Argh...penatnya badan aku hari ni.... mana taknya satu hari duk buat kerja kat Office.
kejap lagi aku akan naik bas betolak ke penang coz esok ada kelas. maklum la buat part time belajar. umur meningkat baru la nak sambung belajar buat diploma...tapi tak apa la..janji masih ada semangat untuk belajar, betul tak? Alamak!! sudah pukul 9.00pm rupanya.. pukul 10.30pm saya akan bertolak ke penang.. dalam pukul 4am esok sampai la Insya Allah...
Erm..teringat pula waktu balik mengundi baru-baru ini iaitu 8hb mac. niat di hati bukan la balik kampung untuk semata-mana mengundi...tetapi aku rindu sangat dengan mak dan ayah kat kampung...juga rindu pada adik... aku pulang ke kanmpung bersama abang sulungku yang berada di johor... kami drive bergilir-gilir la... kami bertolak kira2 kul 12 mlm.kami sebenarnaya jarang berjumpa kerana abang saya itu bekerja di johor dan saya di shah alam..jarang sekali kami boleh berjumpa...bila dah jumpa, banyak la perkara yang hendak disembang... kami tiba di kampung kira2 dalam pukul 9 pagi.. sesampainya saya di rumah... mak tiba2 berlari mendapatkan aku dengan berteriak "anak aku dah balik!!! anak aku dah balik!!" sambil memeluk aku dengan erat... terasa sebak juga hati ini bila melihat tingkah laku mak sebegitu... benarlah kata orang tua2.. kasihnya ibu sampai ke mati.... mak...aku tidak akan sia2kan mak...terlalu banyak pengorbanan mak terhadap aku. aku akan selalu ingat kat mak...walau pun mak jauh di mata...
No comments:
Post a Comment