Click / Support

Wednesday, September 24, 2008

Inforana (Tempat Kerja Lama)

Gambar ni diambil time aku bekerja di sebuah kolej Swasta di Terengganu. Nama kolej tu adalah INFORANA. ini adalah barisan staf dan pensyarah di kolej tersebut...

Ni gambar time aku memberi tunjuk ajar kepada bebudak praktikal dalam membuat network configuration... aku pun lupa la sapa nama budak ni... yang aku masih ingat budak praktikal under aku dulu adalah asiah, noor, suhaili dan amin...time ni aku sebagai pensyarah kat kolej tu mengajar budak MLVK tahap 3.

Ini pula gambar time seminar yang Inforana anjurkan untuk usahawan-usahawan di terengganu. para usahawan diajar membina laman web sendiri bagi menaikkan lagi nama perniagaan mereka. dan tenaga pengajarnya adalah kami... seperti En.Ishak(entah ke mana dia sekarang pun aku tak tau), Cik Ina( sekarang sudah bergelar Puan - dah ada anak sorang), Cik Zatul(Serang ni juga sudah bergelar Puan- tengah berbadan dua skrg), Cik Ain(juga sudah bergelar Puan), Cik Syikin(dah bergelar Puan-tapi aku tak tau mana dia sekarang ni) dan aku sendiri. seminar diadakan selama 2 hari...so, kami tenaga pengajar dan juga peserta bermalam di salah sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Berdiri di belakang dari kiri: amin, rozi.. duduk dari kiri: ina, syikin, ain, khairul, asiah, dan noor.

Ini gambar time Pendaftaran untuk Seminar Laman web. yang sebelah aku ni nama dia Norsafarina, dan sorang lagi tu nama dia Ain. masih ingat lagi saat2 bergelar pensyarah dan saat2 bersama students dulu...memang menyeronokkan...

Tuesday, September 23, 2008

DIA menyayangimu..

Baru tadi kawan aku msg aku menggunakan ym...dia hantar kata yang betul2 menyentuh perasaanku..bukan bukan sedih atau marah tapi kata-kata itu boleh membuatkan kita semua tersedar akan KEESAANNYA... di sini aku ingin berkongsi akan kata2 itu dengan kawan2.. kata2 itu adalah seperti berikut:

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

PSP Di Hatiku

Hari ini aku nak paparkan gambar2 lama aku...kawan2 mesti nak tgk kan...ini gambar time aku belajar kat PSP, time sijil...memang banyak kenangan time aku bergelar student dulu..kepada kawan2 yang gambarnya terpampar di page ini...jangan marah yer...relakan la walaupun pahit untuk melihatnya..

Ini kalau kawan2 nak tau gambar time kami sem 1 kat PSP. jangan kawan2 terkejut bila lihat ada perempuan 2 orang pada gambar ni..jangan salah paham...merekat tu bukan perempuan.. dua2 lelaki...time ni kami ada malam kebudayaan..dan kami semua terlibat dalam persembahan itu..dalam lakonan tu ada la memerlukan watak perempuan..tapi budak2 kami ni kreatif...kami ambik la lelaki menggantikan watak perempuan tu...memang seronok waktu tu...kami semua di ketawakan oleh rakan2 yang lain.. yang lawaknya...kami dikehendaki mengenakan lipstic pada bibir...aduh...korang nak tau tak siapa lelaki berpakaian wanita ni? yang rendah tu namanya Rofan(mmg lawak orangnya...) yang tinggi tu..erm...segan la pula aku..yang tinggi tu aku lah.. keh keh keh.. bila aku ingat2 balik waktu tu mmg seronok.. sebenarnya ada 3 waktak yang berpakaian perempuan...tapi habis jer persembahan..dia terus salin pakaian...terus pakai pakaian lelaki...kalau tak, dia jadi mcm aku ni la..nak tau siapa dia? orangnya adalah yang duduk tu...yang pakai baju hitam. nama dia Anas...dia tu pun lawak juga..

