Baru ini masa saya sakit. Saya berbual dengan seorang kawan saya semenjak kecil. Kami teringat orang-orang yang banyak mengajar kami semenjak kecil.
Seorang guru yang semenjak kami kenal beliau tidak pernah tinggalkan tahajud. Kami tahu kerana setiap hari kami suka tidur surau. Tepat pukul 4 mesti dia bawa tasbih dan sambung zikir di surau. Bila kami tanya anaknya, rupanya dia setiap hari bangun pukul 3.30 paling lewat untuk solat tahajud.
Selepas Subuh dia akan baca 1 juz Al-Quran. Kemudian Asar mesti dia sudah berada di masjid untuk ziarah saudara Islam sampai Maghrib. Selepas Maghrib dengan dakwah di dalam Masjid sehingga Isya. Selepas Isya mesyuarat amal masjid pertambahan orang dan lain-lain selama 15 minit.
Pukul 9.30 bacaan hadis di rumahnya sampai 10.30 malam. Tepat 10.30 malam dia terus tidur dan semua anaknya kena tidur.
Pukul 4 pagi sebelum ke surau dia akan kejut semua ahli keluarganya. Dia suka cakap pada saya, dakwah ni tanggungjawab.
Orang boleh pergi kerja setiap hari sampai pencen. Orang balik rumah setiap hari jaga keluarga. Kenapa tidak untuk Kerja Nabi saw dan Cinta Allah tujuan hidup ini.
Jika kita tidak habiskan masa untuk agama/dakwah/kebaikan ia akan habis juga tapi di tempat lain. Harta jika tidak diberi untuk agama, ia akan habis juga tapi di tempat lain. Tenaga/diri/ kebolehan jika tidak dihabiskan untuk agama , ia akan habis juga tapi ditempat lain
Mati jika tidak mati untuk agama, kita tetap akan mati tapi di tempat. lain.
Selama 2 tahun kami bersama untuk dakwah selepas asar setiap hari. Guru saya ini meninggal beberapa tahun yang lalu. Dia mati dalam keadaan menghidupkan amal masjid dan beriktikaf.. Dia isitiqamah begini semenjak umur dia 23 tahun sehingga 60 lebih...
Saya sudah tua tapi masih jauh lagi. Ya Allah, berapa masa lagi aku perlukan sedangkan nikmatMu tidak berhenti. Ya Allah pilihlah diriku hidup dan mati dalam menghidupkan kehidupan Nabi saw.....-ebit lew yang berdosa.
sumber: FB Ebit Lew
No comments:
Post a Comment