Click / Support

Wednesday, August 18, 2010

Bertukar Tempat Kerja

Hari ini aku dihubungi oleh pihak PSMB memaklumkan yang aku akan ditarik masuk ke PSMB. Aku agak terkejut mendengar berita itu kerana sebelum ini Pendaftar sudah menetapkan rakan sekerjaku yang akan berpindah ke PSMB. Kak Fidah memaklumkan kepadaku bahawa Fakulti Farmasi yang inginkan aku bertukar dengan rakan sekerjaku di mana aku akan ke PSMB dan rakan sekerjaku kekal di Farmasi.

Aku segera ke PSMB untuk memperolehi maklumat lanjut berkenaan dengan petukaran itu. Kak Fidah menunjukkan aku akan surat yang telah dihantar oleh Fakulti Farmasi Kepada PSMB yang memaklumkan akan hal pertukaran tersebut. Kak Fidah mengatakan bahawa pertukaran berkuatkuasa 1 september ini.

Bila difikirkan balik, mungkin ada baiknya aku bertukar ke PSMB. ini membolehkan aku mempelajari benda-benda baru di sana. Maklumlah, aku berkhidmad di Fakulti Farmasi sudah 6 tahun lebih. Apa-apa pun aku terima pertukaran itu dengan hati yang terbuka. Setiap satu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya tanpa kita sedar.
Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...