Ini pula gambar time kami semua AJK Kamsis pergi ke kem motivasi di Sungai Tukun... ini la wajah2 kawan2 aku dulu...seandainya koran semua terbaca atau terbuka page blog aku ni.. korang mesti ingat aku punya.. macam Das, Usop, Anas, Amir, Fatimah, Fazli macho, taufik, zaim, hakimi, hatim, mat yan, mat nor, dan ramai lagi la..itu je la nama2 yang aku ingat yang wajah mereka ada dalam gambar ni...nama2 yang aku tak sebut tu, jangan la korang terasa plak..aku masih kenal wajah korang, cuma nama jer lupa...

Ini pula gambar sahabat2 sekelasku sem 1 waktu sijil dulu.. gambar ni diambil kat Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu. waktu ni kami ada lawatan sambil belajar ke kenyir...syarat jer tu lawatan sambil belajar ke Kenyir, Terengganu. yang sebetulnya lawatan kelas ke Tasik Kenyir...dan kami bermalam di Sekayu, Terengganu...memang manis kenangan ni bila ingat balik..aku masih teringat akan zaim..waktu malam di Sekayu...dia ternampak aku duk main gitar sorang2...setelah dia balik ke tempat penginapan..dilihatnya aku ada kat tempat penginapan kami...so siapa yang duk main gitar tu? erm...zaim dah jumpa org lain la tu...biasa la tempat kawasan hutan mcm tu..kerap berlaku perkara mcm tu...cuma kita kena beringat jer la... untuk pengetahuan pengunjung...ada antara rakan kelas kami ini dah bertemu jodoh satu kelas...nak tau sapa? antaranya adalah Diana&Azli, Fendi&Zakiah.... dah jodoh...mmg tak ke mana... :-)

Gambar ni di ambil time kami melepak kat atas bumbung Kamsis PSP, tingkat 3. kalau jatuh ni..mmg pecah kepala n patah leher ni...tak lama lepas tu kami kena ligan dek Ustaz... apa lagi...lari langkah seribu la.. dari kiri : aku, anas, pelo dan asry... erm seronok betul...

Ni la wajah kitorg time boring...duk bergambar kat depan pintu masuk kamsis Bestari 2 dengan pelbagai aksi...berdiri di belakang: pelo, rofan, anas(kedah), rozi...duduk dari kiri: anas(ganu) dan B.

Gambar ni lagi sempoi...ni time birthday Affan...apa lagi...mmg kena la dia... aku masih ingat lagi.. aku, anas dan rofan pergi cari tali tak jumpa..last sekali potong tali kat tempat main badminton...kalau warden tau ni mmg nahas kami... tali tu kami guna buat ikat Affan... kemudian kami humbankan Affan ke tandas...kami siram dia dengan air...seterusnya kami taruk tempun gandum ke atas kepala dia...last sekali kami pecahkan telur ayam ke atas kepala dia..mmg kasihan dia..tapi sudah menjadi kebiasaan kami mcm ni...dapat tahu je birthday kawan2...mmg kena la kawan tu... setelah itu kami lari la sembunyikan diri...buat Affan..jika anda terbuka atau terlawat la blog ini..harap ko ingat la saat2 ko kena "pelekoh" dek kami.. :-)

Ni sahabat baik aku, anas. ni time sem1 PSP...kami satu kelas buat lawatan sambil belajar ke Sekayu, Terengganu...

Monday, September 22, 2008

Melepak di Padang Kota Lama (Penang)

Aku dan Abu



Aku dan Hafiz



Ni gambar time selesai Final exam sem 1 diploma..setelah penat bertungkus lumus dengan study...aku, hafiz dan abu gi melepak kat Padang Kota Lama...menarik juga..

Sahabat Lama (anas)

Ni kawan aku time sijil dulu...kami berkawan start tahun 2000. sehingga kini kami masih berhubung...time diploma pun kami masih satu kelas...lawak betul la..tp apa2 pun, ko memang best la anas..perangai ko masih macam dulu...:-)

Kawan Rumah Lama

Ni kawan2 aku kat rumah sewa Seksyen 17 dulu.. dari kiri mat, ajaq, faiz, lie dan rozi.

bunga ni telah digubah oleh faiz..gambarnya ada kat atas..faiz dan ajaq memang kerjayanya membuat andaman untuk pengantin. kalau kawan2 nak kahwin...boleh la aku rekmen kat dorang ni..hasil kerja pun cantik.. sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat mereka, klik di sini

Kenangan Convo PSP 2003

Ni gambar lama..Convo PSP 2003..seronok bersama kawan2 lama.. ada masa terluang teringin aku nak buat reunion..nak jumpa balik member2 lama..

