Click / Support

Saturday, April 25, 2009

Ditinggalkan Keretapi

Hari ni aku nak ceritakan kepada anda semua pasal pengalaman pertama aku naik keretapi. Malam ini aku akan bertolak ke Butterworth untuk menghadiri kelas part time diploma aku. Macam biasalah, hari minggu aku akan ke Butterworth untuk kelas parttime aku. Banyak kali Hafiz memujukku supaya naik keretapi. Jadi, aku bersetuju sahaja cadangannya itu.

Dimulakan cerita, balik dari kerja, aku berehat di rumah seketika. Setelah mengemas semua barang2 yang hendak dibawa, aku bertolak ke stesen komuter seksyen 19. tambang rm2.50 sahaja dari seksyen 19 ke KL Sentral. Jadual pada tiket keretapi pukul 8.00pm. jadi, masih sempat lagi sebab aku bertolak lebih awal. Aku tiba di KL Sentral kira2 pukul 7.30pm. Hafiz dan Abu sudah berada di situ. lebih kurang 30minit lagi kami akan bertolak. Sebenarnya, dari kecil lagi aku tidak pernah merasa naik keretapi. Inilah yang membuatkan aku tidak sabar menanti keretapi tiba. Katanya Hafiz, best naik keretapi kerana ada katil dan boleh tidur sepanjang perjalanan ke Butterworth. Tandas, surau dan cafe pun ada. Aku memang tak sabar dan hendak tidur dalam keretapi, maklumlah seharian bekerja, penat, belum sempat berehat.


KL Sentral (Tempat Kami Menunggu Keretapi)

Bersama Abu

Hendak dipanjangkan cerita, sementara menunggu keretapi tiba, Hafiz dan Abu mengajak aku pergi makan. hendak tau kat mana? itu dia, makan dekat Chiken Rise Shop. Aku rasa tak sedapt hati dan bertanya kepada mereka berdua samada sempat atau tidak kalau pergi makan. Mereka mengiakan. Bermakna sempatlah tu. Jadi, aku ikut sahaja...kata hafiz, keretapi kebiasaanya akan tertolak 5 minit lewat.. Erm..baguslah kalau macam itu.. Masa terus berlalu, selesai makan dalam pukul 8.02pm, aku, hafiz, abu dan azfar bergegas ke tempat keretapi untuk meneruskan perjalanan kami. Alangkah terkejutnya kami bila penjaga laluan turun ke keretapi tu mengatakan yang keretapi kami sudah pun bertolak. wah!! ini kes naya untuk aku ni. kami masing-masing berpandangan antara satu sama lain.. aku lagilah, sudahlah pertama kali hendak merasa naik keretapi, tiba-tiba sahaja jadi macam ini pula..

Azfar kelihatan sangan kecewa. mana tidaknya, dia sudahlah bergegas dari rumah menuju ke KL Sentral kerana takut ditinggalkan keretapi, hanya kerana kesilapan kitorang gi makan.. menyebabkan kami semua ketinggalan keretapi. Aku cuba tenangkan mereka supaya bersabar.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekarang ini kami kena fikir jalan penyelesaian macam mana hendak pergi Butterworth. Abu sudah mula bagi cadangan pergi untuk dapatkan tiket bas ke Butterworth.. hafiz pulak bercadang hendak balik ke putrajaya, hendak pinjam kereta bapaknya dan sama-sama ke Butterworth. Azfar pula mencadangkan agak balik rumah dan tidak perlu pergi kelas....huhu macam-macam pendapat aku dengar... aku pulak bagi peluang kepada mereka untuk fikir.. mana-mana yang mudah, aku ikut sahaja. janji pergi kelas dan  jangan ponteng.

Huh..bukan murah tiket keretapi tu.. sudahlah tidak boleh nak claim balik duit tu.. dikira hangus macam tu sahaja. hafiz terus ke kaunter tiket bertanyakan sama ada masih ada atau tidak keretapi selepas pukul 8.00 malam. Nasib menyebelahi kami, memang ada lagi keretapi yang akan ke Butterworth dalam kul 10.00pm. bincang punya bincang sesama kami, kami bersetuju hendak naik keretapi tersebut. harga tiket rm34. Lebih murah daripada harga tiket  keretapi yang awal tadi. Keretapi kelas dua memang murah kerana tiada katil untuk tidur. Hanya kerusi tempat duduk sahaja untuk kami. tidak mengapa, asalkan sampai ke tempat yang hendak dituju.

