Salam.. Macam best jer tajuk tu kan.. ok aku nak cite la ni.. kejadian pada 11 Oktober 2013 iaitu jumaat lalu... waktu tepat pukul 12 malam, aku berhentikan kereta dia hentian tangkak dek kerana penat memandu.. mengantuk sangat2. Maklumlah nak balik beraya Haji...
Isteri dan anak-anakku sedang tidur.. aku sandarkan badanku pada kereta..sambil2 memerhati kawasan sekeliling..melihat keindahan ciptaan Ilahi.. dah memang tabiat aku kalau benti kat mana2..aku akan memerhati suasana sekeliling...
Sambil2 memerhati, aku terperasan satu pokok...aku rasa macam pelik jer... mcm ada terbentuk sesuatu pada pokok tu ekoran dari cahaya lampu jalan.. bila aku amati.. maka, jelas la kelihatan kalimah Allah pada pokok tu... Subhanallah...
Alamak..hp aku dalam kete...aku terus mengambil hp dan snap la gambar kalimah tu... korang nak tengok...??
Ini dia Pokok yang aku maksudkan, Ada kalimah Allah...
korang amati betul2.. mungkin pada korang tak jelas sangat..tapi pada aku memang jelas.. kalau dilihat secara live..memang lagi jelas... bagi mereka yang ingin melihat secara live.. silalah ke hentian tangkak jalan menuju ke johor...aku tak pasti waktu siang akan jelas kelihatan macam ni ke tak...yang pasti waktu malam macam ni rupanya... wallahualam...
No comments:
Post a Comment