Sunday, September 21, 2008

Puncak Gunung Angsi (Negeri 9)

XPDC bersama rakan Kolej PTPTL menuju ke Puncak Gunung Angsi.

XPDC Ke Gunung Bubu, Perak

 


Best betul dapat sampai ke Puncak Gunung Bubu..pengembaraan selama 3 hari 2 malam...

Puncak Gunung Bubu


 

Kawan Lama (zaim)

Kawan satu kelas time belajar dulu...budak kelantan yang baik hati...:-)

Mak, Abah Datang

Mak Abah (mertuaku) aku juga datang jalan2 ke rumah sewa kami.

Mak Datang Dari Kampung

Dah lama aku dan isteri tak balik kg.. Mak datang dari kampung semata2 ingin melawat aku dan isteri...thanx mak..Raya ni aku balik la mak....

Kenduri Kahwin Nana & Jali

Tahniah diucapkan kepada Nana & Jali...Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...semoga cepat dapt cahaya mata..:-)




Rakan-rakan office semua datang memeriahkan lagi majlis Perkahwinan mereka.

Thursday, September 18, 2008

Mospeada



kartun mengisahkan motor yang bertukar menjadi robot... hero dia nama apa pun aku pun dah lupa da...

Jem and The Hollograms



Kartun ni pun best...juga katun time aku kanak2... aku tengah mencari video kartun ni... teringin nak tengok lagi... kartun penuh dengan nostalgia...seronok bila ingat kembali zaman2 tu... :-)

Blue Blink



Ini ada satu lagi cite kartun zaman kanak2 aku... cite Blue Blink...mengisahkan seorang budak bersama seekor haiwan yang bernama blue blink...yang ingin mencari ayahnya yang hilang diculik oleh penjahat...

Robotech: The Macross Saga

Robotech: The Macross Saga. I must say this is really good. This story reminds me of the new Battlestar: Galactica series (which is also very good). The animation is of course old school but hey, that's half the entertainment. The voice acting is better than some animes of today that are brought over. This is definately recommended. What would be interesting is a remake and dub the old voices over it, but the classic animation is part of the charm. I also realized that I used to watch this when I was just a wee lad. Just a walk down memory lane I suppose. more info click here.

Wednesday, September 10, 2008

Stewardess Monogatari



Ada lagi cerita yang aku paling minati pada zaman kanak-kanak aku tu...iaitu "Stewardess Monogatari"...yang mengisahkan perjalanan seorang pelatih (pramugari) bernama CHIAKI yang jatuh cinta pada pengajarnya (kapten). Nama Chiaki yang sebenar adalah CHIEMI HORI. di jepun, dia merupakan seorang penyanyi yang sangat popular pada tahun 80an. Dia dilahirkan pada tahun 15/2/1967. kiranya umurnya skrg dah cecah 41 tahun la...seingat aku cerita "Stewardess Monogatari ni ditanyangkan sekitar 90an di tv1.. nanti kita bagi cadangan kat tv1 suruh siarkan lagi cite ni...memang nostalgia gila cite ni.. aku akan try cari cite ni..dah dapat nanti aku pas kat sesiapa yang nak... nak tau lebih lanjut pasal Chiemi Hori ni..anda boleh Click Here.


Moero Attack


Moero Attack memang best cite tu...siapa yang zaman kanaknya sekitar 80an...mmg tau akan cite ni..tak silap aku ia ditayangkan sekitar tahun 1988. memang best gila cite ni..boleh dikatakan pada waktu itu satu malaysia menonton cite tu..mengisahkan gadis yang bernama Chun yang mencari ibunya... Aku masih ingat lagi lagu2 yang dinyanyikan oleh pasukan bola tampar kepada cikgu hiroshi... lagunya "cikgu hiroshi...cikgu yang baik hati..".....lebih kurang macam tu la....

Aku percaya korang mesti merindui cerita ini kan.. sekarang ni aku sedang berusaha untuk mencari mana2 sumber bagi mendapatkan cite tu... jika sesiapa ada sebarang maklumat mengenai cite tu boleh la bgtau aku atau pun korang ada menyimpan vcd atau dvd cite ni..harap kasitau aku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...