Click / Support

Wednesday, June 24, 2009

Gangguan

Malam kelmarin anak-anak aku menangis dengan kuat seolah-olah takutkan sesuatu... hendak dijadikan cerita, rumah yang aku baru pindah tu berkemungkinan adanya penghuni lain (makhluk halus la).. Anak-anakku menagis pula ketika waktu sudah dekat magrib.. Aku dan isteri apa lagi, kelam kabutlah jadinya.. 1 jam lebih juga anak-anak aku menangis silih berganti.. Aku terpaksa mintak tolong jiran aku iaitu Jali dan Nana. Aku meminta Jali menghubungi siapa-siapa yang pandai ubatkan anak-anak aku itu.

Aku dan isteriku bawa anak-anak ke rumah Jali dan Nana, barulah diam anak-anakku itu.. Ada seorang bomoh yang dipanggil oleh Jali, datang ubatkan anak-anakku itu.. Kata Pak Dolah (Bomoh), rumah tu memang ada yang menumpang duduk di dalam satu bilik tengah rumah aku itu... 

Pada pendapat aku, makluk halus ini ada di mana-mana sahaja. mereka tidak akan senang kalau tidak mengganggu anak-anak adam ni. Aku berharap gangguan sebegini tidak berlaku lagi terhadap anak-anak aku dan isteri. wallahualam...

Monday, June 22, 2009

Comel Anak-Anak Ayah

My Twin tengah tidur. 

Dari Kiri: Azfar & Azhar

Thursday, June 18, 2009

Result Exam Sudah Keluar

Semalam aku cuba check online result exam semester akhir. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, aku mendapat result yang baik. Lebih baik dari semester-semester sebelumnya. Pointer 3.70. Aku tidak pernah mendapat pointer setinggi tu sepanjang pengajian aku dari dari zaman sijil lagi.. Projek akhir aku dan hafiz dapat A. Memang tidak sia-sia aku berulang-alik dari shah alam ke putrajaya untuk siapkan projek akhir kami dan yang paling menyeronokkan aku bila ayat "ANUGERAH SENARAI KETUA JABATAN" tercatat pada slip result aku itu. Aku terus menghubungi emak dan menceritakan khabar gembira itu.

Kesusahan dan keperitan aku selama ini, berulang alik dari shah alam ke penang semata-mata ingin menghabiskan pengajian diploma aku  selama 2 tahun, telah membuahkan hasil. 2 tahu lamanya aku berulang alik dari shah alam ke penang dengan menaiki bas, memang memenatkan. 2 tahun aku selalu tinggalkan isteri semata-mata ingin menghabiskan pengajian aku... Hari ini aku berasa begitu lega dan gembira dengan result yang aku perolehi. Selepas ni, bolehlah aku menyambung pengajianku ke peringkat Ijazah pula.. Insya Allah..

Wednesday, June 3, 2009

Azhar and Azfar

Erm..sudah tembam rupanya anak-anak ayah ni.. ini gambar terbaru. baru malam tadi ambil. penat balik kerja, tengok muka baby, hilang penat.

Dari Kiri: Azhar, Azfar

Monday, June 1, 2009

Bersama Pensyarah kami

Inilah pensyarah yang banyak membantu dan mencurah ilmu kepada kami selama tempoh pengajian kami 2 tahun ini.
Penyarah Projek (En Chung) Sem Last yang banyak membantu dalam memberi pendapat yang baik dalam menyiapkan projek semester akhir kami

dari kiri : Hafiz, En Aza (Penyarah/ KJ), Rozi, Azfar. En Aza juga merupakan penyarah yang banyak membantu sepanjang pengajian kami selama 2 tahun.

Cik Zakiah merupakan penyarah yang mengajar System Analis & Design

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...