Click / Support

Wednesday, July 25, 2012

Jiran Ambe meninggal ni...

Assalamualalikum deme-deme semua.. semalam, sewaktu ambe ingin keluar ke tempat keje.. aku dipanggil olah jiran dan memberitahu ambe yang ada jiran kat taman kitorg meninggal. Ambe merasakan ambe perlu melawat keluarga si mati. Ambe dan beberapa orang pengghuni sekitar taman kira2 tidak sampai 10 orang antara yang paling awal berada di rumah si mati.

Setelah ramai jiran2 hadir, tiba la masa untuk sempurnakan jenazah... oleh kerana beberapa hari yang lalu ambe ada menghadiri kursus pengurusan jenazah di shah alam, ambe mengambil peluang ini untuk mengamati dan meneliti atau mempelajari secara real macam mana jenazah diuruskan.

Memang ada perasaan seram untuk mendekati jenazah, tetapi aku kuatkan semangat...dan ambe berkata pada diri ambe sendiri yang ambe mesti berlajar tentang pengurusan jenazah ini.. kalau boleh jika ditakdirkan Allah kedua ibu bapa ambe meninggal dunia terlebih dahulu dari ambe, ambe akan uruskan jenazah mereka bersama2 adik beradik ambe...insya Allah..

Ambe cuba mendekati jenazah yang hendak dimandikan.. ambe amati cara2 memandikan jenazah..rasa tak sampai hati pun ada bila tgk jenazah tua yang terbujur tidak bergerak lagi.. tersentuh betul hati ambe ketika itu.. setelah jenazah dimandikan, jenazah dibawa dan diletakkan atas kain kafan yang telah digunting dan dihampar di atas lantai rumah. Amber mesti tengok kerana sewaktu ambe pergi kursus jenazah tempoh hari, ambe yang jadi model jenazah... jadi ambe tidak dapat perhatikan cara-cara uruskan jenazah dengan jelas... ini peluang ambe untuk belajar.

Sewaktu ambe lihat jenazah dikafankan.. Ya Allah.. terasa sejuk panas..sejuk panas je badan ambe ni.. ambe terbayang akan kematian ambe...entah macam mana la keadaannya.. setelah selesai dikafankan, jenazah dibawah ke surau berdekatan taman tu untuk disolatkan. setelah itu, jenazah dibawa ke kubur untuk dikebumikan..
Ramai jiran2 datang ziarah

ketika jenazah diangkat masuk ke van untuk dibawa ke surau

ketika jenazah dibawa turun ke liang lahad, lagi la hati ambe tersentuh..terasa insaf.. jenazah diturunkan oleh anak2nya.. setelah selesai jenazah dikebumikan, aku balik rumah. setelah mandi, aku terus ke tempat keje.. wallahualam...

kawasan perkuburan

Anak2 arwah menimbuskan tanah


p/s: Rasulullah menyuruh kita sentiasa mengingati mati agar kita sedar diri kita. dan ingatlah.. hidup kita ini hanyalah sementara. kematian tiba bila2 masa.. oleh itu, perbanyakkanlah amal ibadat agar kita menjadi hamba yang dikasihi oleh Allah SWT.

Friday, July 20, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Deme-deme semua baca tajuk kat atas tu macam ambe ni nak buat Kursus Pengurusan Jenazah jer kan.. sebenarnya tidak... ambe sekadar ingin berkongsi satu cerita dengan deme-deme semua.

Semalam ambe ada menghadiri satu kursus seperti tajuk di atas tu... dah lama teringin nak pergi... dah berapa kali mohon kursus tu tapi tak dapat2, kali ini dapat. so, takkan lepaskan peluang ni.. Memang betul Pengurusan Jenazah itu adalah fardhu kifayah, tapi kita patut mengetahuinya. kalau tak tau kita patut belajar... kata ustaz yang mengendalikan kursus tu, kalau tak pandai semua, separuh pandai pun jadi la.. bukan apa, kot2 ada saudara mara kita yang meninggal, tak pun mak ayah kita meninggal, dapat la kita turut serta mengendalikan urusan jenazah tu bersama adik beradik yang lain. dan tak perlulah orang awam yang melakukannya.

kata ustaz lagi, haram bagi sesiapa yang membuat binaan dia atas kubur. rasulullah melarang perbuatan tersebut.

gambar copyright from hatiakmam.blogspot.com [Pengurusan Jenazah]

Ustaz juga ada mengatakan yang batu nisan sepatutnya kita guna batu sungai, kerana ia hidup dan batu itu akan berzikir kepada si mati. tetapi jika guna batu yang dipotong dibeli di kedai pun tidak menjadi kesalah. kalau ingin tanam pokok kecil2 pun tak ada kesalahan kerana daun2 juga turut berzikir kepada si mati.

Dalam kursus tersebut, ambe dipanggil oleh ustaz untuk jadi model, pergh... jadi model orang mati tu. bagus juga dapat peluang tu, ambe dapat la merasai mcm mana dibungkus atau dikafankan... ngeri beb..waktu itu perasaan aku bercampur baur.. memikirkan..ooo..mcm ini la rasa dikafankan.. insaf tu.. nak2 masa badan ambe diangkat oleh peserta lain tatkala badan ambe sudah bebungkus dan tak leh bergerak..lagi la ngeri...

gambar copyright from wakafalquran30.blogspot.com [Pengurusan Jenazah]


Alhamdulillah..tidak sia2 ambe gi kursus tu... banyak ilmu dapat dan yang paling best dapat pengalaman jd model orang mati..

Setiap yang hidup ini pasti akan merasai mati. oleh itu, ambe berpesan kepada diri ambe sendiri dan deme-deme semua agar pertingkatkan amalan dan sentiasa la mengingati mati agar kita tidak tergelincir jauh dari jalan yang diredhai Allah... Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...