Tengah Menunggu Keretapi Kedua

Seperti yang dijanjikan, keretapi tiba pukul 10.00 malam, kami memang tidak ke mana-mana kerana risau ketinggalan keretapi sekali lagi. lega rasanya dapat sandar pada kerusi dalam keretapi ni. yang menariknya lagi, kami ni berada dalam gerabak 2nd last. tengah-tengah syok bersandar, sedar-sedar aku tengok ada sawang warna hitam yang jatuh dari atap/bumbung keretapi. Jatuh terkena seluar dan baju aku.. apa lagi, hitamlah seluar aku. Naik angin juga aku dibuatnya.. Sudahlah aku bawa 1 helai ini sahaja seluar. seluar ini juga aku hendak pakai untuk pergi ke kelas esok.. memang aku tidak dapat tidur kerana asyik mengelak dari terkena sawang. Abu yang sedang tidur lena pun turut terkena sawang. Aku betul-betul tidak puas hati. Kami bayar, bukannya tidak bayar (marah sangatlah kononnya).

Aku pun mengajak hafiz melepak dekat ruang antara gerabak, rehat-rehat sambil hisap rokok dulu. ada seorang brother duduk lepak sekali dengan kami, hisap rokok. katanya, dia hendak balik Taiping.. erm..baguslah, ada juga kawan untuk bersembang. sembang punya sembang, nampak gayanya brother ini lawak juga sembangnya. boleh bawak bergurau.. aku, hafiz, azfar dan brother tu masih duduk lepak dekat ruang antara gerabak itu..kami buka pintu keretapi tu bagi angin masuk..wah!! seronok juga dapat tengok permandangan luar. ini pertama kali naik keretapi, kena nikmati betul-betul keseronokannya... sepanjang perjalanan itu, kami asyik bergelak sakan, tidak boleh tidur kerana gelak dengan gelagat azfar dan brother tu. mereka berdua ni memang pandai betul buat lawa. sekurang-kurangnya terubat juga kekecewaan kami ditinggalkan keretapi dan terkena sawang tu.

Kira-kira jam 3.00am, brother turun keretapi kerana sudah sampai Taiping. sementara keretapi tidak bertolak lagi, aku, hafiz dan azfar ambik peluang turun dari keretapi. bukan apa, alang-alang sudah sampai taiping ni, turunlah pijak tanah taiping ni. nanti kalau ada orang tanya, sudah pernah sampai taiping? erm.. bolehlah jawab sudah pernah sampai.. hikhik..

ini dia Brother Taiping tu

Ni Kami singgah sekejap kat Taiping

Keretapi bertolak, kami teruskan perjalanan kami ke penang. memang seronok juga pengalaman macam ini. walaupun pada mulanya hampa, haru biru pun ada, tetapi sebenarnya pengalaman macam ini bukan senang hendak jumpa. Di masa-masa akan datang, kami akan ingat kenangan yang kami lalui ini. kami tiba ke Butterworth kira-kira pukul 6.00am. kami naik bas rapid penang untuk ke tempat belajar kami.

Azfar (sama pula dengan nama anak aku)

Hafiz

Abu paling sempoi, layan tidur jer sepanjang perjalanan

Haha.. masa ini kami kenakan Abu, menyampah tengok dia asyik tidur jer

Itula serba sedikit pengalaman pertama aku menaiki keretapi. pengajaran yang diperolehi, jangan pergi makan kat chiken rise shop, nanti kena tinggal keretapi...hehe tak adalah..gurau jer.. sebenarnya, pengalaman tu mematangkan kita. di sebalik kekecewaan, ada juga kegembiraan. keta harus bersabar dan berfikir apakah hikmah di sebalik apa yang berlaku.... :)

Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...