Masih menggigil lagi tangan aku ni... bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi... naik motor ke tempat keje.. maklumlah rumah dengan tempat kerja jaraknya agak jauh... pepagi otak dah berserabut banyak fikir... atas motor pun duk mikir macam2...
sesampainye di trafik light simpang 4 pekan meru.. aku nampak hijau jer lampu isyarat tu.. so, aku teruskan jer.. tiba2 kedengaran bunyi hon motor dan kereta... aku lihat banyak kenderaan dari kiri aku menuju ke arah aku.. sebuah motor hampir melanggar tiang lampu isyarat kerana mengelak dari melanggar aku.. aku yang masih blur2 atas motor selamberrrr jer bawa motor tak elak mana2 kenderaan sehinggalah melepasi lampu isyarat...
Ya Allah... apa sudah jadi dengan aku ni... tak pernah macam ni... biasanya aku fokus bila bawa motor... aku berhentikan motorku seketika di tepi jalan berdekatan BSN pekan meru untuk tenangkan diri... dalam duk tenangkan diri.. otak flash back balik kejadian tadi.. kenapa aku boleh sampai macam tu... rupanya aku yang salah.. rupanya aku langgar lampu merah... patutlah...
Rasa macam mimpi pun ada.. yang peliknya waktu aku nak melalui lampu isyarat tu.. aku lihat warna hijau... tapi kalau hijau takkan kenderaan lain nak langgar aku... argghh... stress macam ni..
Syukurlah aku masih selamat... kalaulah masa itu Allah nak ambik nyawa aku.. tak tau dah nak kata per... serius.. aku belum bersedia lagi nak menghadapi mati.. terlalu sedikit amalan aku... dosa pulak banyak... mungkinlah asbab aku berzikir sepanjang bawak motor... Allah elakkan aku dari kemalangan... Syukur sangat... aku rasa amalan zikir ketika atas kenderaan memang sangat bagus... aku akan sentiasa amalkan.. mungkin ini juga petunjuk dan peringatan Allah untuk aku... agar aku sedar yang kematian itu bila2 masa, di mana-mana sahaja boleh berlaku.. dan mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian..
wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment