Semalam ambe ada menghadiri satu kursus seperti tajuk di atas tu... dah lama teringin nak pergi... dah berapa kali mohon kursus tu tapi tak dapat2, kali ini dapat. so, takkan lepaskan peluang ni.. Memang betul Pengurusan Jenazah itu adalah fardhu kifayah, tapi kita patut mengetahuinya. kalau tak tau kita patut belajar... kata ustaz yang mengendalikan kursus tu, kalau tak pandai semua, separuh pandai pun jadi la.. bukan apa, kot2 ada saudara mara kita yang meninggal, tak pun mak ayah kita meninggal, dapat la kita turut serta mengendalikan urusan jenazah tu bersama adik beradik yang lain. dan tak perlulah orang awam yang melakukannya.
kata ustaz lagi, haram bagi sesiapa yang membuat binaan dia atas kubur. rasulullah melarang perbuatan tersebut.
gambar copyright from hatiakmam.blogspot.com [Pengurusan Jenazah]
Ustaz juga ada mengatakan yang batu nisan sepatutnya kita guna batu sungai, kerana ia hidup dan batu itu akan berzikir kepada si mati. tetapi jika guna batu yang dipotong dibeli di kedai pun tidak menjadi kesalah. kalau ingin tanam pokok kecil2 pun tak ada kesalahan kerana daun2 juga turut berzikir kepada si mati.
Dalam kursus tersebut, ambe dipanggil oleh ustaz untuk jadi model, pergh... jadi model orang mati tu. bagus juga dapat peluang tu, ambe dapat la merasai mcm mana dibungkus atau dikafankan... ngeri beb..waktu itu perasaan aku bercampur baur.. memikirkan..ooo..mcm ini la rasa dikafankan.. insaf tu.. nak2 masa badan ambe diangkat oleh peserta lain tatkala badan ambe sudah bebungkus dan tak leh bergerak..lagi la ngeri...
gambar copyright from wakafalquran30.blogspot.com [Pengurusan Jenazah]
Alhamdulillah..tidak sia2 ambe gi kursus tu... banyak ilmu dapat dan yang paling best dapat pengalaman jd model orang mati..
Setiap yang hidup ini pasti akan merasai mati. oleh itu, ambe berpesan kepada diri ambe sendiri dan deme-deme semua agar pertingkatkan amalan dan sentiasa la mengingati mati agar kita tidak tergelincir jauh dari jalan yang diredhai Allah... Wallahualam..
No comments:
Post a Comment