korban, ambe akan ke Johor untuk mengambil Isteri dan Anak-anak ambe. Rinduk kat dorg... teringat telatah anak kembar ambe tu... riuh satu rumah dibuatnya... umur mereka sekarang sudah 3 tahun lebih.. sangat petah bercakap.. walaupun si adik cakapnya agak pelat dari abang...
Oklah.. itu sahaja untuk kali ini.. lain kali ada cite best2.. ambe cite lagi...
No comments:
Post a Comment