Click / Support

Tuesday, March 3, 2009

Berkat Doa Mak Ayah

Malam tadi aku menerima panggilan dari abangku yang menetap di johor. Dia memberitahuku yang dia telah diterima bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di jabatan kerajaan. Sekarang ni dia masih bekerja pasaraya Tesco di johor. Harapan mak ayah abangku dapat kerja tetap. agaknya berkat doa mak ayah yang tak putus2... dapat juga akhirnya abangku kerja tu. Agaknya bulan depan dia mula menjadi pejawat awam la. Aku tompang gembira la..

Aku masih tertarik dengan ungkapan yang telah dihantar oleh kawan aku.... dah banyak kali aku post ungkapan...ungkapan serperti di bawah.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

Bila kita hayati balik ungakapan ini... memang ada kebenarannya... dan itu la hakikatnya.
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...