Click / Support

Monday, March 30, 2009

My Twin

My twin (Azfar & Azhar)

My 1st baby of twin's (Azhar)

My 2nd baby of twin's (Azfar)

Baru 8 hari aku bergelar Ayah, aku terpaksa tinggalkan anak aku dan isteriku di kg. ini kerana sabtu dan ahad aku terpaksa ke penang untuk meneruskan pengajian diploma aku. Apa-apa pun aku perlu bersabar coz pengajianku hanya sampai bulan 6 jer..selepas tu aku berjaya tamatkan pengajianku ke tahap diploma. maklumla aku part time study. aku terpaksa tumpu pada kerja dan pada masa yang sama aku perlu tumpu pada studyku.. sementara waktu kedua2 anakku dan isteriku, aku hantar ke kg untuk isteriku berpantang di sana. Waktu sekarang ni aku memang sangat bz dengan perojek last sem. pening dibuatnya.. dalam masa dua bulan ni aku perlu tumpu betul2..

Semalam family sebelah isteriku mengadakan majlis keraian/majlis doa selamat coz isteri dan anak2 ku selamat. terkilan betul aku tak dapat ikuti coz ada kelas di penang.

Wednesday, March 18, 2009

"First Baby"

semalam 17/3/2009 (selasa), pukul 7 pagi aku membawa isteriku ke putrajaya kerana ada temujanji dengan doktor untuk membuat pemeriksaan pregnantcy wife aku... tetiba tak sangka pula doktor memberitahuku yang isteriku tak boleh balik dan mesti dimasukkan di wad kerana doktor menjangkakan isteriku akan bersalin bila-bila masa jer. Aku dan mak mertuaku terpaksa la berada dia wad menemani isteriku. Cemas juga aku dibuatnya nak menanti saat kelahiran anak2ku... maklumla isteriku pregnant anak kembar dua. pukul 9 malam aku dihubungi doktor agar ke dewan bedah untuk menunggu di sana. 10 malam aku bawa mak mertua aku gi makan dulu.. kasihan dia dari pagi tak makan-makan lagi. pukul 1 pagi aku di benarkan masuk duduk di sebelah isteriku yang ditempatkan di bilik bersalin.
18/03/2009 (2.47am), isteriku selamat melahirkan 1st twin.. isteriku bersalin normal untuk 1st twin, untuk 2nd twin, doktor tidak dapat keluarkan baby tu.. jalan terbaik, isteriku terpaksa di 'operate'. isteriku di bawa ke dewan bedah. Alhamdulillah pada 18/03/2009 (3.26am), isteriku selamat melahirkan anak 2nd twin...alhamdulillah semuanya selamat...

Tuesday, March 3, 2009

Berkat Doa Mak Ayah

Malam tadi aku menerima panggilan dari abangku yang menetap di johor. Dia memberitahuku yang dia telah diterima bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di jabatan kerajaan. Sekarang ni dia masih bekerja pasaraya Tesco di johor. Harapan mak ayah abangku dapat kerja tetap. agaknya berkat doa mak ayah yang tak putus2... dapat juga akhirnya abangku kerja tu. Agaknya bulan depan dia mula menjadi pejawat awam la. Aku tompang gembira la..

Aku masih tertarik dengan ungkapan yang telah dihantar oleh kawan aku.... dah banyak kali aku post ungkapan...ungkapan serperti di bawah.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

Bila kita hayati balik ungakapan ini... memang ada kebenarannya... dan itu la hakikatnya.
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...