Click / Support

Wednesday, March 18, 2009

"First Baby"

semalam 17/3/2009 (selasa), pukul 7 pagi aku membawa isteriku ke putrajaya kerana ada temujanji dengan doktor untuk membuat pemeriksaan pregnantcy wife aku... tetiba tak sangka pula doktor memberitahuku yang isteriku tak boleh balik dan mesti dimasukkan di wad kerana doktor menjangkakan isteriku akan bersalin bila-bila masa jer. Aku dan mak mertuaku terpaksa la berada dia wad menemani isteriku. Cemas juga aku dibuatnya nak menanti saat kelahiran anak2ku... maklumla isteriku pregnant anak kembar dua. pukul 9 malam aku dihubungi doktor agar ke dewan bedah untuk menunggu di sana. 10 malam aku bawa mak mertua aku gi makan dulu.. kasihan dia dari pagi tak makan-makan lagi. pukul 1 pagi aku di benarkan masuk duduk di sebelah isteriku yang ditempatkan di bilik bersalin.
18/03/2009 (2.47am), isteriku selamat melahirkan 1st twin.. isteriku bersalin normal untuk 1st twin, untuk 2nd twin, doktor tidak dapat keluarkan baby tu.. jalan terbaik, isteriku terpaksa di 'operate'. isteriku di bawa ke dewan bedah. Alhamdulillah pada 18/03/2009 (3.26am), isteriku selamat melahirkan anak 2nd twin...alhamdulillah semuanya selamat...

No comments:

Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...