Click / Support

Thursday, June 18, 2009

Result Exam Sudah Keluar

Semalam aku cuba check online result exam semester akhir. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, aku mendapat result yang baik. Lebih baik dari semester-semester sebelumnya. Pointer 3.70. Aku tidak pernah mendapat pointer setinggi tu sepanjang pengajian aku dari dari zaman sijil lagi.. Projek akhir aku dan hafiz dapat A. Memang tidak sia-sia aku berulang-alik dari shah alam ke putrajaya untuk siapkan projek akhir kami dan yang paling menyeronokkan aku bila ayat "ANUGERAH SENARAI KETUA JABATAN" tercatat pada slip result aku itu. Aku terus menghubungi emak dan menceritakan khabar gembira itu.

Kesusahan dan keperitan aku selama ini, berulang alik dari shah alam ke penang semata-mata ingin menghabiskan pengajian diploma aku  selama 2 tahun, telah membuahkan hasil. 2 tahu lamanya aku berulang alik dari shah alam ke penang dengan menaiki bas, memang memenatkan. 2 tahun aku selalu tinggalkan isteri semata-mata ingin menghabiskan pengajian aku... Hari ini aku berasa begitu lega dan gembira dengan result yang aku perolehi. Selepas ni, bolehlah aku menyambung pengajianku ke peringkat Ijazah pula.. Insya Allah..

Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...