Hari ini, 7.00am.. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku... rupa-rupanya ayahku call. aku ingatkan apa la yang penting sangat dia call pagi ni. rupa-rupanya ayahku cakap yang dia berterima kasih kat aku, along dan achik kerana hadiahkan kereta baru untuknya. mlm tadi Adik Na balik kg dan bawak kereta itu pulang dan serahkan kepada ayah dan mak. patut la ayah call aku awal pagi ni. aku dapat tahu dari along yang ayah juga call dia dan achik untuk ucap terima kasih.
1 comment:
Tahniah tuan, semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat
Post a Comment