Hari ini aku nak paparkan gambar2 lama aku...kawan2 mesti nak tgk kan...ini gambar time aku belajar kat PSP, time sijil...memang banyak kenangan time aku bergelar student dulu..kepada kawan2 yang gambarnya terpampar di page ini...jangan marah yer...relakan la walaupun pahit untuk melihatnya..
Ini kalau kawan2 nak tau gambar time kami sem 1 kat PSP. jangan kawan2 terkejut bila lihat ada perempuan 2 orang pada gambar ni..jangan salah paham...merekat tu bukan perempuan.. dua2 lelaki...time ni kami ada malam kebudayaan..dan kami semua terlibat dalam persembahan itu..dalam lakonan tu ada la memerlukan watak perempuan..tapi budak2 kami ni kreatif...kami ambik la lelaki menggantikan watak perempuan tu...memang seronok waktu tu...kami semua di ketawakan oleh rakan2 yang lain.. yang lawaknya...kami dikehendaki mengenakan lipstic pada bibir...aduh...korang nak tau tak siapa lelaki berpakaian wanita ni? yang rendah tu namanya Rofan(mmg lawak orangnya...) yang tinggi tu..erm...segan la pula aku..yang tinggi tu aku lah.. keh keh keh.. bila aku ingat2 balik waktu tu mmg seronok.. sebenarnya ada 3 waktak yang berpakaian perempuan...tapi habis jer persembahan..dia terus salin pakaian...terus pakai pakaian lelaki...kalau tak, dia jadi mcm aku ni la..nak tau siapa dia? orangnya adalah yang duduk tu...yang pakai baju hitam. nama dia Anas...dia tu pun lawak juga..
Ini pula gambar time kami semua AJK Kamsis pergi ke kem motivasi di Sungai Tukun... ini la wajah2 kawan2 aku dulu...seandainya koran semua terbaca atau terbuka page blog aku ni.. korang mesti ingat aku punya.. macam Das, Usop, Anas, Amir, Fatimah, Fazli macho, taufik, zaim, hakimi, hatim, mat yan, mat nor, dan ramai lagi la..itu je la nama2 yang aku ingat yang wajah mereka ada dalam gambar ni...nama2 yang aku tak sebut tu, jangan la korang terasa plak..aku masih kenal wajah korang, cuma nama jer lupa...
Ini pula gambar sahabat2 sekelasku sem 1 waktu sijil dulu.. gambar ni diambil kat Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu. waktu ni kami ada lawatan sambil belajar ke kenyir...syarat jer tu lawatan sambil belajar ke Kenyir, Terengganu. yang sebetulnya lawatan kelas ke Tasik Kenyir...dan kami bermalam di Sekayu, Terengganu...memang manis kenangan ni bila ingat balik..aku masih teringat akan zaim..waktu malam di Sekayu...dia ternampak aku duk main gitar sorang2...setelah dia balik ke tempat penginapan..dilihatnya aku ada kat tempat penginapan kami...so siapa yang duk main gitar tu? erm...zaim dah jumpa org lain la tu...biasa la tempat kawasan hutan mcm tu..kerap berlaku perkara mcm tu...cuma kita kena beringat jer la... untuk pengetahuan pengunjung...ada antara rakan kelas kami ini dah bertemu jodoh satu kelas...nak tau sapa? antaranya adalah Diana&Azli, Fendi&Zakiah.... dah jodoh...mmg tak ke mana... :-)
Gambar ni di ambil time kami melepak kat atas bumbung Kamsis PSP, tingkat 3. kalau jatuh ni..mmg pecah kepala n patah leher ni...tak lama lepas tu kami kena ligan dek Ustaz... apa lagi...lari langkah seribu la.. dari kiri : aku, anas, pelo dan asry... erm seronok betul... Ni la wajah kitorg time boring...duk bergambar kat depan pintu masuk kamsis Bestari 2 dengan pelbagai aksi...berdiri di belakang: pelo, rofan, anas(kedah), rozi...duduk dari kiri: anas(ganu) dan B.
Gambar ni lagi sempoi...ni time birthday Affan...apa lagi...mmg kena la dia... aku masih ingat lagi.. aku, anas dan rofan pergi cari tali tak jumpa..last sekali potong tali kat tempat main badminton...kalau warden tau ni mmg nahas kami... tali tu kami guna buat ikat Affan... kemudian kami humbankan Affan ke tandas...kami siram dia dengan air...seterusnya kami taruk tempun gandum ke atas kepala dia...last sekali kami pecahkan telur ayam ke atas kepala dia..mmg kasihan dia..tapi sudah menjadi kebiasaan kami mcm ni...dapat tahu je birthday kawan2...mmg kena la kawan tu... setelah itu kami lari la sembunyikan diri...buat Affan..jika anda terbuka atau terlawat la blog ini..harap ko ingat la saat2 ko kena "pelekoh" dek kami.. :-) Ni sahabat baik aku, anas. ni time sem1 PSP...kami satu kelas buat lawatan sambil belajar ke Sekayu, Terengganu...
No comments:
Post a Comment