Click / Support

Wednesday, September 24, 2008

Inforana (Tempat Kerja Lama)

Gambar ni diambil time aku bekerja di sebuah kolej Swasta di Terengganu. Nama kolej tu adalah INFORANA. ini adalah barisan staf dan pensyarah di kolej tersebut...

Ni gambar time aku memberi tunjuk ajar kepada bebudak praktikal dalam membuat network configuration... aku pun lupa la sapa nama budak ni... yang aku masih ingat budak praktikal under aku dulu adalah asiah, noor, suhaili dan amin...time ni aku sebagai pensyarah kat kolej tu mengajar budak MLVK tahap 3.

Ini pula gambar time seminar yang Inforana anjurkan untuk usahawan-usahawan di terengganu. para usahawan diajar membina laman web sendiri bagi menaikkan lagi nama perniagaan mereka. dan tenaga pengajarnya adalah kami... seperti En.Ishak(entah ke mana dia sekarang pun aku tak tau), Cik Ina( sekarang sudah bergelar Puan - dah ada anak sorang), Cik Zatul(Serang ni juga sudah bergelar Puan- tengah berbadan dua skrg), Cik Ain(juga sudah bergelar Puan), Cik Syikin(dah bergelar Puan-tapi aku tak tau mana dia sekarang ni) dan aku sendiri. seminar diadakan selama 2 hari...so, kami tenaga pengajar dan juga peserta bermalam di salah sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Berdiri di belakang dari kiri: amin, rozi.. duduk dari kiri: ina, syikin, ain, khairul, asiah, dan noor.

Ini gambar time Pendaftaran untuk Seminar Laman web. yang sebelah aku ni nama dia Norsafarina, dan sorang lagi tu nama dia Ain. masih ingat lagi saat2 bergelar pensyarah dan saat2 bersama students dulu...memang menyeronokkan...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...