Click / Support

Saturday, May 9, 2009

Presentation Last web project system

Pagi ni aku dan rakan groupku (Hafiz) dan juga group2 lain dikehendaki membuat presentation projek akhir web. Semester ini adalah semester akhir kami.  group demi group telah present projek mereka. Giliran aku dan hafiz pula sudah tiba untuk present projek kami itu. Untuk part Slide Presentation, Hafiz yang present dan hafiz juga present sedikit untuk permulaan system kami itu. Selesai presentation oleh Hafiz, giliran aku pula. Aku present part system yang selanjutnya. Alhamdulillah kami berdua dapat present dengan baik. Alhamdulillah projek kami itu mendapat pujian dari En. Aza Husaini di mana katanya sistem kami itu mempunyai market value. 

Sistem kami ini, aku akan guna pakai di tempat kerja aku. Ini kerana sistem yang kami bina ini adalah sistem berkenaan dengan kerja harian kami. orang kata, sambil menyelam minum air la. Ibarat kata, projek akhir pun dapat disiapkan dan system tu terus boleh diguna pakai di tempat kerja kami. harap-harap dapat A projek kami ni. Kami bersyukur la kerana dapat supervisor yang banyak membantu kami dan pendapat yang berguna. En. Chung adalah Supervisor kami yang banyak memberi nasihat dan pandangan yang bagus dalam menyiapkan perojek kami itu. Tidak lupa juga kami banyak berterima kasih kepada Hafiz (programmer di Kementerian Luar) yang menjadi sumber rujukan kami dalam menyiapkan projek Sistem kami itu. Tak apa, nanti aku belanja ko makan yer, Hafiz?.. :-)

2 comments:

Hafez Husin said...

tahniah kerna berjaya dlm final presentation tu....harap ko tak stop dah bt programming.....rajin2 la lagi explore....

shamfariz said...

thanx hafiz...aku mesti explore punya..itu pun atas bantuan ko... nanti aku ngan hafis blanja ko ya...ko yang byk membantu sbnrnya...thanx byk2..

Vivix Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...