Hari ini pagi2 lagi saya kena mengikuti kursus Kemahiran Asas Kaunseling yang bertempat di Dewan Al-Ghazali JPbSM. hujan pun lebat pagi ni..tapi tak per saya tompang rakan sekerja yang sama2 mengikuti kursus ini untuk ke sana..dalam sesi yang diadakan...saya rasa begitu seronok kerana pendedahan2 yang diberikan oleh penceramah amat menarik...
pendedahan tentang hubungan dengan sesama rakan sekerja juga diberitahu...dan juga cara untuk memberi khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang ada masalah...
di akhir sesi, kami semua yang terdiri daripada staf sekerja seramai 36 orang diberi satu kes untuk diselesaikan by group. setiap group dikehendaki melakonkan beberapa watak berdasarkan kes yang telah diberikan. yang menariknya saya sendiri kena lakonkan satu watak. kisahnya saya memegang watak ramli dan ramli ini ada seorang isteri yang bernama ziana juga merupakan saudara beru islam dan mereka mempunyai 3 orang anak. yang menjadi masalahnya sekarang si ramli ni kerja sebagai pegawai dan selalu out station dan jarang pulang ke rumah... si ramli sebagai seorang islam, dia tidak pernah mengajar ziana solat malah membimbing dalam agama pun tidak pernah...si ramli ni mula la buat hal...dikatanya ziana ni macam2... tak pandai jaga anak la... dan menuduh ziana tidak pernah solat malah membimbing anak2 pun tak pandai...
ziana sedih dan membidas kata2 si ramli dan mengatakan suaminya itu tidah pernah membimbingnya ke arah agama dan tidak pernah mengajarnya solat... pada masa yang sama si ramli sudah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bercadang untuk mengahwini perempuan itu dan juga menjadi ibu kepada anaknya itu. ziana sedih dan terus mendaptkan khidmat kaunseling....
dalam cerita tersebut, group kami juga diarahkan supaya melakonkan perbualan ziana dengan konselor. konselor tersebut mesti la meberi khidmat bantuan dan nasihat kepada ziana bagi menyelesaikan masalah rumahtangga ziana dan ramli.
group kami melakonkan watak masing2 dengan bersungguh2 dan mendapat pujian daripada penceramah....
semua group juga turut membuat persembahan mereka... masing2 seronok la dengan kursus hari ini...banyak memberi ilmu pengetahuan kepada kami semua...
No comments:
Post a Comment